“SAKITNYA tuh di sini… di dalam hati ku..” itulah antara bait lirik lagu penyanyi Indonesia, Cita Citata yang amat popular di seberang dan di negara ini juga.
Tidak dinafikan, irama lagu tersebut yang agak catchy antara faktor ia mendapat sambutan hangat malah liriknya terutama part “sakitnya tuh di sini” sering dijadikan bahan troll netizen di media sosial.
Namun disebabkan lagu ini jugalah, seorang doktor wanita membuat laporan polis gara-gara sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh kliniknya telah diubah sesuka hati dengan memasukkan alasan, ‘1 hari MC kerana sakit nye tuh di sini‘.
Memetik laporan Harian Metro, Dr Asmah Ghazali, 57 menyatakan perkara tersebut yang mungkin dianggap sebagai gurauan boleh menjejaskan reputasinya yang sudah bertahun-tahun menjadi doktor.
“Gurauan ini memalukan dan menjatuhkan kredibiliti profesion saya sebagai seorang doktor perubatan,” jelasnya.
Menurut Dr Asmah, dia mula menyedari gambar sijil cuti sakit itu tersebar setelah diberitahu oleh adik iparnya di Johor Bahru, melalui WhatsApp.
“Saya diberitahu oleh adik ipar pada jam 1.45 petang kelmarin. Adik ipar saya mahukan kepastian berhubung perkara itu kerana nama saya turut tersebar pada gambar berkenaan.
“Pada mulanya saya sangkakan ia satu bentuk gurauan yang tidak mendatangkan kesan. Namun saya terkejut apabila orang ramai turut menghubungi saya dan bertanyakan perkara yang sama,” katanya.
Mynewshub.cc
No comments
Post a Comment