Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » ZIANA BAKAL BONGKAR RAHSIA SEBENAR CINTA AWIE & ERRA
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Bagi generasi 1990-an, pastinya cinta antara Awie dan Erra Fazira bukan rahsia bagi mereka. Malah beberapa buah filem yang dilakonkan bersama seolah memberi bayangan bagaimana hangatnya percintaan mereka yang akhirnya terkandas di tengah jalan. 

Terkini, akhirnya penantian peminat berbalas jua apabila Awie dan Erra merancang memaparkan kisah cinta mereka sewaktu di puncak kerjaya iaitu 1990-an melalui filem terbaru. 




Bagaimanapun, penyanyi Ziana Zain telah diberikan mandat oleh Awie untuk membongkar kisah percintaan tersebut melalui watak yang kemungkinan bakal dilakonkannya dalam filem itu. 

"Tidak ada masalah jika kena pada terma dan syarat. Ziana banyak tahu tentang kisah cinta itu. Dia pun kadang-kadang menyaksikan apa yang berlaku. 



"Mungkin dia juga boleh jadi pencerita," ujar Awie, dipetik sebagai berkata melalui ProjekMMO baru-baru ini. 

"Saya berminat kalau ada tawaran. Jika jalan ceritanya baik, kenapa tidak?" kata Ziana. 

Difahamkan, selain Ziana, penyanyi Ning Baizura kemungkinan akan turut menjayakan filem berkenaan. 

"Ada filem yang kami lakonkan Ziana ada, begitu juga Ning Baizura. Kemungkinan mereka akan tampil dan dipanggil untuk memeriahkan penceritaan itu," tambah Awie. 

Namun buat masa ini, filem tersebut masih dalam perbincangan dan dalam proses membina jalan cerita. Malah sebelum jalan ceritanya dapat dijadikan skrip, persetujuan pihak tertentu perlu diperolehi bagi memastikan cerita pihak-pihak lain mendapat kebenaran. 

"Kami belum ada masa yang sesuai untuk berbincang sebab sekarang banyak benda yang kami kena ambil kira sebab Erra pernah bertemu jodoh dengan orang lain. 

             

"Penceritaan jodoh itu pula, kita kena ambil kira sama ada pihak berkenaan benarkan atau tidak kisah ini dikeluarkan. 

"Kami akan bincang bagaimana penceritaan itu disiarkan. Kalau kedua-dua belah pihak setuju maka ia akan diteruskan," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Awie pernah menjalinkan cinta dengan Erra selepas membintangi filem 'Sembilu', terbitan Skop Productions, sebelum mengikat tali pertunangan pada 1996. 

Bagaimanapun, tali pertunangan itu putus dan Awie akhirnya menikahi penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998. 

Malah baru-baru ini, Awie dan Erra telah berlakon bersama dalam sebuah filem yang ditayangkan pada bulan Mac 2016 berjudul 'Warna Cinta Impian'. 

Myartis.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments