Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ibu Masih Hidup Tapi Diisytihar Meninggal
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



ALOR GAJAH: Seorang anak yang ingin memperbaharui kad persaraan bapanya, terkejut apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengisytiharkan ibunya sudah meninggal dunia walaupun masih hidup.
Mohd Ridzuan Chandra Abdullah, 45, dari Setapak, Kuala Lumpur mendakwa pergi ke JPA di Putrajaya bersama rakan untuk memeriksa dan memperbaharui kad persaraan bapanya, P Raman, 74, sebelum dimaklumkan status kematian ibunya.
Beliau berkata, ketika berurusan seorang pegawai di jabatan itu memintanya mengemukakan nombor MyKad bapanya serta nama penuh.
“Oleh kerana nombor Mykad bapa saya tiada dalam simpanan, saya menghubungi ibu, S Sarojani, 72, yang menetap di Tampin, Negeri Sembilan untuk meminta butiran itu, sebelum pegawai terbabit melakukan semakan.
“Sejurus kad persaraan itu siap, saya dapati nama ibu tiada di dalamnya lalu mengemukakan pertanyaan kepada pegawai berkenaan, sebelum dimaklumkan ibu saya diisytiharkan sudah meninggal dunia pada Julai 2003,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Semak semula

Anak ketujuh daripada 10 beradik ini berkata, dia kemudian meminta pegawai itu melakukan semakan semula sebelum mengesahkan nombor sijil kematian terbabit milik seorang lelaki berbangsa Melayu yang beralamat di Johor, sedangkan ibunya beralamat di Perak.

Katanya, beliau percaya perkara itu berlaku mungkin akibat kecuaian yang dilakukan pihak berkenaan kerana tidak meneliti maklumat dan melakukan pemeriksaan ke atas kemasukan data.
Individu mati berstatus hidup
“Jika tidak tergerak hati mahu memperbaharui kad persaraan ayah, hingga sekarang ibu sebenarnya sudah ‘meninggal dunia’, sebaliknya lelaki yang sudah meninggal dunia itu kini berstatus masih hidup.
“Selepas pemeriksaan dibuat mendapati kesilapan besar itu berlaku atas kecuaian kakitangan jabatan memasukkan satu angka saja menjadikan status kematian milik ibu saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tampin.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu dia terpaksa berkorban masa, wang dan tenaga bagi menguruskan semula pengesahan data ibunya termasuk mengusulkan surat akuan status sebenar ibunya itu.-HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments