Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

SEORANG lelaki yang ditahan selepas dipercayai bertindak ganas dengan menakutkan pekerja sebuah hotel di Amerika Utara ‘tersipu malu’ gara-gara pihak polis menyangka dia memiliki ‘senjata berbahaya’.
Bagaimanapun, selepas pegawai polis itu meraba beberapa kali ‘senjata’ yang diragui itu, pegawai tersebut menyedari bahawa ia sebenarnya adalah alat sulit suspek.
Rakaman memalukan itu menunjukkan suspek yang hanya memakai seluar dan tidak berbaju ditahan pihak berkuasa selepas melakukan kekecohan di hadapan kaunter menyambut tetamu hotel terbabit.

Berdasarkan rakaman, suspek kelihatan menundukkan kepalanya semasa pihak polis memeriksa badannya, sebelum menemui ‘objek’ yang meragukan.
Pegawai terbabit kemudiannya memeriksa sekitar poket kiri lelaki tersebut dan meraba ‘sesuatu’ beberapa kali, sebelum menyedari ‘objek’ tersebut adalah zakar suspek yang disifatkan 'panjang'.
Memetik laporan portal antarabangsa, Mail Online, rakaman tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial Reddit.
Seorang pengguna berkata; "Dia (polis) kelihatan kagum (zakar yang ‘panjang’) dan malu pada masa yang sama.”
Manakala seorang lagi berkata; “Walaubagaimanapun, ini adalah baik (bukan senjata berbahaya), mereka berdua (polis) mengakui ia berlaku (meraba alat sulit).”

- mD

Ramai berpendapat bahawa kewujudan ikan duyung hanyalah mitos semata-mata. Namun, jika ia benar-benar wujud, adakah ikan duyung seperti yang kita lihat di rancangan Disneyland atau dalam filem-filem tertentu itu kelihatan persis seperti manusia? Namun, pasti anda semua tidak terfikir ada manusia biasa yang menjalani kehidupan seperti ikan duyung.

Dilengkapi dengan pakaian atau kostum ikan duyung dan juga pandai dan fasih berinteraksi dengan haiwan-haiwan di laut. Beliau dikenali sebagai “ Real-Life Mermaid Melissa” . Gadis yang berasal dari Amerika Syarikat itu merupakan Little Mermaid versi kehidupan realiti dimana beliau merupakan ikan duyung yang hidup dengan setengah dari tubuh manusia, setengah pula ikan, cantik, berambut panjang dan juga baik hati.

Mermaid Melissa sangat obsess dengan ikan duyung sehingga dia sentiasa memakai kostum dan berenang ke dasar lautan. Sudah menjadi kehidupan sebenar beliau menghadirkan diri sebagai ikan duyung dalam kehidupan nyata dan beliau beranggapan itu sudah merupakan takdirnya.

Melissa yang juga bekerja sebagai penyelam professional ikan duyung sangat mencintai kariernya dan dengan tekun beliau berlatih menahan nafas sehingga 5 minit tanpa bernafas dalam air. Menurut Melissa, sejak kecil lagi beliau sudah mencintai laut dan olahraga air, bahkan beliau sentiasa hadir di satu tempat rekreasi untuk berenang bersama dengan ikan lumba-lumba. Sudah menjadi perkara biasa baginya dalam mensesuaikan diri dengan kehidupan dalam air.

Cinta saya kepada haiwan dalam air dan ingin melindungi lautan adalah penyebab utama hadirnya diri saya sebagai ikan duyung manusia.” Kata Melissa.

Kitkat merupakan coklat yang digemari dan juga menjadi pilihan orang ramai. Mana-mana kedai runcit atau serbaneka kita pergi,pasti ada jenama coklat ini dijual sekali. Kitkat yang berbentuk 2 atau 4 bar coklat ini dicipta khas oleh Rowntree Of York, England kini dihasilkan di peringkat global oleh Nestle. Disebabkan coklat ini terlalu laris dan popular di kebanyakan Negara, Nestle telah mengeluarkan sejumlah modal yang begitu banyak untuk menghasilkan berpuluh-puluh perisa Kitkat yang unik dan menarik. Kitkat yang terkenal dengan tagline “ Have a break, Have a Kitkat “ ini sebenarnya mempunyai banyak jenis perisa yang pelik dan mungkin anda semua tidak pernah tahu ianya wujud.
1- Kitkat Perisa Ayam

2- Kitkat Perisa Tembikai

3- Kitkat Perisa Keju

4- Kitkat Perisa Sayur Labu

5- Kitkat Perisa Plum Soda

6- Kitkat Perisa Kentang

7- Kitkat Perisa Soy Sauce

8- Kitkat Perisa French Salt

9- Kitkat Perisa Hot Japannese Chilli

10- Kitkat Perisa Wassabi

Trend Selfie sudah menjadi satu perkara yang tidak asing lagi kedengaran di telinga kita. Tidak kira mana jua kita pergi, selfie itu sudah menjadi kebiasaan dan juga rutin yang sedang booming di kalangan masyarakat sekarang. 

Jika selfie antara manusia merupakan perkara biasa, apa pula kata anda jika haiwan sekarang dah mula pandai berselfie? Luar biasa bukan? Beberapa foto selfie kucing yang sememangnya rare sedang viral di media sosial betul-betul menarik perhatian orang ramai ditambah pula dgn posing maut yang ditonjol oleh kucing tersebut.

 Jom kita lihat koleksi selfie kucing comel ini.







Rupanya masih ada segelintir masyarakat di zaman sekarang lagi memilih menanam niat untuk bersedekah berbanding dengan keuntungan dalam perniagaan. Kos sara hidup yang tinggi dengan kemunculan isu kenaikan harga barang ini bukan merupakan satu masalah besar bagi seorang peniaga sate di daerah Segamat, Johor Bahru dengan hanya menjual sate pada harga 20 sen secucuk.
Macam tak percaya masih wujud sate yang berharga semurah itu. Pakcik Samsuddin Mohamad yang berusia 56 tahun menjual lebih dari 500 cucuk hingga ke 700 cucuk satu hari disebabkan sate ayam yang dijual mendapat permintaan tinggi oleh pelanggannya. Sate pakcik ini dikenali dengan nama kedai wak sate dan dengan berniaga hanya menggunakan kereta tolak, ianya menjadi trademark bagi orang mengenali kedai wak sate ini.
Prinsip “ Biar untung sedikit tetapi senang laku ini” diamalkan dalam perniagaan sate beliau dengan niat ingin lebih bersedekah berbanding dengan keuntungan yang dapat. Menurut beliau, amalan seperti ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berniaga.
Keuntungan yang diperoleh menerusi sate 30 sen secucuk itu sekadar ingin melepaskan belanja dapur isteri beliau dan itu sudah cukup memadai. Apa yang paling menarik, sate ini akan diberi secara percuma pada kanak-kanak yang lalu dihadapan kedainya, dan dijual dengan harga 20 sen secucuk kepada warga emas yang datang singgah untuk membeli sate ayam beliau.
Baik hati betul pakcik ni, niat yang ikhlas ingin menderma kepada mereka yang memerlukan harus diambil sebagai contoh. Janganlah banyak mengambil kesempatan dan keuntungan yang lebih dalam meniaga. Ingat, rezeki yang datang semua dari kehendakNya.

Sajakongsi.com

Vienna – Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.

Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’

Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.

Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata: “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.

“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu.

Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.


Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata: “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.” – Agensi/myMetro Online