Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




Shenzhen (China): Kaki seorang lelaki tua tiba-tiba ditelan eskalator ketika menaikinya untuk ke tingkat dua sebuah pasar raya di sini. Menurut NetEase, satu daripada plat logam itu terbuka menyebabkan kaki kiri mangsa terpelosok ke dalam jurang berkenaan.

Pekerja penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kakinya. Kerja menyelamat dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat untuk meluaskan jurang antara langkah eskalator sebelum memotong bahagian yang memerangkap kaki lelaki terbabit. Proses mengerikan itu mengambil masa 40 minit. 

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital tempatan di Daerah Bao’an untuk rawatan kecemasan. Menurut laporan, eskalator itu baru lulus pemeriksaan tahunan enam bulan lalu. Kemalangan membabitkan eskalator di China bermula sejak Jun lalu apabila seorang ibu bersama anaknya menggunakan eskalator di Hubei. 

Ketika kejadian, plat logam itu tiba-tiba menelannya, namun wanita itu sempat menolak anaknya sebelum dia sendiri mati ditelan mesin itu. Sementara itu, syarikat pengeluar eskalator berkenaan masih belum didedahkan, tetapi netizen menyalahkan kejadian disebabkan standard yang tidak bermutu. – Agensi/HMetro



Bagi generasi 1990-an, pastinya cinta antara Awie dan Erra Fazira bukan rahsia bagi mereka. Malah beberapa buah filem yang dilakonkan bersama seolah memberi bayangan bagaimana hangatnya percintaan mereka yang akhirnya terkandas di tengah jalan. 

Terkini, akhirnya penantian peminat berbalas jua apabila Awie dan Erra merancang memaparkan kisah cinta mereka sewaktu di puncak kerjaya iaitu 1990-an melalui filem terbaru. 




Bagaimanapun, penyanyi Ziana Zain telah diberikan mandat oleh Awie untuk membongkar kisah percintaan tersebut melalui watak yang kemungkinan bakal dilakonkannya dalam filem itu. 

"Tidak ada masalah jika kena pada terma dan syarat. Ziana banyak tahu tentang kisah cinta itu. Dia pun kadang-kadang menyaksikan apa yang berlaku. 



"Mungkin dia juga boleh jadi pencerita," ujar Awie, dipetik sebagai berkata melalui ProjekMMO baru-baru ini. 

"Saya berminat kalau ada tawaran. Jika jalan ceritanya baik, kenapa tidak?" kata Ziana. 

Difahamkan, selain Ziana, penyanyi Ning Baizura kemungkinan akan turut menjayakan filem berkenaan. 

"Ada filem yang kami lakonkan Ziana ada, begitu juga Ning Baizura. Kemungkinan mereka akan tampil dan dipanggil untuk memeriahkan penceritaan itu," tambah Awie. 

Namun buat masa ini, filem tersebut masih dalam perbincangan dan dalam proses membina jalan cerita. Malah sebelum jalan ceritanya dapat dijadikan skrip, persetujuan pihak tertentu perlu diperolehi bagi memastikan cerita pihak-pihak lain mendapat kebenaran. 

"Kami belum ada masa yang sesuai untuk berbincang sebab sekarang banyak benda yang kami kena ambil kira sebab Erra pernah bertemu jodoh dengan orang lain. 

             

"Penceritaan jodoh itu pula, kita kena ambil kira sama ada pihak berkenaan benarkan atau tidak kisah ini dikeluarkan. 

"Kami akan bincang bagaimana penceritaan itu disiarkan. Kalau kedua-dua belah pihak setuju maka ia akan diteruskan," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Awie pernah menjalinkan cinta dengan Erra selepas membintangi filem 'Sembilu', terbitan Skop Productions, sebelum mengikat tali pertunangan pada 1996. 

Bagaimanapun, tali pertunangan itu putus dan Awie akhirnya menikahi penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998. 

Malah baru-baru ini, Awie dan Erra telah berlakon bersama dalam sebuah filem yang ditayangkan pada bulan Mac 2016 berjudul 'Warna Cinta Impian'. 

Myartis.com

Gara-gara takut  melihat pusat seorang penuntut perubatan terpaksa melupakan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor. Ketakutan yang dialami Lauren Jones, 25 dikenali sebagai omphalophobia menyebabkan gadis ini akan berasa tidak sihat dan panik apabila melihat pusat termasuk pusatnya sendiri.
“Saya tak menyukai pusat sejak kecil lagi disebabkan tindakan seseorang menyuruh saya memasukkan jari ke dalam pusatnya dan menyuruh saya  menghidunya.” ujar Jones.
Ekorang kejadian itu dia sering mengingat bau busuk pusat dan keadaan menjadi rumit apabila dia menuntut jurusan perubatan di University Leicester, London. Kerap kali juga semasa kuliah tentang pemeriksaan abdomen, Jones merasa cemas, sukar bernafas dan seperti terawang-awangan.
Namun, dia sekarang dalam proses mendapatkan sesi rawatan terapi untuk memulihkan fobianya.

Nak jaga rambut panjang takat pinggang pun payah, inikan pula rambut panjang bak puteri Disney Rapunzel tu.
Ini tak kira lagi rambut kita yang non stop gugur tu, boleh menangis masa sapu atau vacum rumah. Kan? HEHE.
Dashik Gubanova, wanita berasal dari Rusia ini memiliki rambut sepanjang dan secantik rambut Rapunzel.
Pengikut di Instagramnya juga ramai. Sehingga kini sudah mencecah 151,000 followers. Mesti ada dikalangan followers Dashik  yang berharap mempunyai tahap kesabaran yang tinggi sepertinya untuk memiliki rambut bak Rapunzel ini.