Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KECOH sehari dua ini apabila gambar didakwa pontianak sedang terbang di sebatang lebuhraya giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.
Gambar menyeramkan tersebut menunjukkan kelibat hantu atau pontianak yang kelihatan terapung di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebelum memasuki Terowong Menora pada waktu siang hari.
Jika dilihat dengan teliti gambar tersebut, objek didakwa pontianak itu seakan tengah melintas di kawasan tersebut.
Pergh, meremang bulu roma! Macam manalah agaknya perasaan pemandu yang ternampak benda macam ini sejurus sebelum memasuki terowong ya..
Untuk pengetahuan anda, lebuhraya sebelum memasuki Terowong Menora sememangnya sering dikaitkan dengan pelbagai kisah gangguan misteri dan seram. Antaranya kami pasti anda pernah dengar cerita Wolksvagen kuning tanpa pemandu kan?
Tapi tunggu jap.. jangan terlalu cepat buat spekulasi!
Setelah melakukan kajian sendiri, penulis berpendapat gambar viral itu sebenarnya hanyalah ‘imej seram’ yang sama ada sengaja mahupun tidak, telah diada-adakan.
Kelibat yang dikatakan pontianak itu rasanya tak lain tak bukan.. cuma tahi burung di cermin kereta saja.
Tak percaya? Cuba lihat objek ‘misteri’ lain yang dicetuskan oleh tahi burung bertempek-tempek pada cermin kereta di bawah ini.
Jadi, kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah rajin-rajinlah cuci kereta anda sekiranya sudah terlalu kotor, agar tiada lagi berita penampakan makhluk misteri yang lain pula.
Sumber: Mynewshub
Isu Panas
PEPATAH ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ memang sangat sesuai untuk menggambarkan situasi yang menimpa seorang pemandu kereta mewah.
Ferrari 458 Italia milik seorang individu dilaporkan tersadai di Lebuh Raya Sultan Iskandar (Lebuh Raya Mahameru) menghala ke Seremban setelah kehabisan petrol, semalam.
Selang beberapa minit, anggota polis tiba di tempat kejadian lalu bertindak menyaman pemilik kenderaan terbabit atas kesalahan kecuaian diri sendiri hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kepada pengguna jalanraya lain.
Selain itu, anggota polis berkenaan turut mengeluarkan saman atas kesalahan plat nombor yang tidak menepati spesifikasi seperti ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Isu Panas
SEMUA tahu, dalam apa-apa urusan berkaitan perkhidmatan, pelanggan menjadi keutamaan kerana urus niaga yang dibuat merupakan sumber kewangan.
Malah, ayat ‘customer is always right’ acapkali disebut bagi menggambarkan kepentingan layanan terhadap pelanggan.
Namun, ada segelintir pekerja gagal menunjukkan imej bersih ketika berhadapan dengan kerenah pelanggan, lantas memburukkan nama syarikat yang diwakilinya.
Dalam kes terkini, seorang pekerja restoran francais terkenal Nandos’s di IOI City Mall, Putrajaya dilaporkan bertindak biadab apabila menggunakan bahasa kasar hanya kerana pelanggannya meminta bahagian ayam berlainan!
Insiden tersebut menjadi panas di Internet dan ramai pihak mengutuk sikap kurang ajar pelayan tersebut yang dilihat gagal mengawal amarahnya dalam berhadapan isu remeh.
Dalam lampiran sekeping resit yang dikongsi ramai pengguna media sosial, jelas tertulis perkataan ‘cibai’ yang merujuk kepada pelanggan berkenaan.
Al kisahnya, menurut sumber, kejadian bermula setelah seorang pelanggan meminta untuk menukar bahagian ayam namun permintaannya ditolak pelayan bernama Shaqir atas alasan pelanggan sedang ramai.
Si pelanggan kemudiannya membuat permintaan sama kepada pengurus restoran, lantas si pelayan terpaksa akur dan memberi bahagian peha ayam yang diminta.
Mungkin bengang dengan tindakan pelanggan tersebut, pelayan itu meletakkan perkataan ‘cibai’ bagi merujuk kepada pelanggan berkenaan pada resitnya.
Seharusnya, sebagai seorang pelayan, empunya diri perlu sedar akan cabaran yang dihadapinya dalam melayan karenah pelanggan yang datang dari latar belakang berbeza.
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain…
Walaupun isu ini nampak remeh, namun pihak Nando’s harus membuka mata dan mengambil inisiatif bagi mengelak keadaan sama berulang.
Isu Panas
SEPASANG pelakon lucah dipercayai melakukan aksi seks di atas gunung yang menjadi tumpuan pelancong di Afrika Selatan, baru-baru ini.
Mereka dikesan menjadikan puncak Gunung Lion Head sebagai salah satu lokasi props bagi melakukan aksi tak senonoh itu.
Seorang wakil jurucakap National Parks Afrika Selatan mengatakan mereka mengkritik sekeras-kerasnya tindakan individu yang melakukan aktiviti tidak bermoral di situ.
Begitu pun, tak kurang juga yang mengatakan mereka sebenarnya tidak melakukan aksi itu di tempat tersebut sebaliknya hanya mengambil latar belakang ikonik bandar Cape Town itu bagi menghiasi filem lucah yang dibintangi mereka.
Global
Massachusetts – Kalau dah tiada maruah dan perasaan malu, di mana-mana sahaja boleh dilakukan, walaupun di depan orang ramai. Itu yang berlaku di sebuah stesen keretapi bawah tanah apabila seorang wanita melakukan aksi oral seks kepada seorang lelaki.
Kejadian itu berlaku sekitar 7.30 malam di stesen State Street.
Aksi mengejutkan tersebut telah dirakam oleh salah seorang penumpang keretapi berkenaan.
Dia kemudiannya menghantar gambar itu kepada Massachusetts Bay Transportation Authority (MBTA) melalui media sosial, mendesak tindakan diambil ke atas individu terbabit.
“Wahai MBTA, saya faham bahawa anda menghadapi masalah kewangan dan sukar untuk mengekalkan sistem yang telah rosak.
“Bagaimanapun duit cukai saya terpaksa digunakan oleh pasukan polis untuk menyiasat kes ini, kerana saya tidak tahan melihat aksi jijik ini,” katanya.
Susulan itu, pihak polis kini sedang mengesan pasangan terbabit dan mereka yang terlibat akan ditangkap.
“Kita tidak akan bertolak ansur dalam kes ini. Sepanjang 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis, ini kali pertama saya berdepan dengan kejadian ini,” kata pegawai polis Richard Sullivan.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments