Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


PARIT – Seorang anggota komando dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memiliki sehelai baju-T yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Pertuduhan terhadap Mohd. Abu Haliff Shah Abu Bakar, 28, dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Fitri Sadarudin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Mohd. Abu Haliff yang masih berkhidmat di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130JB kanun yang sama.
Mengikut seksyen itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di kediamannya di No. 185/TS/10/1A, Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota, Perak pada pukul 1.30 petang 12 November lalu.

-Kosmo Online


Kota Kinabalu: Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), menjangkakan bilangan penumpang di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), bertambah mendadak berikutan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) mula beroperasi di situ selepas Terminal Dua ditutup, semalam.
Ketua Pegawai Operasi MAHB Datuk Abd Hamid Mohd Ali berkata, operasi hari pertama berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan syarikat penerbangan masing-masing.
“Secara amnya, saya berpuas hati dengan reaksi penumpang yang menyuarakan perasaan selesa dan berpuas hati dengan kemudahan disediakan di KKIA.
“Kebanyakan penumpang memberitahu mereka mempunyai ‘tempat rehat’ yang baik sementara menunggu waktu penerbangan berbanding di Terminal Dua,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Abd Hamid berkata, kapasiti penumpang menggunakan Terminal Satu dijangka bertambah kepada 6.8 juta orang setahun, berbanding hanya 3.2 juta sebelum ini.

Hmetro Online

Beijing: Seorang lelaki berusia 26 tahun ‘meranapkan’ kereta mewah buatan Sweden, Koenigsegg Agera yang berharga 26.5 juta yuan (RM18 juta) di bandar Chongqing.
Media tempatan menyifatkan kejadian itu sebagai ‘kemalangan kereta paling mahal di China.’

Pemandu dikenali sebagai Liu itu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, lapor People’s Daily Online.

Kemalangan itu berlaku sekitar jam tengah malam di kawasan kejiranan Yubei apabila Liu dilaporkan hilang kawalan kenderaan dipandunya sebelum melanggar penghadang jalan menyebabkan kerosakan terhadap bampar serta tayar belakang.
Saksi berkata, pemandu terbabit duduk dalam kereta selama dua jam sehingga petugas datang menarik kenderaan itu.

Hmetro Online