Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Sebuah foto ikan yang kelihatan mempunyai dua kaki muncul di dunia maya.

Ikan bertubuh besar berwarna perak, dengan dua kaki seperti reptilia, ditemui sudah mati di pinggir sebuah kolam di Colorado, Amerika Syarikat.

"Jiran saya menjumpainya dekat kolam di Colorado, makhluk apa ini?" tanya Bobby Kent, orang yang memuat naik foto itu ke imgur, seperti dipetik Mirror.co.uk, Isnin (18/5/2015).

Beberapa pengguna internet membuat spekulasi. Sebahagian menyebut makhluk itu sebagai haiwan purba yang keluar dari lautan menuju ke daratan.

"Entah itu salamander gemuk, atau bukti dari evolusi," ucap seorang netizen.

Pengguna internet lain berkata: "Ia sukar dipastikan tanpa ada gambar lain dari sudut berbeza. Kelihatan seperti mutasi dari spesies biasa."

Ada juga orang yang memanggilnya sebagai haiwan axolotl yang telah mati dan tubuhnya membengkak.

Axolotl, atau dikenali juga sebagai "ikan berjalan," sebenarnya adalah binatang amfibia. Haiwan asal Mexico ini kerap disimpan warga sebagai peliharaan.

Rusia – Hari perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia dalam hidup seseorang namun dari raut wajah gadis ini, dapat dilihat bahawa dia amat sedih dan tidak gembira dengan perkahwinannya.
Gadis itu, Kheda ‘Luiza’ Goilabiyeva, yang baru berusia 17 tahun, telah dipaksa berkahwin dengan ketua polis Chechen, Nazhud Guchigov yang berusia 30 tahun lebih tua daripadanya.
Nazhud yang sudah beristeri turut mengancam akan menculik Kheda jika perkahwinan itu tidak diteruskan.

Menurut laporan, Kheda ditanya sebanyak tiga kali semasa proses pendaftaran sama ada dia mahu berkahwin dengan Nazhud, yang sebelum ini mendakwa dia tidak pernah memaksa keluarga Kheda menyerahkan anak perempuan mereka untuk perkahwinan berkenaan.
Poligami dibenarkan di bawah undang-undang Rusia namun usia sah untuk perkahwinan adalah 18 tahun. Bagaimanapun ia boleh diketepikan sekiranya pihak berkuasa memutuskan perkahwinan itu boleh dilaksanakan.
Perkahwinan itu didedahkan oleh seorang wartawan penyiasat Rusia, Elena Milashina, yang menulis mengenainya dalam surat khabar Novaya Gazeta, April lalu.
Dalam tulisannya, Elina mendakwa Nazhud memberi kata dua kepada keluarga Kheda sama ada menyerahkan anak mereka atau berdepan dengan sesuatu yang buruk.

Venezuela – Meskipun bergelar Ratu Cantik dan mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang, namun Damarys Ruiz, 68, melalui kehidupan yang menyedihkan.
Dia ditemui meninggal dunia di sebuah kawasan selepas 15 tahun hidup sebagai gelandangan.
Ruiz, menempa nama sebagai Miss Venezuela pada 1973 ketika berusia 26 tahun.
Namun selepas memenangi pertandingan itu, dia gagal menuju ke puncak malah Ruiz juga enggan meneruskan kerjaya dalam bidang perundangan sebaliknya menjual barangan kemas dan kraf di Caracas.
Ruiz juga tidak mempunyai teman lelaki yang sempurna dan menetap bersama dengan abangnya. Namun menurut rakan-rakannya, abangnya itu amat cemburukannya dan tidak memberikan kebebasan kepadanya.
Dalam satu temubual pada 2005, Ruiz berkata, abangnya itu sering membiarkan dia kebuluran dan selalu memukulnya.
Atas sebab itu dia melarikan diri dari rumah.
Namun selepas kematiannya Ruiz, lebih malang lagi tiada seorang pun anggota keluarganya yang menuntut mayat Ruiz di hospital.

(Berikut adalah penafian oleh polis Selangor berhubung dakwaan berkenaan)
Susulan penyebaran mesej dari Pegawai Kanan Polis Selangor – Malaysia yang menjadi viral di laman sosial Facebook dan applikasi Whatapps sejak semalam, sehingga kini pihak Polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian tersebut oleh mana-mana pihak yang terlibat.
Sehubungan itu, pihak polis ingin memberi amaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini agar berhenti menyebarkan sebarang berita sebegini serta merta.
Namun, jika kejadian tersebut benar-benar berlaku, pihak polis mewar-warkan kepada mana-mana pihak yang terlibat untuk tampil ke hadapan membuat laporan polis untuk tujuan siasatan.
KETUA POLIS SELANGOR

Sumber: Mynewshub.cc

“SAKITNYA tuh di sini… di dalam hati ku..” itulah antara bait lirik lagu penyanyi Indonesia, Cita Citata yang amat popular di seberang dan di negara ini juga.
Tidak dinafikan, irama lagu tersebut yang agak catchy antara faktor ia mendapat sambutan hangat malah liriknya terutama part “sakitnya tuh di sini” sering dijadikan bahan troll netizen di media sosial.
Namun disebabkan lagu ini jugalah, seorang doktor wanita membuat laporan polis gara-gara sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh kliniknya telah diubah sesuka hati dengan memasukkan alasan, ‘1 hari MC kerana sakit nye tuh di sini‘.
Memetik laporan Harian Metro, Dr Asmah Ghazali, 57 menyatakan perkara tersebut yang mungkin dianggap sebagai gurauan boleh menjejaskan reputasinya yang sudah bertahun-tahun menjadi doktor.
“Gurauan ini memalukan dan menjatuhkan kredibiliti profesion saya sebagai seorang doktor perubatan,” jelasnya.

Menurut Dr Asmah, dia mula menyedari gambar sijil cuti sakit itu tersebar setelah diberitahu oleh adik iparnya di Johor Bahru, melalui WhatsApp.
“Saya diberitahu oleh adik ipar pada jam 1.45 petang kelmarin. Adik ipar saya mahukan kepastian berhubung perkara itu kerana nama saya turut tersebar pada gambar berkenaan.
“Pada mulanya saya sangkakan ia satu bentuk gurauan yang tidak mendatangkan kesan. Namun saya terkejut apabila orang ramai turut menghubungi saya dan bertanyakan perkara yang sama,” katanya.
Mynewshub.cc

SEOUL – Sebuah syarikat di sini memaparkan satu inovasi baharu apabila berjaya mencipta sebuah televisyen paling nipis setebal satu milimeter dengan berat hanya 1.9 kilogram baru-baru ini.
Syarikat tersebut, LG Display menggunakan bahan polyimide bermolekul tinggi ketika menghasilkan panel fleksibel berbanding penggunaan plastik konvensional bagi mencapai lekuk yang maksimum sekali gus mengurangkan ketebalan televisyen yang dinamakan sebagai OLED TV.
Prototaip skrin paparan OLED TV yang dipaparkan oleh syarikat tersebut boleh melekat dan ditanggalkan pada dinding menggunakan pad magnet.
Syarikat itu percaya OLED TV mampu mengungguli semua teknologi televisyen pada masa hadapan dengan warna yang terang, kontras yang cemerlang dan saiz lebih lebar.
“Kami akan memasarkan televisyen ini pada Julai atau Ogos depan dan berharap dapat meningkatkan pengeluaran serta promosi pada suku ketiga tahun ini,” ujar Ketua Unit Perniagaan LG Display, Sang-Deog Yeo.




Detroit: Seorang wanita yang didapati bersalah mencekik hingga mati anaknya sebelum memotong mayat mangsa memberitahu mahkamah, semalam: “Saya bukan ibu yang terbaik.”
Menurut laporan akhbar tempatan, Donna Scrivo, 61, dituduh membunuh anaknya, Ramsay, 32, dan memotong mayatnya dengan gergaji pada Januari 2013.

Pendakwa raya berkata, Donna kemudian memasukkan anggota tubuh mangsa di dalam lima beg plastik sebelum membuangnya di merata tempat di St Clair County, kawasan pedalaman di timur laut Detroit.
Dia dirakam oleh kamera ketika membeli gergaji yang kemudian digunakan untuk memotong mayat Ramsay.

Wanita itu yang juga jururawat berdaftar sebelum ini menafikan terbabit dalam pembunuhan itu, sebaliknya mendakwa ia dilakukan seorang lelaki bertopeng.

Ketika membela diri, Donna memberitahu mahkamah di Macomb County, lelaki itu membunuh anaknya dan mencincang mayat mangsa sementara dia digari di bilik tidurnya dengan mulutnya disumbat dengan kain selama lima hari.
Juri bagaimanapun enggan mempercayai ceritanya dan mendapati wanita berkenaan bersalah atas tuduhan membunuh dengan niat. - Agensi



Bahau: Tiga penyamun bertindak kejam dengan menolak motosikal yang ditunggang seorang lelaki warga emas hingga menyebabkannya mangsa terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian samun di Kampung Bakar Batu, di sini, semalam.

Kejadian pada jam 5.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Chong Fok Siong, 73, bukan saja kerugian RM1,500, malah warga emas itu turut ‘hilang ingatan’ seketika berikutan kepalanya dipercayai terhantuk pada pokok sebaik motosikalnya terbabas.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersendirian menunggang motosikal dalam perjalanan membeli sarapan pagi untuk cucunya di sebuah restoran yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya.
Chong berkata, ketika dalam perjalanan itu, dia terserempak tiga suspek menaiki sebuah motosikal sebelum salah seorang daripada mereka berpura-pura menegurnya.

“Saya tidak mengendahkan teguran itu sebaliknya meneruskan perjalanan ke restoran itu. Tanpa disedari mereka (suspek) berpatah balik dan terus menolak motosikal saya. Ini menyebabkan motosikal saya hilang imbangan lalu merempuh terbabas dan merempuh pokok.


Bachok: Lelaki berusia 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bachok, hari ini atas tuduhan membunuh dengan membakar rakan sekerjanya di ladang sawit Pasir Puteh pada 11 Mei lalu .

Tertuduh, Gnana Parkas Anthony, 36, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap pengakuan tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Ramu Avali, 39, di ladang kelapa sawit di Cherang Tuli, Pasir Puteh pada 6 petang, 11 Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Hmetro Online