Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SEJAK kehidupan Lindsay Lohan, 27, semakin terurus tanpa ketagihan alkohol, aktres itu dilihat memulakan ‘babak’ baharu dalam hidupnya menjalinkan hubungan cinta dengan model Liam Dean yang baru berusia 19 tahun.
Menurut laporan radaronline, pasangan itu dilihat sedang bermesra di sebuah restoran di New York dan di fahamkan mereka sudahpun bercinta sejak beberapa minggu lalu.
“Mereka bukan sekadar makan malam, tetapi juga telah ke sebuah parti tertutup. Walaupun masih baharu, Lindsay benar-benar gembira dengan perhubungan itu,” kata sumber.
Ini bukan pertama kali Lindsay keluar dengan jejaka berusia 19 tahun kerana sebelum ini pelakon tersebut juga pernah bersama lelaki muda.
Bagaimanapun, pihak pengurusan Lindsay menafikan berita tersebut dan bertegas tiada hubungan istimewa yang berlaku antara Lindsay dan Liam
[Wow] - Selebriti
LONDON – Seorang lelaki yang pada asalnya wanita berkahwin dengan pasangannya yang sebelum ini seorang lelaki dalam perkahwinan pelik, lapor media semalam.
Acara itu menjadi lebih unik apabila pasangan terbabit diapit suami isteri yang pernah menjalani pembedahan menukar jantina juga.
Pada awalnya perkahwinan di antara pengantin ‘lelaki’ yang dikenali sebagai Felix dengan ‘isterinya,’ Helen Fenlon adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Britain.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal sepasang ‘suami isteri’ lain, Janis dan Maxwell Burr.
Pasangan Burr itu mengaku berkahwin pada malam tahun baru 2005. Hasil inspirasi daripada ketabahan Felix dan Helen yang melangsungkan perkahwinan secara umum, Janis dan Maxwell meminta pasangan Fenlon itu menjadi pengapit ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan untuk kali kedua, baru-baru ini.
Selepas majlis itu, Janis, 45, yang juga pembantu pekerja sosial dan dulunya dikenali sebagai Ian berkata, Maxwell ialah teman sejiwanya.
Janis memberitahu, dulu dia sering memakai pakaian kakaknya ketika berusia enam tahun. Janis juga menabung sehingga £10,000 (RM51,034) untuk menjalani pembedahan penukaran jantina pada 2003.
Sementara itu, Maxwell, 71, adalah pesara tukang masak yang dulunya bernama Mary sebelum bertemu dan jatuh cinta pada Janis ketika bercuti pada 2002. Dia menjalani pembedahan menukar jantina beberapa bulan selepas Janis melakukannya. Apabila undang-undang meluluskan perkahwinan golongan seperti mereka pada 2005, kedua-duanya lalu melangsungkan perkahwinan.
Maxwell berkata, acara perkahwinan itu cukup bersejarah buat mereka.
“Melangsungkan perkahwinan kali kedua di Pusat Sivik Scunthorpe memang menakjubkan. Saya seolah-olah bagaikan di syurga,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi
Global
Berkongsi gambar berkualiti DSLR anda ke laman sosial seperti Pinterest dan Instagram kini menjadi lebih mudah.
Nikon telah mengumumkan pertambahan ‘ahli keluarga’ baru model DSLRnya iaitu model D5300.
Kamera ini merupakan keluaran pertama Nikon yang dilengkapi dengan sambungan tanpa wayar WIFI, yang memudahkan jurugambar untuk menghantar gambar ke telefon pintar atau tablet,menyenangkan kerja memuatnaik gambar mereka secara terus ke laman sosial atau e-mel.
Selain itu,kemudahan WIFI D5300 ini juga berupaya untuk penangkapan syot secara kawalan jauh. Kamera ini juga dilengkapi dengan teknologi GPS yang membolehkan pengguna untuk menanda lokasi syot mereka diambil.
Ciri-ciri lain yang ada pada model ini adalah rakaman video beresolusi tinggi (full-HD) berkapasiti 1920 x 1080 60p serta sembilan kesan khas (special effects) untuk digunapakai pada imej dan video.
Model D5300 ini adalah versi terbaru DSLR keluaran syarikat Jepun ini selepas D5200. Seperti D5200, D5300 ini juga berupaya untuk menangkap 5 frame setiap saat.
Model ini dijangka untuk menembus pasaran antarabangsa pada hujung bulan ini, dengan harga USD 1400 untuk kit lengkap beserta lensa.
[wow] - Teknologi
Selepas pulang dari Paris, kali ini tiba giliran Neelofa menjengah ke Kepulauan Maldives pula untuk bercuti bersama rakan media yang terpilih.
Memang kehijauan dan ketenangan di pulau romantik itu sangat-sangat cantik berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan oleh pengacara Meletop ini di laman Instagramnya.
Air laut di sana memang tersangat ‘crystal clear’ dan cantik!
Hiburan
Seronok pula tengok gambar-gambar pengantin baru kita, Fouziah Gouse dan suaminya, Zhafran berbulan madu sakan atas kapal persiaran terkenal, Star Cruise Libra.
Walaupun jarak pelayaran dekat sahaja (Penang-Krabi), rasanya sudah cukup untuk kedua-duanya menyulam asmara berdua, pergh!
Jangan cemburu, kalau nak rasa macam mana yang Fouziah dan Zhafran ‘rasa’, gi nikah cepat-cepat.
Tapi kalau rasa tak mampu naik kapal, naik bas pun OK juga janji SAH.
Cuma kalau dalam bas tu tak bolehlah ‘lebih-lebih’ macam atas kapal laut , kang percuma kena maki dengan pakcik drebar hehehe.
Apapun selamat berbulan madu buat mereka berdua….
[Wow] - Gosip Hiburan
BAHAGIA sungguhla Nora Danish dan teman istimewanya, Nadeem Datuk Seri Nazri.
Memanjang terbang ke sana sini, dalam dan luar negara, mewah sungguh. Rasanya baru dok baca cerita mereka bercuti ke Myanmar, terbaru dah pergi Eropah pula. Cuma jangan cepat melantun ye, so far mereka pergi bersama rakan-rakan…jangan spekulasi lebih-lebih. Tak elok tu.
Yang terbaru ni tak tahula sama ada bercuti ataupun atas urusan kerja.
Dalam perkembangan berkaitan, Nora mendedahkan yang mereka berdua masih belum membincangkan soal perkahwinan kerana dirinya sendiri masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.
“Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada kesilapan dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik,” ujar Nora pada Mstar.
Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan semakin intim.
Ketika ditanya tentang gelaran bad boy yang sering dilabelkan kepada lelaki tersebut, Nora berkata, Nadeem mempunyai sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu.
“Saya tidak pernah menilai dia melalui masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna.
“Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu,” katanya.
Bercakap tentang status hubungan tersebut, Nora berkata, dia lebih senang dikatakan berkawan rapat berbanding hubungan pasangan kekasih.
“Susah untuk menyatakan hubungan kami, biarlah orang menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja,” katanya.
Hiburan
Aktres seksi Julia Perez (Jupe) turut menyambut Hari Tanpa Bra atau No Bra Day pada Hari ahad lepas, 13 Oktober.
Melalui akun Twitter dan Instagram, Jupe memuatnaik foto topless atau telanjang dada yang memperlihatkan dirinya tidak mengenakan bra.
No Bra Day adalah sebuah kempen masyarakat di seluruh dunia untuk para pesakit kanser payudara.
Tidak diketahui diketahui siapa yang memulakan aksi No Bra Day. Namun, Jupe tetap menunjukkan kepeduliannya dan ikut merayakan No Bra Day sebagai bentuk dukungan kepada penderita penyakit kanser payudara.
Melalui akun Twitter dan Instagram, Jupe memuatnaik foto topless atau telanjang dada yang memperlihatkan dirinya tidak mengenakan bra.
No Bra Day adalah sebuah kempen masyarakat di seluruh dunia untuk para pesakit kanser payudara.
Tidak diketahui diketahui siapa yang memulakan aksi No Bra Day. Namun, Jupe tetap menunjukkan kepeduliannya dan ikut merayakan No Bra Day sebagai bentuk dukungan kepada penderita penyakit kanser payudara.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments