Geneva: Sebutir batu delima 25.59 karat yang diberi nama ‘darah merpati’ dilelong dengan harga rekod AS$30.33 juta (RM109 juta) di sini, semalam.
Menurut Sotheby’s, selepas bidaan sengit, batu delima berkenaan dijual kepada pembida yang membuat bidaan menerusi telefon.
Batu berkenaan yang berasal dari Myanmar adalah sebahagian daripada koleksi permata Cartier yang dilelong semalam.
Ia sebelum ini dijangka dilelong pada harga antara AS$12 juta (RM43 juta ) dan AS$18 juta (RM65 juta).
Di samping itu, ia adalah harga tertinggi pernah dicatatkan untuk jualan sebutir delima.
Sementara itu, sebutir berlian merah jambu yang jarang ditemui dan dipercayai milik Puteri Mathilde, anak saudara Maharaja Perancis Napoleon 1 dilelong dengan harga sebanyak AS$15.9 (RM57 juta), menurut sumber Institut Gemologi Amerika Syarikat.
Seorang lagi bekas pemiliknya ialah hartawan Amerika Huguette Clark yang mati pada tahun 2007.
Berlian berkenaan dipercayai hanya muncul semula baru-baru ini selepas disimpan di sebuah bank sejak tahun 1940-an.
Asal usul berlian berkenaan masih tidak diketahui.
Bagaimanapun, ciri-ciri teknikal batu permata itu dan hakikat ia sungguh lama membayangkan ia mungkin ditemui di lombong Golconda di India. - Agensi
No comments
Post a Comment