Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SADIS.. seorang nenek akhirnya menemui ajal di tangan cucu sendiri selepas meninggal dunia akibat disembelih, pagi tadi.
Kejadian mengejutkan ini berlaku di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu.
Jiran yang menemui Halimah Taib, 78, kira-kira 9.30 pagi dalam keadaan sudah tidak bernyawa bertindak menghubungi pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian.
Difahamkan selepas membunuh neneknya, suspek yang berkain pelikat pergi ke surau sambil membawa bersamanya pisau yang berlumuran darah.
Dia dikatakan mengaku sudah menyembelih neneknya lalu ditahan oleh orang kampung.
Berdasarkan cerita jiran, suspek sudah seminggu datang ke rumah neneknya itu dan ada memanjat pokok duku untuk mengambil buahnya yang dibeli oleh peraih yang datang sebelum kejadian.
Suspek ditahan manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
Kejadian disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar.
Isu Semasa
Jakarta: Selepas beberapa individu di Indonesia muncul dengan nama pelik seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go To School kini giliran seorang gadis pula yang mempunyai nama paling pendek.
Pelajar di sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah ini dipercayai individu yang mempunyai nama paling pendek selepas namanya hanya D.
D yang berusia 15 tahun menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya kerana dia masih belum membuat kad pengenalan diri.
Bapanya, Mulyaji berkata, dia memberi anaknya nama D kerana gadis itu dilahirkan terlalu cepat.
“Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di tempat keempat,” katanya.
Menurutnya, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama biasa.
D memberitahu, dia tidak pernah menghiraukan atau berasa terganggu dengan nama yang diberikan oleh bapanya itu.
“Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D,” katanya. - Agensi
Global
Zhytomyr Oblas (Ukraine): Kemaluan seorang kanak-kanak berusia enam tahun putus selepas digigit kuda peliharaan keluarganya.
Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu menunggang basikal melintasi depan kuda betina berkenaan.
Menurut laporan, kuda itu menyerang mangsa secara tiba-tiba, menyebabkan kanak-kanak itu jatuh sebelum ia menggigit kemaluannya.
Mangsa meraung kesakitan sambil berlari menuju ke arah bapanya.
Lelaki itu berkata, dia bernasib baik kerana menemui semula bahagian kemaluan anaknya yang terputus.
Kejadian aneh itu berlaku di wilayah Zhytomyr Oblas di utara Ukraine.
Si bapa yang terkejut dengan kejadian itu berkata: “Saya memberi makan kepada kuda lain apabila mendengar anak saya menjerit: ‘Dia gigit saya, dia gigit saya.’
“Saya memegang kemaluannya untuk menghentikan pendarahan dan menelefon ambulans.”
Mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menjalani pembedahan kecemasan.
Doktor Igor Vishpinsky yang merawat kanak-kanak itu berkata, dia berdepan dengan pelbagai kes rumit sejak beberapa tahun lalu, tetapi kes kemaluan digigit kuda adalah yang paling aneh.
“Sebelum ini, kami menerima pesakit yang putus jari kerana digigit kuda atau sebagainya.
“Tetapi, ini kali pertama pesakit datang dengan kemaluan terputus kerana digigit kuda,” katanya.
Pakar bedah berjaya mencantumkan kemaluan itu, tetapi memerlukan masa untuk menentukan sama ada pembedahan itu berjaya atau sebaliknya. - Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments