Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SELEPAS putus cinta dengan Anne Ngasri, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi putih melepak, Adira.
Selain dikatakan sering dilihat bersama, pasangan ini juga memuat naik gambar mesra bersama.
[Wow] - Hiburan
LAHAD DATU – Kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo di sini bersetuju dengan proses pengusiran mereka tetapi terlebih dahulu ingin berjumpa personaliti tertentu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata pihaknya sedang berusaha untuk mereka (kumpulan penceroboh) berjumpa dengan individu berkenaan.
[Wow] - Berita Tempatan
Michigan – Seorang wanita yang tidak mengetahui bahawa dia mengandung, telah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 10 paun selepas beberapa jam dimasukkan ke hospital.Wanita itu, Linda Ackley, 44, berkata, dia menyangka perutnya membesar akibat penyakit hernia.
Malah sebelum ini Linda telah dimaklumkan bahawa dia tidak boleh mengandung.
“Ia adalah seorang bayi ajaib. Sesetengah orang mempunyai masa sehingga sembilan bulan untuk bersiap sedia bagi melahirkan seorang bayi, namun saya hanya mengambil masa selama 15 jam sahaja.
“Saya harap ada orang yang merakamkan wajah terkejut saya selepas dimaklumkan bahawa saya sedang mengandung,’’ katanya.
Wanita tersebut dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu selepas dia mengalami perut berangin.
Namun imbasan yang dijalankan pada hari berkenaan mendapati dia mengandung dan bayi tersebut sudah berusia 40 minggu.
Susulan itu pembedahan dijalankan pada malamnya dan lahirlah Kimberly Kay.
Linda menghubungi suaminya, Mike menerusi telefon bagi memaklumkan berita gembira tersebut.
Kelahiran mengejut itu itu ternyata mengembirakan pasangan suami isteri berkenaan yang telah berkahwin selama 24 tahun.
Linda sebelum ini mengalami jangkitan bakteria yang menyerang tisu lembutnya dan selepas koma selama seminggu, doktor terpaksa membuang sebahagian daripada otot perutnya, pada 2011.
Malah Linda dimaklumkan dia tidak akan hidup lama.
“Sesungguhnya anak ini satu kurniaan Tuhan,’’ katanya
[Wow] - Biar Betul
WOwww!!! Kesanggupan seorang wanita?!!
Tempat kejadian dirahsiakan dan yang pastinya insiden yang menggelikan ini berlaku dekat Malaysia di mana seorang wanita yang tidak menyedari dirinya sedang dirakan melepaskan taik di dalam lif.
Mungkin wanita nih tak tahan nak melepas kot... Hehehe... Jom tengok gambar wanita amoi nih melepas dalam lif >>
Isu Panas
Ada sebuah kisah di mana terdapat sebuah kedai gunting rambut yang mana pemiliknya melakukan perbuatan cubaan mencederakan pelanggannya sehingga mati.
Cerita ini mengisahkan seorang tukang gunting rambut yang rupanya dianggap misteri oleh sesetengah pihak. Cerita ini bermula pada awal kurun ke19, iaitu ada sebuah kedai gunting rambut. Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, “Mahu potong kepala?”. Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, “Tak lah, saya nak potong rambut” akan terselamat.
Misteri Sejarah
Cerita ni berlaku kira-kira sebulan lepas berhampiran Karak. Suatu malam, seorang lelaki memandu kereta dari KL menuju Kuantan dan dia membuat keputusan untuk tidak melalui LPT kerana mahu menikmati pemandangan sepanjang jalan lama.
Malang menimpa, keretanya tiba-tiba rosak dan dia terperangkap di sebuah jalan sunyi. Di kiri kanannya hutan. Hujan turun dengan lebat dan hari bertambah gelap. Masa berlalu, namun masih tiada sebuah kereta pun yang lalu.
Dia membuat keputusan untuk berjalan kaki ke pekan paling hampir.
Dia membuat keputusan untuk berjalan kaki ke pekan paling hampir.
Akhirnya setelah lama berjalan kaki, dia melihat sebuah kereta menghala ke arahnya. Kereta tersebut bergerak perlahan dan akhirnya sampai di sisinya. Tanpa berfikir panjang dia terus membuka pintu dan duduk di seat belakang. Gembira kerana diselamatkan dari kesejukan dan kepekatan malam. Dia pun mahu mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menyelamatkannya.. membongkokkan badannya ke hadapan.
Alangkah terkejutnya lelaki tersebut kerana kereta tersebut tiada pemandu!!!!
Walaupun kereta tersebut tiada pemandu, tanpa kedengaran bunyi enjin namun ianya masih lagi bergerak perlahan. Dari cahaya lampu kereta itu, lelaki tersebut melihat satu selekoh tajam di hadapan. . Dia yang menggigil ketakutan tak henti-henti memanjatkan doa kepada tuhan. Ya Allah, ampunilah diriku dan selamatkanlah diriku dari jatuh ke dalam gaung di hadapan!!!
Ketika dia masih lagi dalam ketakutan dan terkejut, kereta tersebut tiba di selekoh dan tidak semena-mena muncullah satu tangan dari tingkap kereta dan memulas stering kereta tersebut. Maka bertambahlah ketakutan di dalam dirinya. Dirasakan dirinya hampir lumpuh dan lemah longlai kerana ketakutan yang amat sangat.
Di kejauhan dia ternampak cahaya lampu dari pekan di hadapan. Dengan saki baki kekuatan yang ada dalam dirinya, dia menggagahkan dirinya melompat keluar dari kereta tersebut dan berlari sekuat hati ke pekan itu.
Akhirnya dia berhenti di sebuah kopitiam dan memesan minuman. Setelah melepaskan lelahnya, dia mula bercerita mengenai pengalamannya tadi kepada beberapa orang yang ada di kopitiam tersebut.
Keadaan di dalam kopitiam tersebut sunyi dan sepi mendengarkan cerita lelaki tersebut.
Tiba-tiba kopitiam tersebut dimasuki oleh dua orang Nigeria, Joshua dan Nigel. Joshua menundingkan jarinya kepada lelaki tersebut dan berkata…. “Look Nigel – that’s the idiot who got into our car when we were pushing it.
Misteri Sejarah
Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya.
Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Babu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.
Jom tengok gambar unik semut ini! >>
Cool
Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri anda.
Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.
[Wow] - Informasi
Seorang lelaki Britain, Adam Lyons yang memenangi anugerah pakar penggoda no. 1 dunia pada persidangan kenalan dunia di Hollywood, California telah meniduri lebih 500 wanita cantik termasuk selebriti dan supermodel, lapor sebuah akhbar semalam. Lyons yang merupakan bekas ejen hartanah kini menyara kehidupan dengan memberikan tunjuk ajar cara untuk memikat wanita. Menurutnya, dia mula mengurat semasa berumur dalam lingkungan 20-an dengan cuba meminta nombor telefon wanita yang berjalan di Leicester Square, di Britain pada waktu makan tengah hari.
“Saya kemudian mempelajari lebih lanjut cara untuk mengurat wanita dan saya melakukan teknik sama di kelab-kelab malam pada malam minggu.
“Saya berjaya tidur dengan wanita-wanita cantik yang pada zaman persekolahan saya hanya mampu bermimpi untuk mendapatkannya,” kata Lyons.
Dia mendedahkan sebahagian cara kejayaannya iaitu berani mendekati wanita cantik dan berbual dengannya.
Lyons berkata, perbualan pertama perlu membuatkan wanita yakin pada diri lelaki dengan bertanya seperti: “Adakah anda tahu lokasi terdekat Starbuck kerana saya mempunyai rakan yang datang untuk menemui saya di sana.”
Pendekatan seterusnya, kata Lyons, lelaki perlu bijak membuatkan wanita ketawa dengan memujinya kerana ia akan menyebabkannya berbual dengan lebih mesra.
Dia berkata, bagi mendapatkan nombor telefon, kaum lelaki perlu memberikan alasan yang kukuh seperti mencari topik perbualan yang menarik hatinya seperti makanan.
“Jika wanita itu ialah keturunan Mexico, saya akan bertanya sama ada dia pernah makan di sebuah restoran baru Mexico?,” katanya.
Menurutnya, alasan itu boleh digunakan untuk meminta nombor telefon bagi membolehkan wanita itu mendapat maklumat lanjut berhubung restoran tersebut.
Semasa makan bersama di restoran, kaum lelaki perlu membayar sebahagian bil dan meminta wanita yang baru dikenali itu membayar baki harga makanan lain, katanya.
[Wow] - Berita Dunia
KAJANG - Ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong kira-kira sejam selepas perdana menteri meninggalkan majlis itu mendapat sambutan yang agak luar biasa.
Kehadiran Anwar bersama isteri dan pimpinan Pakatan Rakyat disambut dengan tiga plakad bertulis ‘I Love New PM’.
[Wow] - Berita Tempatan
Replika ikan ini diperbuat daripada botol-botol kosong yang dikitar semula! memang sangat cantik pemandangannya waktu malam kerana ada lampu yang menghias ikan ini!
Jom tengok replika ikan yang dihasilkan menggunakan botol ini!>>
[Wow] - Biar Betul
kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif Ketagih racun nyamuk!. Kanak-kanak ini gemar memakan ubat nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.
Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah,ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.
Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu,mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.
“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.
Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil.Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.
“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.
Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko,Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.
[Wow] - Macam macam
NEW YORK - Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.
Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.
Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. - Agensi
[Wow] - Biar Betul
MOSCOW - Sekumpulan orang menyelam ke dasar sebuah tasik yang berais semalam untuk mencari serpihan sebutir tahi bintang yang jatuh ke bumi selepas meletup di udara sehingga mengakibatkan 1,200 penduduk cedera dan ribuan rumah musnah.
Seorang jurucakap Kementerian Kecemasan Rusia berkata, enam penyelam memeriksa dasar Tasik Chebarkul di wilayah Chelyabinsk, 1,500 kilometer dari sini untuk mencari serpihan tahi bintang yang jatuh kelmarin.
Terdapat sebuah lubang besar di tasik berais itu yang dipercayai menjadi tempat tahi bintang tersebut jatuh.
Tasik itu terletak 80 kilometer dari bandar Chelyabinsk.
Namun, enam penyelam tersebut yang menyelam selama tiga jam gagal menemui sebarang serpihan tahi bintang.
"Mereka mendapati dasar tasik itu dipenuhi dengan 1.5 meter lumpur tebal," kata salah seorang anggota mencari itu kepada media Rusia.
Gambar yang disiarkan agensi berita Reuters semalam menunjukkan satu serpihan kecil dipercayai daripada tahi bintang itu.
Beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat menganggarkan jumlah tenaga yang dibebaskan akibat kesan perlanggaran dengan atmosfera itu adalah kira-kira 30 kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Letupan tahi bintang seberat 10 tan itu telah menyebabkan sejumlah tingkap kaca lebih 4,000 buah bangunan pecah di wilayah itu.
Bumbung dan dinding sejumlah bangunan juga runtuh selepas bebola api dan letupan dilihat sebahagian penduduk di wilayah berkenaan.
Gabenor wilayah berkenaan, Mikhail Yurevich menyatakan kerugian akibat letupan itu dianggarkan AS$33 juta (RM102 juta).
Ramai mangsa cedera akibat terkena kaca dan pelbagai serpihan yang pecah akibat letupan tersebut. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor semalam menafikan dakwaan bahawa dia membeli sebuah kereta mewah jenama McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta di negara ini.
Rosyam, 46, ketika dihubungi memberitahu, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.
[Wow] - Hangat Hangit
Ketika seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah ‘Pondok Cinta’ untuk menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kemboja.
Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kemboja yang sangat liberal dan terbuka dalam hal berkenaan seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ‘Pondok Cinta’ kecil dan menyuruh anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sehingga bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menngahwininya.
[Wow] - Macam macam
Kebiasaanya, panggung wayang atau nama lainnya pawagam merupakan tempat yang lebar dan luas untuk kita menonton wayang terkini. Tetapi lain pula ceritanya kali ini di mana pawagam ini merupakan pawagam yang paling ‘cute’ di dunia.
Pawagam yang diberi nama SOL Cinema menggunakan projektor LED dan menggunakan bateri lithium untuk menyimpan tenaga daripada Matahari untuk memberi kuasa kepada pawagam tersebut pada waktu siang dan malam.
[Wow] - Macam macam
Larva cacing guinea hidup di dalam tubuh kutu air. Ketika manusia meminum air yang mengandung kutu air, sistem pencernaan kita membinasakannya, namun tidak mematikan larva cacingnya yang terus berkembang menjadi dewasa. Cacing jantan akan mati setelah di dalam tubuh manusia, sementara betinanya terus membesar dalam waktu singkat pertumbuhannya kira-kira mencapai lebih dari dua sentimeter setiap minggu.
Dalam waktu setahun cacing ini perlahan-lahan mengeluarkan diri dari tubuh manusia yang dihuninya dengan menjulurkan kepala terlebih dahulu di bagian bawah kaki atau lengan manusia yang menjadi korban. Proses ini menyebabkan ngeri yang luar biasa.Bekas luka lubang keluarnya cacing ini akan membesar sesentimeter demi sesentimeter dan begitu menyakitkan. Sering kali penderita terburu-buru mencari sumber air untuk merendam luka mereka, padahal tindakan ini adalah salah.
[Wow] - Biar Betul
Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka
Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.
[Wow] - Informasi
Jika kita mempunyai anak kembar, sudah pastinya orang yang melihat akan keliru yang mana satu abangnya, yang mana satu pula adiknya. Tambah lagi, yang mana keluar dulu, yang mana keluar kemudian.
Jom tengok gambar! >>
[Wow] - Macam macam
Cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.
[Wow] - Informasi
Lazimnya kulit bayi itu halus dan lembut. Namun, tidak demikian dengan seorang bayi perempuan di China. Bayi tersebut mengalami sindrom aneh. Meskipun usianya baru 1 tahun, kulitnya kehilangan elastik sehingga dipenuhi oleh kedut seperti nenek-nenek. Bayi perempuan bernama “Yuxin Xiaoli” tersebut diyakini menghidap cutis laxa, sebuah kelainan pada jaringan ikat (connective tissue) yang membuatkan kulitnya tidak elastik seperti pada orang-orang lanjut usia. Akibatnya, Yuxin kehilangan elastik lapisan kulit dan gangguan kekuatan otot, sendi, dan organ vital lainnya seperti jantung, pembuluh darah, sendi, usus, dan paru-paru.
[Wow] - Kisah Hidup
Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak. .
JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja. .
Misteri Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments