Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
NEW DELHI: Seorang doktor yang melakukan lebih 50,000 pembedahan pemandulan ditahan kerana didakwa menyebabkan kematian akibat cuai.
Doktor yang pernah menerima anugerah kira-kira 10 tahun lalu itu didakwa menyebabkan kematian pesakitnya kerana menggunakan peralatan kotor dan berkarat.
Pembedahan berkenaan dilakukan dalam bilik kotor di hospital swasta yang tidak digunakan di perkampungan Pandari, wilayah Chhattisgarh.
Baru-baru ini, Dr R K Gupta dikatakan melakukan pembedahan pemandulan 83 wanita dalam tempoh kurang tiga jam sehingga mengakibatkan beberapa kematian.
Sekurang-kurangnya 14 wanita maut setakat ini, manakala puluhan lain masih mendapat rawatan, termasuk dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun, doktor itu menafikan dia cuai dan kerajaan yang patut bertanggungjawab atas kejadian itu kerana peralatan dan ubat dibekalkan kerajaan untuk prosedur berkenaan adalah punca tragedi itu.
Malahan, dia juga membidas kerajaan supaya mengawal jumlah pesakit yang datang ke ‘kem’ perancang keluarga yang dikendalikannya.
“Pentadbiran kerajaan sepatutnya menetapkan bilangan wanita yang boleh melalui prosedur ini.
“Jika mereka beri saya 83 orang, saya perlu melakukan pembedahan ke atas mereka dan saya pasti dicemuh jika menolak,” katanya.
Doktor itu juga mendakwa pekerja kesihatan memberi antibiotik dan ubat penahan sakit kepada semua pesakit selepas pembedahan. - Reuters
Global
Beliau telah menceritakan kepada staff hospital yang kejadian itu berlaku semasa beliau sedang melakukan penambahbaikan rumahnya dan tiba-tiba beliau tidak sedar bagaimana beliau jatuh dan terus mukannya terkena kayu tajam tersebut, cerita mangsa kepada Central European News.
Semasa rawatan untuk mengetahui tahap kecederaan tersebut, doktor telah menghadapi kesulitan apabila mangsa tidak lepas untuk memasuki mesin X-Ray kerana kayu tersebut agak panjang.
Selepas tidak dapat berbuat apa-apa pihak hospital telah menghubungi pihak bomba datang untuk menolong membuang kayu pada kepala mangsa dan mangsa telah di pindahkan ke hospital Poznan dengan kemudahan lebih lengkap.
Menurut jurucakap jabatan bomba Sebastian Andrzejewski,"Kami mendapat panggilan meminta kami untuk membantu mengeluarkan kayu dari muka manusia,"
"Ketika kami tiba, kami telah berusaha dengan agak teliti selepas cucukkan kayu tersebut telah terjadi di tempat ayng sukar untuk di keluarkan dan kami perlu berhati-hati bagi mengelak kerosakan yang lebih teruk terjadi pada muka mangsa" katanya lagi.
Doktor dan pihak bomba berjaya mengeluarkan kayu tersebut tanpa sebarang kompliasi
"Kami dapat mengeluarkannya dan lelaki itu kini semakin pulih," kata jurucakap hospital. "Ia adalah satu keajaiban kerana tidak mengenai mata atau menyebabkan kerosakan yang serius."
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments