Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kaki Hancur Tersepit Dalam Eskalator
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Shenzhen (China): Kaki seorang lelaki tua tiba-tiba ditelan eskalator ketika menaikinya untuk ke tingkat dua sebuah pasar raya di sini. Menurut NetEase, satu daripada plat logam itu terbuka menyebabkan kaki kiri mangsa terpelosok ke dalam jurang berkenaan.

Pekerja penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kakinya. Kerja menyelamat dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat untuk meluaskan jurang antara langkah eskalator sebelum memotong bahagian yang memerangkap kaki lelaki terbabit. Proses mengerikan itu mengambil masa 40 minit. 

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital tempatan di Daerah Bao’an untuk rawatan kecemasan. Menurut laporan, eskalator itu baru lulus pemeriksaan tahunan enam bulan lalu. Kemalangan membabitkan eskalator di China bermula sejak Jun lalu apabila seorang ibu bersama anaknya menggunakan eskalator di Hubei. 

Ketika kejadian, plat logam itu tiba-tiba menelannya, namun wanita itu sempat menolak anaknya sebelum dia sendiri mati ditelan mesin itu. Sementara itu, syarikat pengeluar eskalator berkenaan masih belum didedahkan, tetapi netizen menyalahkan kejadian disebabkan standard yang tidak bermutu. – Agensi/HMetro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments