Gara-gara takut melihat pusat seorang penuntut perubatan terpaksa melupakan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor. Ketakutan yang dialami Lauren Jones, 25 dikenali sebagai omphalophobia menyebabkan gadis ini akan berasa tidak sihat dan panik apabila melihat pusat termasuk pusatnya sendiri.
“Saya tak menyukai pusat sejak kecil lagi disebabkan tindakan seseorang menyuruh saya memasukkan jari ke dalam pusatnya dan menyuruh saya menghidunya.” ujar Jones.
Ekorang kejadian itu dia sering mengingat bau busuk pusat dan keadaan menjadi rumit apabila dia menuntut jurusan perubatan di University Leicester, London. Kerap kali juga semasa kuliah tentang pemeriksaan abdomen, Jones merasa cemas, sukar bernafas dan seperti terawang-awangan.
Namun, dia sekarang dalam proses mendapatkan sesi rawatan terapi untuk memulihkan fobianya.
No comments
Post a Comment