SELEPAS putus cinta dengan Anne Ngasri, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi putih melepak, Adira.
Selain dikatakan sering dilihat bersama, pasangan ini juga memuat naik gambar mesra bersama.
Menafikan ada hubungan istimewa, Aliff berkata, Adira hanyalah teman baiknya.
“Saya sedar tindakan saya akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan saya mohon semua harapkan yang terbaik sahaja untuk saya.
“Saya tidak nafikan Adira merupakan teman rapat yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat semasa saya berpisah dengan Anne," kata Aliff.
Hubungan mereka mula rapat semasa penggambaran drama terbitan Astro berjudul Tiara yang mana Adira adalah heroin bagi drama tersebut.
No comments
Post a Comment