Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Salam Musik Terkejut Persamaan Lagu Malique
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SHAH ALAM: Penyanyi berkumpulan iaitu Salam Musik menganggap persamaan rentak single terbaharu mereka, Terima Kasih dengan lagu, VVS1 nyanyian Malique ft Chi Qa adalah satu kebetulan.

Vokalis kumpulan ini, Ashraf Salam, 27, memberi reaksi terkejut apabila disoal mengenai perkara itu dan berkata dia langsung tidak pernah mendengar lagu yang dimaksudkan.

“Jika nak bercakap mengenai muzik, hanya terdapat 12 note sahaja dan semua akan gunakan benda yang sama jadi saya rasa ini satu kebetulan.

“Sejujurnya kami langsung tidak pernah mendengar lagu yang dimaksudkan tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Salam Musik ditemui pada majlis pelancaran muzik video baharu, Terima Kasih di Gema Pelagu, Seksyen U12, di sini pada Rabu.


Dalam pada itu, Ashraf menjadikan persamaan yang dikatakan wujud itu sebagai satu perkara positif dan meminta pendengar sendiri menilai lagu tersebut.

“Pada saya benda ini menarik, sekurang-kurangnya sudah ada rentak seperti ini di negara kita dan diharap lebih banyak lagi pada masa akan datang.

“Mungkin peminat boleh cuba bandingkan serta menilai sendiri, adakah benar atau sebaliknya kerana melodi lagu kami dihasilkan oleh warga Lebanon,” katanya.

Selain itu, Salam Musik berkata lagu Terima Kasih tersebut ditujukan khas buat peminat sebagai tanda sokongan dan ia merupakan lagu yang sudah lama ditulis iaitu pada 2013.

Video muzik yang diterbitkan oleh MotioFixo ini akan dapat ditonton di YouTube pada Jumaat (esok).

Kumpulan Salam Music terdiri daripada Ashraf Salam, Eyza Bahra (vokal), Kamal Razali (gitar), Bulya, Kevin Theng (dram), Adam, Wawa, Ammar Habir (keyboard), Payung (trumpet), Jazmi, Aabid (Saksafon) dan Efry Arwis (bes).

Dalam perkembangan lain, mereka akan mengadakan persembahan dalam satu festival hiburan merentasi benua Eropah iaitu di Holland serta Belgium pada bulan Julai dan Ogos depan selama dua minggu.

Mereka berkata penonton di luar negara suka pada muzik yang ditonjolkan Salam Muzik yang menerapkan cirri-ciri budaya Nusantara. 

Mstar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments