Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Hari ini (14 Mei 2015) merupakan hari pernikahan semula Diana Rafar dan Zamarul Hisham setelah bercerai selama 4 bulan. 


Pada mulanya, Diana dan Zamarul memilih tarikh 16 Mei tetapi mereka menukarnya kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu. 

Menurut Diana, hari lahirnya jatuh pada 9 Mei dan menganggap penyatuan semula ini adalah hadiah terbesar buatnya. 

"Sejujurnya, sepanjang tempoh empat bulan berpisah sebagai suami isteri, kami bermuhasabah diri dan menilai kembali kesilapan masing-masing. Bagi saya berpisah sementara itu merupakan ujian dan nikmat terbesar dalam perkahwinan kami. Tanpa sedar kami membuat keputusan untuk kembali bersama. 



"Ingin saya tegaskan, tiada paksaan daripada mana-mana pihak termasuk Zamarul untuk kami kembali rujuk. Ia berlaku secara semula jadi tanpa kami jangka. Kami berdua sendiri cukup terkejut dengan keputusan tersebut kerana sepanjang empat bulan berpisah, soal jodoh memang diserahkan kepada Allah dan tidak pernah berbincang tentang merujuk semula perkahwinan. Saya sifatkan jodoh saya dan Zamarul masih kuat 

"Kami tidak meletakkan sebarang janji kerana apa yang berlaku iaitu bercerai dan rujuk semula sesuatu yang tidak dirancang. Cuma selepas apa yang berlaku, saya sedar bahawa kami tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang dimiliki. 

"Walaupun sudah berkahwin, proses belajar untuk menjadi isteri dan suami yang baik tidak pernah tamat. Kami akan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik. 

"Tahun lepas juga merupakan tahun yang penuh dengan ujian buat saya. Hanya sejak awal bulan ini hidup saya kembali berubah ke arah positif. Bukan sahaja tarikh lahir saya jatuh pada 9 Mei tetapi saya turut ditawarkan menjadi duta produk Sugar Scarf dan Dr. Glow. Hadiah terbesar saya adalah kembali bersatu dengan Zamarul sebagai suami isteri. 

"Walaupun tidak dapat tarikh yang kami inginkan, saya tidak kisah asalkan ia berlangsung pada bulan Mei. Tiada lagi impian saya selain melihat keluarga kami membesar dan kekal sehingga akhir hayat. 

"Bagi saya, penyatuan semula kami hasil doa daripada orang sekeliling, terutamanya keluarga dan peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada kami berdua," ujar Diana panjang lebar. 

Tahniah kami ucapkan! 

Myartis.com
GAMBAR fail pada 25 Januari 2001 menunjukkan Toyota Corolla Runx dipamerkan di Tokyo.
TOKYO – Gergasi automobil Jepun, Toyota and Nissan semalam memanggil balik sebanyak 6.5 juta kenderaan di seluruh dunia berhubung krisis letupan beg udara yang dikaitkan dengan beberapa kematian.
Pengeluar kereta terbesar dunia itu memanggil semula 5 juta kenderaan melibatkan 35 model global keluaran antara 2003 hingga 2007, manakala Nissan memanggil balik 1.56 juta kenderaan ekoran masalah beg udara keluaran Takata.
“Tindakan ini melibatkan banyak pasaran kami termasuk Jepun, Eropah dan Amerika Utara,” kata seorang jurucakap Nissan.
Menurutnya, prosedur tersebut merangkumi pelbagai model kenderaan Nissan yang dikeluarkan antara 2004 hingga 2008.
Kedua-dua firma berkenaan bagaimanapun memberitahu, tiada laporan kematian atau kecederaan yang dikaitkan dengan tindakan memanggil semula terbaharu itu.
Pengumuman mengenainya dibuat selepas kira-kira 20 juta kenderaan buatan beberapa pengeluar utama termasuk General Motors dan Honda dipanggil semula ekoran beg udara Takata berisiko meletup apabila diaktifkan.
Letupan itu akan menghamburkan serpihan-serpihan logam ke arah pemandu dan penumpang.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya lima kematian dikaitkan dengan masalah tersebut, manakala satu kematian pada awalnya disiasat sebagai kes bunuh di Amerika Syarikat berikutan keadaan kecederaan pemandunya. – AFP

Anna Ursu

Bucharest: Seorang gadis belasan tahun mati melecur selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi ketika cuba merakam selfie di atas bumbung kereta api.
Anna Ursu, 18, dan rakannya pergi ke sebuah stesen kereta api di bandar Iasi di timur laut Romania untuk merakam selfie untuk dimuatnaik ke Facebook.

Tetapi, ketika baring di atas bumbung sebuah gerabak kereta api, sebelah kakinya yang diangkat ke udara tersangkut pada kabel elektrik 27,000 voltan, menyebabkan dia terbakar serta-merta.
Kedua-dua gadis itu dibawa ke hospital dengan helikopter, tetapi Anna meninggal dunia sebaik tiba dengan 50 peratus tubuhnya melecur teruk.

Rakannya yang beransur pulih memberitahu penyiasat, mereka mahu merakam selfie di tempat yang dianggap pelik tanpa memikirkan mengenai bahaya yang bakal dihadapi.
Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu dan antara orang pertama berusaha menyelamatkan kedua-dua mangsa berkata, dia melihat mereka bermain di atas kereta api itu.

Menyedari bahaya kabel elektrik berkenaan, dia menjerit menggesa kedua-dua gadis itu tunduk dan berhenti menjulurkan kaki mereka ke atas.
Beberapa saat kemudian, satu letupan kuat kedengaran dan dia melihat Anna terbakar. - Agensi



Geneva: Sebutir batu delima 25.59 karat yang diberi nama ‘darah merpati’ dilelong dengan harga rekod AS$30.33 juta (RM109 juta) di sini, semalam.
Menurut Sotheby’s, selepas bidaan sengit, batu delima berkenaan dijual kepada pembida yang membuat bidaan menerusi telefon.

Batu berkenaan yang berasal dari Myanmar adalah sebahagian daripada koleksi permata Cartier yang dilelong semalam.
Ia sebelum ini dijangka dilelong pada harga antara AS$12 juta (RM43 juta ) dan AS$18 juta (RM65 juta).

Di samping itu, ia adalah harga tertinggi pernah dicatatkan untuk jualan sebutir delima.
Sementara itu, sebutir berlian merah jambu yang jarang ditemui dan dipercayai milik Puteri Mathilde, anak saudara Maharaja Perancis Napoleon 1 dilelong dengan harga sebanyak AS$15.9 (RM57 juta), menurut sumber Institut Gemologi Amerika Syarikat.

Seorang lagi bekas pemiliknya ialah hartawan Amerika Huguette Clark yang mati pada tahun 2007.
Berlian berkenaan dipercayai hanya muncul semula baru-baru ini selepas disimpan di sebuah bank sejak tahun 1940-an.

Asal usul berlian berkenaan masih tidak diketahui.
Bagaimanapun, ciri-ciri teknikal batu permata itu dan hakikat ia sungguh lama membayangkan ia mungkin ditemui di lombong Golconda di India. - Agensi



SHAH ALAM: Penyanyi berkumpulan iaitu Salam Musik menganggap persamaan rentak single terbaharu mereka, Terima Kasih dengan lagu, VVS1 nyanyian Malique ft Chi Qa adalah satu kebetulan.

Vokalis kumpulan ini, Ashraf Salam, 27, memberi reaksi terkejut apabila disoal mengenai perkara itu dan berkata dia langsung tidak pernah mendengar lagu yang dimaksudkan.

“Jika nak bercakap mengenai muzik, hanya terdapat 12 note sahaja dan semua akan gunakan benda yang sama jadi saya rasa ini satu kebetulan.

“Sejujurnya kami langsung tidak pernah mendengar lagu yang dimaksudkan tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Salam Musik ditemui pada majlis pelancaran muzik video baharu, Terima Kasih di Gema Pelagu, Seksyen U12, di sini pada Rabu.


Dalam pada itu, Ashraf menjadikan persamaan yang dikatakan wujud itu sebagai satu perkara positif dan meminta pendengar sendiri menilai lagu tersebut.

“Pada saya benda ini menarik, sekurang-kurangnya sudah ada rentak seperti ini di negara kita dan diharap lebih banyak lagi pada masa akan datang.

“Mungkin peminat boleh cuba bandingkan serta menilai sendiri, adakah benar atau sebaliknya kerana melodi lagu kami dihasilkan oleh warga Lebanon,” katanya.

Selain itu, Salam Musik berkata lagu Terima Kasih tersebut ditujukan khas buat peminat sebagai tanda sokongan dan ia merupakan lagu yang sudah lama ditulis iaitu pada 2013.

Video muzik yang diterbitkan oleh MotioFixo ini akan dapat ditonton di YouTube pada Jumaat (esok).

Kumpulan Salam Music terdiri daripada Ashraf Salam, Eyza Bahra (vokal), Kamal Razali (gitar), Bulya, Kevin Theng (dram), Adam, Wawa, Ammar Habir (keyboard), Payung (trumpet), Jazmi, Aabid (Saksafon) dan Efry Arwis (bes).

Dalam perkembangan lain, mereka akan mengadakan persembahan dalam satu festival hiburan merentasi benua Eropah iaitu di Holland serta Belgium pada bulan Julai dan Ogos depan selama dua minggu.

Mereka berkata penonton di luar negara suka pada muzik yang ditonjolkan Salam Muzik yang menerapkan cirri-ciri budaya Nusantara. 

Mstar Online

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bertindak membeku akaun seorang menteri muda Sarawak yang mempunyai simpanan berjumlah RM4 juta kerana dipercayai terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata, pembekuan akaun tersebut dibuat selepas pihaknya merakam keterangan menteri muda terbabit berhubung isu pembinaan bangunan Baitul Makmur II.
"SPRM telah mengambil keterangan menteri muda Sarawak selepas  menerima aduan mengenai perbuatan rasuah dan penyalahgunaan. Selain itu siasatan turut dilakukan terhadap seorang ahli perniagaan berusia 50-an.
"Mereka terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan pembinaan bangunan milik kerajaan negeri setinggi 16 tingkat, Baitul Makmur II yang bernilai lebih RM250 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau menambah, selain menteri muda dan pengarah syarikat tersebut, SPRM akan memanggil beberapa individu lagi untuk membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Jamidan memberitahu, SPRM yang sedang menjalankan Ops Gergaji bagi membanteras pembalakan haram di Sarawak turut menyerbu lokasi baharu di Bakun pada Rabu.
Jelasnya, serbuan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan lokasi yang diperiksa ialah 49 tempat.
"Hasil serbuan berkenaan, seramai 10 individu telah direkod keterangan untuk membantu siasatan mengenai rasuah, penebangan hutan secara haram dan perbuatan mengelak cukai kerajaan.
"SPRM juga telah membekukan sebanyak 30 akaun syarikat termasuk individu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mempunyai simpanan berjumlah RM600 juta," ujarnya.
Menurutnya, Ops Gergaji merupakan operasi bersepadu melibatkan kerajaan negeri , Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. 
Mstar Online

BINTANG realiti dan model, Kylie Jenner kini mengaku telah melakukan pembedahan plastik pada bibirnya.
Menerusi sebuah wawancara dengan Access Hollywood, Kim Kardashian menyatakan bahawa adiknya itu mempunyai hasrat untuk melakukan pembedahan plastik terhadap bibirnya sejak umur 10 tahun lagi.

"Ketika Kylie masih berusia 10 tahun, dia pernah menyatakan hasratnya untuk melakukan pembedahan plastik kerana dia mempunyai bibir yang nipis," kata Kim seperti dilaporkanDaily Mail.

Terdahulu, Kylie pernah menafikan bahawa dirinya melakukan pembedahan plastik kerana orang ramai sering mempertikaikan tentang bibirnya yang lebih tebal jika dibandingkan semasa awal kemunculannya dulu.

Gadis berusia 17 tahun ini sering memuat naik gambar selfie dan disebabkan perkara itu segelintir pengguna laman sosial mudah mengetahui perbezaan pada wajahnya yang melakukan pembedahan plastik.