SEORANG lelaki yang ditahan selepas dipercayai bertindak ganas dengan menakutkan pekerja sebuah hotel di Amerika Utara ‘tersipu malu’ gara-gara pihak polis menyangka dia memiliki ‘senjata berbahaya’.
Bagaimanapun, selepas pegawai polis itu meraba beberapa kali ‘senjata’ yang diragui itu, pegawai tersebut menyedari bahawa ia sebenarnya adalah alat sulit suspek.
Rakaman memalukan itu menunjukkan suspek yang hanya memakai seluar dan tidak berbaju ditahan pihak berkuasa selepas melakukan kekecohan di hadapan kaunter menyambut tetamu hotel terbabit.
Berdasarkan rakaman, suspek kelihatan menundukkan kepalanya semasa pihak polis memeriksa badannya, sebelum menemui ‘objek’ yang meragukan.
Pegawai terbabit kemudiannya memeriksa sekitar poket kiri lelaki tersebut dan meraba ‘sesuatu’ beberapa kali, sebelum menyedari ‘objek’ tersebut adalah zakar suspek yang disifatkan 'panjang'.
Memetik laporan portal antarabangsa, Mail Online, rakaman tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial Reddit.
Seorang pengguna berkata; "Dia (polis) kelihatan kagum (zakar yang ‘panjang’) dan malu pada masa yang sama.”
Manakala seorang lagi berkata; “Walaubagaimanapun, ini adalah baik (bukan senjata berbahaya), mereka berdua (polis) mengakui ia berlaku (meraba alat sulit).”
- mD
No comments
Post a Comment