MENGAKUI dirinya kini berada pada ‘tahap paling menggembirakan’,
penyanyi dan pelakon, Miley Cyrus,20, dilihat benar-benar mahu
menyingkirkan kenangan bersama bekas tunangnya, Liam Hemsworth, 23.
Terbaru, sebuah trak dilihat berada di rumah gadis kontroversi itu di Los Angeles.
Rupa-rupanya, ia digunakan bagi mengangkut keluar semua barang Liam yang masih berada di rumahnya itu.
Bagaimanapun, barangan tersebut tidak dihantar kepada bekas tunangnya
itu,sebaliknya dibawa ke sebuah kedai jualan murah, Out Of The Closet.
“Miley mahu hilangkan kesemuanya. Pakaian Liam telah dihantar ke
kedai kebajikan tempatan agar bermanfaat untuk mereka yang memerlukan
seperti pesakit AIDS.
“Walaupun dia mahu memutuskan hubungan sejak dari dulu lagi, dia
sebenarnya sangat kecewa dengan apa yang berlaku,” jelas sumber
terdekat.
Sumber itu turut menambah, Miley tahu Liam kini sedang bercinta
dengan model Mexico, Eiza Gonzalez, namun dia tidak menyangka bekas
tunangnya itu ‘melupakan’ dirinya terlalu pantas.
Mungkin inilah sebabnya aktres ini bersikap penuh agresif dalam
penampilan dan persembahannya kini. Mahu melupakan kesedihan agaknya?
No comments
Post a Comment