Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Seperti biasa, pada suatu petang pada bulan Ogos 1971, Maria Gomez Camara ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam keluarganya. Namun, Maria menjerit ketakutan apabila melihat keanehan di lantai dapurnya.


Terpampang wajah seorang lelaki yang tidak dikenali pada lantai rumahnya. Mata lelaki itu bagaikan sedang menatap dengan pandangan yg dingin. Paparan wajah itu tidak ubah seperti potret lukisan, bezanya ia dilakarkan di atas lantai. Maria terkejut dan kehairanan bagaimana potret lelaki berkenaan berada di lantai dapurnya. Setahu Maria, lantai dapurnya bersih sebelum itu. Mana mungkin ada orang yg datang melukis di situ.
Kisah lukisan yg misteri yg timbul pada lantai rumah Maria dengan cepat menjadi popular. Berduyun-duyun penduduk desa Belmez, slah sebuah kawasan pedalaman Sepanyol datang ke rumah Maria untuk menyaksikan misteri tersebut. Mereka percaya, lukisan yg timbul secara misteri itu bagaikan sesuatu menifestasi dari dunia roh.

Maria berasa terganggu dengan potret misteri tersebut dan dia tidak lagi berani menggunakan dapur berkenaan. Seminggu kemudian, dengan menggunakan sebilah kapak anak lelaki Maria memecahkan lantai dapur rumah mereka bersama-sama dengan lukisan berkenaan. Setelah wajah lelaki tersebut hilang, lantai dapur disemen sekali lagi.



Sangkaan Maria yang kehidupannya akan kembali tenang setelah menghapuskan gambar berkenaan ternyata meleset setelah seminggu selepas itu, muncul lagi gambar misteri yg baru, tepat di mana gambar misteri yg pertama muncul dahulu. Bezanya cuma wajah yg baru muncul itu tidak sama dengan wajah yg terdahulu. Sekali lagi rumah Maria dipenuhi oleh penduduk yg taasub dengan potret misteri berkenaan dan ketua desa mereka menyarankan potret misteri berkenaan diangkat dari lantai dapur Maria untuk dibingkaikan dan menjadi tatapan umum.

Setelah potret misteri tersebut dipotong dari lantai dapur Maria, lantai rumah maria terus digali pada kedalaman hampir tiga meter dan mereka menemui pelbagai tulang belulang manusia. Penemuan tersebut membuatkan penduduk yakin bahawa kemunculan potret misteri berkenaan berkaitan dengan roh-roh yg tidak tenteram apatahlagi tapak rumah Maria dipercayai kawasan bekas tanah perkuburan.

Maria menyangka bahawa semuanya akan berakhir setelah penemuan tulang-tulang berkenaan, tetapi tidak kerana dua minggu selepas itu kehidupannya sekali lagi diganggu oleh potert misteri berkenaan. *Kali ini bukan hanya satu wajah misteri yang muncul, tetapi dua! Misteri tersebut tidak berhenti hanya di situ, kerana dari hari ke hari muncul garis-garis baru yg kemudiannya membentuk potret misteri yg keempat dan kelima, menjadikan lantai dapur Maria semakin dipenuhi oleh wajah misteri berkenaan.

Akhirnya Maria letih dan membiarkan sahaja wajah-wajah misteri berkenaan. Semakin lama, wajah misteri tersebut makin banyak dan bila dikira, ada 18 wajah misteri yg bertaburan di lantai dapurnya. Ada wajah perempuan dan juga lelaki, ada yg muda ada yg tua.Yang pastinya semua wajah berkenaan nampak sedih dengan pandangan mata yg sayu.

Ramai pengkaji yang datang membuat penyelidikan, dan banyak teori-teori serta andaian yang dibuat. Tidak kurang juga ada yang menuduh Maria yang melukis sendiri gambar berkenaan. Namun begitu, merka gagal membuktikan bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana Maria dapat melakukannya walaupun mengkaji di makmal dengan peralatan yang serba canggih. Persoalan tentang kewujudan wajah-wajah berkenaan masih misteri dan belum dapat dirungkaikan sehinggalah Maria meninggal pada Februari 2004.*

Semasa hayatnya, Maria telah hidup bersma-sama dengan wajah-wajah misteri berkenaan hampir 30 tahun. Namun apa yang lebih mengejutkan, setelah wanita tersebut meninggal dunia, wajah Maria turut muncul bergabung pada lantai rumahnya bersemadi bersama dengan wajah misteri lainnya nun di desa Belmez.


Alyona

Penyanyi Rusia yang kerap mencetuskan kontroversi di negaranya, Alyona Piskun baru berusia 25 tahun. Alyona sememangnya terkenal dengan muzik dan persembahan ala lucah dan sering mendapat kritikan negatif daripada mereka yang menontonnya.

Namun, dalam usia semuda itu, dia sudah menjalani 13 pembedahan plastik bagi mengubah penampilannya menjadi lebih ‘cantik’.

Melihatkan wajah asalnya dengan penampilan kini membuatkan ramai yang tidak percaya perubahan wajah melampau yang dilakukan Alyona

Hai, kalau jadi makin cantik tak mengapalah juga.

Alyona-Piskun5

Alyona-Piskun11

Alyona-Piskun12-550x529
Neelofa

Selepas beberapa orang artis mengambil gambar kenangan bersama pengawal keselamatan ‘glamour’ Azman Mohd Nayan ekoran insiden beliau dengan isteri Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Pakcik Azman terus jadi buruan artis.

Terbaru, artis jelita Neelofa Mohd Noor turut bergambar bersama beliau di tempat beliau bertugas di Terminal Subang Skypark.

Kita banyak melihat pakcik dikejar sana sini untuk bergambar, tetapi tak ada pula orang kejar isteri Mat Yo untuk bergambar.

Lihat sahaja bagaimana taraf seseorang yang boleh diubah Allah dalam sekelip mata biarpun pakcik Azman tidak kaya dan hanya lelaki biasa tetapi beliau kini lebih popular dari isteri Mat Yo.

Ekoran popularitinya itulah, Neelofa juga mengejar pakcik ini untuk bergambar dengannya.
Jadi, dalam gambar ini sesuailah kalau penulis katakan Neelofa tumpang populariti pakcik Azman.

Dalam mesej berkaitan gambar itu, Neelofa berkata hormatilah orang tua tidak kira apa pun pekerjaannya.

“Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan,” kata Neelofa.
Lebih istimewa, kita tahu Neelofa akan hanya buat pose mulut muncung kalau gambar itu betul-betul istimewa, dengan pakcik Azman Neelofa muncung mulut lagi.
Miley Cyrus 'Campak' Keluar Barangan Bekas Tunang

MENGAKUI dirinya kini berada pada ‘tahap paling menggembirakan’, penyanyi dan pelakon, Miley Cyrus,20, dilihat benar-benar mahu menyingkirkan kenangan bersama bekas tunangnya, Liam Hemsworth, 23.

Terbaru, sebuah trak dilihat berada di rumah gadis kontroversi itu di Los Angeles.
Rupa-rupanya, ia digunakan bagi mengangkut keluar semua barang Liam yang masih berada di rumahnya itu.

Bagaimanapun, barangan tersebut tidak dihantar kepada bekas tunangnya itu,sebaliknya dibawa ke sebuah kedai jualan murah, Out Of The Closet.

“Miley mahu hilangkan kesemuanya. Pakaian Liam telah dihantar ke kedai kebajikan tempatan agar bermanfaat untuk mereka yang memerlukan seperti pesakit AIDS.
“Walaupun dia mahu memutuskan hubungan sejak dari dulu lagi, dia sebenarnya sangat kecewa dengan apa yang berlaku,” jelas sumber terdekat.

Sumber itu turut menambah, Miley tahu Liam kini sedang bercinta dengan model Mexico, Eiza Gonzalez, namun dia tidak menyangka bekas tunangnya itu ‘melupakan’ dirinya terlalu pantas.

Mungkin inilah sebabnya aktres ini bersikap penuh agresif dalam penampilan dan persembahannya kini. Mahu melupakan kesedihan agaknya?

Miley Cyrus 'Campak' Keluar Barangan Bekas Tunang
Aeril Zafrel - Wawa Zainal

PELAKON Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aerial sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri. – mStar
Bata ini dicipta oleh Jack Munroe seorang arkitek yang menggunakan kajian ini untuk menyiapkan tesis di University of Westminster. Bata ini menggunakan darah lembu dan dicampur dengan pasir kemudian ia dipanaskan selama 1 jam dalam suhu 70c.





MARIA Fowler kelihatan ada seksi ketika beliau keluar bersiar-siar di kota London semalam bersama teman-teman, kecuali 'colinya'...heh!
Bekas bintang TOWIE berusia 26 tahun ini memakai crop-top hitam, seluar khakis dan kasut bertumit tinggi bercorak kulit ular ketika berparti bersama-sama temannya di ibu kotan England itu.

Maria yang pernah menjalani pembedahan menyedut lemak di perutnya, nampaknya sengaja mahu menunjuk-nunjuk hasil yang diperolehinya.

Namun begitu, akibat 'terlupa' memakai coli bersama baju ketatnya itu, cahaya limpahan dari kamera telah menampakkan sedikit aset dadanya!



Hospital
Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas.
Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.
Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.
Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’.
Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.
Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan.
Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.

Di Malaysia mungkin kita jarang dapat lihat pemotong rumput seperti kenderaan yang boleh dipandu kemana-mana. Kita biasa dengan pemotong rumput yang kecil dan boleh digalas sahaja. Mungkin kerana harga pemotong rumput berkenaan lebih murah. 
Post kali ini kami nak tunjukkan satu jentera pemotong rumput hasil inovasi daripada syarikat Honda UK yang diberi nama Honda HF2620. Apa yang menarik tentang jentera pemotong Rumput ini adalah ia dilengkapi dengan enjin 1000cc yang boleh mencapai kelajuan maksimum 208km/j dan mampu memecut ke 100km/j dalam masa 4 saat sahaja.








Sumber: Penpatah


PHUKET – Seorang peserta perarakan Festival Sayur-Sayuran di sini mempamerkan pipinya yang ditembusi beberapa pucuk pistol semalam. Festival itu diadakan selama sembilan hari sejak 5 Oktober lalu.

Ia merupakan antara program yang menjadi daya tarikan pelancong asing dan tempatan di sini.
Terdapat juga pedang dan batang besi yang ditusuk menembusi pipi para peserta perarakan itu.

“Ia bukannya suatu muslihat. Aksi itu adalah betul,” kata Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand di Phuket, Chanchai Doungjit.

Ribuan orang berbaris di sepanjang laluan perarakan itu bagi menyaksikan aksi-aksi tersebut.

Perarakan itu diadakan bagi membebaskan roh jahat selain membawa kekayaan kepada komuniti tempatan.

Festival itu bermula pada tahun 1825 di sini bagi memberikan perghormatan ke atas dewa Cina. – AFP


SEKALI pandang mungkin jagung ini umpama biji-biji manik yang berwarna-warni dan mungkin ada yang akan menganggapnya sebagai jagung plastik.
Hakikatnya, jagung berwarna-warni yang dinamakan Gem Glass ini memang asli dan berasal dari Oklahoma.
Ia dihasilkan oleh seorang petani yang bernama Carl Barnes selepas penyelidikan dan usaha selama bertahun-tahun.
Barnes mendapat idea ini selepas menyedari jagung mempunyai biji yang berlainan warna dan mencantumkan benihnya sehingga boleh menghasilkan tongkol jagung yang mempunyai pelbagai warna.
Bagaimanapun, beliau tidak sempat melihat hasil benih tersebut kerana meninggal dunia.
Mujurlah Barnes sempat menurunkan pengetahuan itu kepada rakannya, Greg Schoen dan memintanya menjaga tradisi itu.
Pada tahun 2010, Schoen memutuskan untuk memberi benih tersebut kepada seorang pengusaha benih di Arizona, Bill McDorman.
“Saya terpesona dan tidak pernah ada orang yang pernah melihat jagung seumpama ini,” katanya.
Benih tersebut kini dijual kepada orang ramai melalui laman web dengan harga RM25.47 setiap paket dan mendapat sambutan begitu hangat sehingga kerap kehabisan stok.

China
China – “Muka awak terlalu kurus menyebabkan awak kelihatan seperti orang yang papa kedana’’. Kata-kata berkenaan telah mengubah hidup seorang wanita, Xiao Lian untuk selama-lamanya.
Ketika itu, Xiao Lian yang baru berusia 17 tahun berasa kecewa selepas mendengar majikannya bercakap sedemikian rupa.
Dalam diam-diam, dia berhasrat menyuntik wajahnya, agar ia kelihatan pejal dan berisi, sekali gus dapat memikat lelaki kaya.
Namun kini selepas 11 tahun, wajah Xiao Lan berubah sepenuhnya, kesan suntikan haram yang dilakukan di wajahnya.
Menceritakan kisah hidupnya, Xiao Lian berkata, selepas mendengar kata-kata majikannya itu, dia telah mengunjungi sebuah klinik untuk mendapatkan suntikan bagi memejalkan wajah, namun bayaran yang mahal telah menghalang hasratnya.
Selepas itu, rakannya berjaya mempengaruhinya untuk melakukan suntikan itu di sebuah klinik haram dan sebaik disuntik, wajahnya menjadi cantik, namun keadaan berubah selepas lima tahun.
Wajahnya mula membengkak manakala mata dan hidung mula bertukar bentuk.
Pada 2013, keadaan bertambah teruk apabila rambutnya mula luruh.
Rupanya dia disuntik dengan gel hydrophilic polyacrylamide iaitu sejenis bahan yang digunakan untuk membesarkan payu dara.
Bagaimanapun gel hydrophilic polyacrylamide telah diharamkan di China kerana ia didapati mengandungi toksid.
Kini Xiao Lan terpaksa menjalani pembedahan bagi membetulkan semula wajahnya.
Remaja
KUALA TERENGGANU – Seorang remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, dalam satu kejadian gaduh di hadapan kedai makan Ali Baba Corner, Kampung Bukit Parit, Marang, 30 September lalu.
Bagaimanapun, remaja berkenaan yang berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bunuh, jika disabitkan kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, remaja yang berasal dari Kampung Durian Penjara, Marang, didakwa telah membunuh mangsa, Abdul Fariq Manah, 20, di hadapan Kedai Ali Baba Corner, Kampung Bukit Parit, Marang, pada 30 September, lebih kurang antara jam 9 malam dan 9.30 malam.
Sejurus pengakuan tidak bersalah remaja tersebut direkodkan, Majistret Noradila Ab Latiff menetapkan 27 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam di Mahkamah Majistret Marang.
Sebarang jaminan tidak ditawarkan. Sementara itu di mahkamah sama, remaja tersebut bersama tiga lagi rakannya yang berusia antara 16 hingga 21 tahun turut didakwa telah melakukan gaduh gempur di lokasi dan tarikh serta waktu yang sama.
Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai sebulan atau denda yang boleh sampai RM200 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Noradila menetapkan 27 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam yang juga akan disebut di Mahkamah Majistret Marang.
Dalam masa sama, dua rakan remaja itu yang berusia 20 dan 21 tahun dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin manakala RM2,500 bagi remaja yang berusia 16 tahun itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamad Nazri.
Sinar Harian 2 Oktober lalu melaporkan gara-gara berebut seorang wanita, sekumpulan lelaki sanggup bergaduh sebelum salah seorang daripada mereka mati ditikam, dalam satu kejadian di hadapan kedai makan Ali Baba Corner, Kampung Bukit Parit, Marang.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Abdul Fariq, dari Kampung Jerong Seberang di sini, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 10.11 malam akibat cedera terkena tikaman di jantung. – Sinar Harian Online
Miss Kansas 2013, Theresa Vail yang baru sahaja berusia 22 tahun telah dinobatkan sebagai juara ratu cantik pertama yang bertatu. Dia suka memburu dan dia adalah gadis Tentera Amerika Syarikat yang kedua yang pernah menyertai Miss USA. Anda pasti akan tertarik dengan Sarjan Vail di bawah ini. 




Di sana, tugas lelaki sebagai tentera turut dipikul oleh wanita. Jangan terperanjat jika terdapat wanita dalam pasukan paling elit. 
This is WANITA.. STRONG BEBEH!