Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Nazim Othman & Bella Dally Sudah Nikah?

RAMAI peminat sudah sedia maklum akan hubungan cinta aktor kacak, Nazim Othman dan Belly Dally bukan?

Akan tetapi sepanjang menjalinkan hubungan cinta, pasangan ini jarang menjaja kisah peribadi mereka kepada umum dan lebih selesa untuk berkongsi soal kerjaya sahaja.

Bagaimana pun baru-baru ini, pasangan pelakon tersebut telah berkongsi beberapa foto mesra mereka lengkap memakai persalinan pengantin berwarna putih.

Nazim Othman & Bella Dally Sudah Nikah?

Eh, mereka sudah bernikah secara senyap-senyap ke? Kenapa tak buat sidang media seperti artis lain?

Foto tersebut turut menarik perhatian pengikut laman sosial pasangan ini dan ramai antara mereka yang mengucapkan tahniah atas berita baik tersebut.

Setelah meneliti setiap caption foto yang dikongsikan oleh Bella dan Nazim, rupa-rupanya majlis pernikahan mereka hanyalah untuk sebuah drama yang menggandingkan kedua pelakon ini.

Difahamkan, mereka hanya bernikah untuk penggambaran drama terbaru TV3 berjudul Kalimah Jiwa yang akan disiarkan pada bulan Disember nanti.

5 Fakta Kesihatan Mengejutkan Wanita

GOLONGAN wanita boleh dikatakan sebagai golongan yang sangat cerewet dalam apa jua hal. Tidak kira dari segi pemakanan, cara hidup, fesyen hingga ke pemilihan sabun pencuci muka. Dalam kata mudah mereka ini sangat mementingkan kualiti hidup. Dalam sibuk memilih sesuatu yang berkualiti bagi diri mereka, pastinya ada perkara-perkara yang mereka terlepas pandang. Fakta yang dikongsikan ini bukanlah untuk menakutkan anda sebagai golongan wanita, tetapi ia sebagai satu cara untuk mengubah persepsi pemikiran anda sekaligus mengubah cara hidup anda kepada cara hidup yang lebih baik dan berkualiti.

1. Gincu antara punca kegagalan jantung.

Golongan wanita pastinya mempunyai keinginan untuk sentiasa dilihat cantik. Maka, mereka akan berhias menggunakan pelbagai jenis alat-alat solek dan pastinya gincu adalah salah satu daripadanya. Namun tanpa mereka sedari, gincu adalah salah satu daripada penyumbang kepada kegagalan jantung. Kebanyakan gincu-gincu berjenama di pasaran pada masa kini menganduni bahan kimi berbahaya seperti ‘paraben’, ‘methacrylate’, plumbum dan ‘triclosan’.

Bahan-bahan berbahaya seperti ini cepat diserap ke dalam aliran darah apabila anda mengaplikasikannya di bibir. Penggunaan gincu boleh dikatakan bukan hanya sekali sehari, malah ada golongan wanita yang mengemas gincu mereka berkali-kali sepanjang hari. Jika anda merupakan golongan wanita yang amat mementingkan penampilan, tanpa disedari anda adalah antara mereka yang telah secara langsung memasukkan kimia berbahaya tersebut ke dalam badan.

Satu eksperimen telah dilakukan oleh para penyelidik Jabatan Kesihatan Awam di Universiti California-Berkeley berkenaan kandungan kimia di dalam gincu. Penyelidik yang melakukan kajian terhadap tikus mendapati tikus yang terdedah kepada bahan kimia tersebut mengalami gangguan otak sekaligus membawa kepada kegagalan jantung dan fungsi otot. Walaupun kajian tersebut tidak diuji ke atas manusia, namun ia tetap berada di tahap yang membimbangkan di mana ia mampu menjejaskan kesihatan manusia. Salah sebuah syarikat penjagaan kulit terkemuka, Johnson & Johnson telah membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan triclosan dan parabens di dalam mana-mana produk mereka.

2. Teh hijau cegah ostreprosis.

Apabila dimamah usia, pastinya pelbagai penyakit bakal ‘memakan diri’. Justeru, pelbagai jenis makanan tambahan serta produk kesihatan memenuhi pasaran tidak kira sama ada produk tempatan dan antarabangsa. Salah satu penyakit yang sering kita dengari adalah osteoporosis. Osteoporosis merupakan sajenis penyakit tulang paling ‘popular’ dalam kalangan warga emas dan sememangnya ia menyakitkan. Penyakit tersebut melemahkan sel-sel tulang di mana ia boleh membawa kepada keretakan tulang pada bila-bila masa.

Malah, dalam penyelidikan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mendapati peluang golongan wanita mendapat penyakit osteoporosis adalah empat kali lebih tinggi berbanding lelaki. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Maryland terhadap teh hijau mendapati minuman herba tersebut mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang pertumbuhan tulang. Kita sedia maklum bahawa teh sememangnya popular dari zaman Dinasti Qing di China di mana ia dijadikan bahan perubatan. Hingga ke hari ini, teh masih lagi menjadi pilihan sebahagian besar penduduk dunia apabila ia dilihat sangat bermanfaat. Beberapa kajian saintifik juga membuktikan teh mampu menangani beberapa penyakit lain seperti kanser, obesiti dan dehidrasi.

Pengambilan tiga cawan teh atau lebih dalam sehari adalah jauh lebih baik berbanding pengambilan air dalam kuantiti yang sama di mana kandungan antioksidan yang tinggi di dalam teh mampu meningkatkan daya tahan badan. Tambah menarik, sebatian di dalam teh hijau mampu menghalang resorpsi tulang – sejenis penyakit yang melemahkan tulang akibat pereputan sel. Jika tekak anda sukar untuk menerima rasa pahit the tersebut, anda boleh menambah beberapa sudu madu ke dalam minuman tersebut. Bukan itu sahaja, pengambilan minyak ‘flaxseed’ yang sememangnya kaya dengan omega 3 dan 6 dilihat mampu memberi kesan positif kepada kepadatan tulang sekaligus membantu mereka yang berisiko menghidap osteoporosis.

Pemuda Mati Di P. Pinang Lepas 15 Jam Main Permainan Komputer Tanpa Henti

GEORGE TOWN – Seorang pemuda, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam pada Isnin.

Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe siber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya.

Difahamkan bahawa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di biliknya, di mana dia ditemui telah meninggal dunia oleh bapa saudaranya yang mahu memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 petang.

Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagih dengan permainan komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan motosikal.

“Dia mengalami kecederaan di tangan kanannya dan berhenti kerja selepas itu.

“Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya,” katanya di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Selasa.

Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung.


Sebab kenapa kami mahu sangat pergi ke majlis anugerah muzik besar yang dianjurkan di Malaysia ini bukan kerana kemeriahanya yang tidak seberapa, tapi lebih ingin melihat gelagat selebriti yang cuba meraih sedikit publisiti dengan sengaja mahu menimbulkan kontroversi untuk lebih dikenali.
Jika di AIM Shila Amzah dengan mudah memohon maaf diatas keterujaanya mencium tangan ibarat Shanaz itu sudah sah menjadi suaminya kali ini di Anugerah Shout Awards kelihatan Sara Ali di kritik oleh peminat akibat pemakaian Shortpantnya. Tapi kenapa hanya Sara Ali?

Apa yang menjadikanya lebih menarik hal ini menimbulkan keghairahan penonton apabila Hashtag Sara Ali menjadi trending di twitter mengalahkan artis-artis yang lebih popular darinya. Pelbagai kecaman & kritikan diberikan kepada artis remaja ini diantaranya berbunyi :

“Mungkin bukan masanya lagi untuk Sara Ali berjubah atau bepurdah. Mengubah sesuatu mestilah ikhlas dari hati. Terpaksa pun tidak berguna”

“Sara Ali fikir hot ahh pakai shortpants cenggitu .Defukk ahh -,- nama islam so beragak ah sikit -,-”

Tapi yang lucunya ramai juga yang yang tidak mengenali siapa itu Sara Ali, Jadi keputusan Sara untuk memakai Shortpant adalah ‘bertepatan’ untuk dirinya lebih dikenali selepas ini.

“Siapakah Sara Ali tu? Aku yg ketinggalan zaman atau dia tu bukan artis?”



Hakikat yang harus kita terima pada dewasa ini ialah, tanpa pakaian yang seksi maka sebarang majlis berprestij untuk menghargai individu industri ini tidak akan meriah.

Buahmulut.com
pokok1

CHINA – Selepas enam bulan dicuri, akhirnya pokok walnut yang berusia 300 tahun dan bernilai lebih RM500,000 ditemui dan ditanam semula di Hutan Simpan Lagou di wilayah Guangxi.

Ia dicuri pada 20 April lalu dan ditemui semula diGuiyang, yang terletak kira-kira 1,500 batu dari hutan simpan itu.
Pokok tersebut amat besar dengan berat 26 tan, manakala ukuran diameternya adalah dua meter.

Selepas kehilangannya, polis telah melancarkan gerakan mengesan semula pokok berkenaan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

Bagaimanapun sejak ia dicuri, pokok walnut itu dilaporkan telah bertukar tangan beberapa kali dengan harga terakhir ialah 1 juta yuan.

Setakat ini 10 orang telah ditangkap bagi siasatan.
Pokok walnut ini sememangnya dicari oleh tukang kayu kerana ia memiliki kayu yang keras dan sesuai untuk dijadikan ukiran.

Ia boleh hidup beratus-ratus tahun lamanya dan ia membesar sehingga mencecah 100 kaki.

Katy-Perry

PENYANYI Katy Perry telah dinobatkan sebagai selebriti paling popular di Twitter dengan jumlah pengikut sebanyak 40 juta.

Katy, 29, telah mengalahkan Justin Bieber yang sebelum ini mempunyai pengikut teramai di laman sosial itu.

Dia memecahkan rekod Justin dengan kelebihan 2,000 pengikut menurut laporan The Verge.

Ratu Twitter sebelum ini, Lady Gaga bagaimanapun jatuh ke tempat ketiga diikuti oleh presiden Barack Obama dengan 39 juta pengikut.

Manakala penyanyi Taylor Swift mempunyai 36 juta pengikut di Twitter. – mStar

Ummi Nazeera Nafi Kahwini Aeril Zafrel

TAK sudah-sudah lagi rupanya cerita mengenai pelakon Aeril Zafrel.

Selepas isu kahwin rahsianya dengan Wawa Zainal terbongkar, dia dikatakan pernah menikahi pelakon Ummi Nazeera walaupun pada masa itu sudah bergelar suami kepada Wawa.

Khabar yang ditulis oleh wartawan Bipop, Zubir melalui Berita Harian Ahad itu turut menyatakan bahawa Ummi menukar imejnya kepada pemakaian muslimah kerana Aeril.
Dikatakan, kedua-duanya bertemu sewaktu penggambaran filem Penanggal arahan Ellie Suriaty sebelum ini.

Bagaimanapun, Ummi melalui laman Twitternya membidas kenyataan itu dengan menyatakan penghijrahannya tidak ada kaitan dengan mana-mana lelaki atau perkahwinan.
Tambahnya lagi, dia juga tidak pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Aeril, apatah lagi berkahwin dengannya.

files
\

Trend Pakaikan Stokin Panjang Pada Kucing

Di laman sosial bergambar Tumblrs, kucing antara subjek yang sering mendapat perhatian.
Namun manusia tak pernah puas dan sentiasa berkreatif.

Mungkin bulu gebu dan aksi lincah sudah terlalu biasa, maka kini pemilik kucing menghias binatang kesayangan mereka sebelum mengepos gambarnya.

Trend yang sedang hangat diikuti adalah mengenakan stokin panjang pada kucing.
Pencetusnya adalah Katja Wulff dan teman lelakinya Dan, yang tinggal di Gothenburg, Sweden.

Mereka mempunyai tiga ekor kucing iaitu Gucci, Iggy dan Zappa tapi hanya seekor iaitu Gucci sering dipakaikan stokin atau selar ketat panjang.

Menurut Wulff, tiada masalah untuk melakukan sedemikian pada Gucci kerana ia biasanya hanya duduk diam dan merelakan dirinya dipakaikan apa sahaja sebelum diambil gambar.
Berasakan gambar-gambar Gucci dalam pakaian tersebut lucu dan comel, pasangan kekasih ini kemudiannya memuatnaik gambar tersebut di meowtfit.tumblr.com hingga menjadi tumpuan ramai.

Menurut Wulff dan Dan, kucing yang paling sesuai digayakan dengan stokin ketat adalah kucing Siam dan Mesir memandangkan baka ini mempunyai naluri ingin tahu dan gemarkan perhatian. 
Sumber: Metro UK 
tumblr_mvfop1eb4s1sm1kcto1_1280

tumblr_mvdupriQ2P1sm1kcto1_1280

tumblr_mv6riyGau61sm1kcto1_1280

Suami 'Skandal' Adi Putra Semula Beri Kenyataan

ADUHAI, kami sangka isu ‘kenakalan’ Adi Putra dengan isteri orang, Nooraida Abdul Mutalib, 30, sebelum ini sudah surut dek penangan kisah kahwin rahsia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Rupanya, ia panas sekali lagi berikutan khabar angin yang menyatakan pelakon itu menggunakan individu berpengaruh bagi menggugurkan kes tersebut.

Melalui sisipan Bipop dalam Berita Harian Ahad, suami kepada wanita itu, Amiruddin Osman, 56, tampil semula memberi kenyataan mengenai perkara itu kepada wartawan Zubir:

“Saya terdengar cerita Adi ada bertemu seseorang minta bantuan individu berkenaan untuk menggugurkan kes beliau. Tapi, saya yakin pihak berwajib akan menjalankan tugas mereka dengan telus. Saya dimaklumkan kertas siasatan berhubung kes ini sudah disiapkan, begitu juga keputusan laporan forensik.

“Namun, saya hairan mengapa Adi menafikannya, walhal dia sendiri mengaku dengan saya beliau mengenali Nooraida. Ketika mereka mula berkenalan, Nooraida sudah memaklumkan mengenai status dirinyanya sebagai isteri, sebaliknya Adi tidak mengendahkannya.

“Malah Adi terus menggoda isteri saya. Bagi saya nak ‘nakal’ boleh, tapi jangan kacau isteri orang! Isteri saya mengaku, dia teruja apabila seorang artis popular seperti Adi ‘melayannya’.”

Memang panas! Kami yakin kalau anda berada di tempat pihak-pihak yang terbabit dalam kes ini, mungkin anda sudah tutup muka dengan baldi. Malu sungguh.

Kepada suami-isteri di luar sana, peliharalah keaiban pasangan dan jagalah maruah diri agak tidak terlibat dengan skandal yang  seperti ini.

Portal Pelancongan AS Senaraikan Villa Nabila Di Danga Bay Antara Tempat BERHANTU!

JOHOR BARU – Pusat pembangunan Danga Bay mungkin lebih dikenali sebagai sebahagian daripada projek bernilai jutaan ringgit yang dibangunkan oleh Iskandar Malaysia.

Tetapi, ramai termasuk penduduk tempatan di sini tidak mengetahui bahawa, portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikan ia antara lima tempat berhantu di Malaysia.

Ia tersenarai menerusi sebuah banglo lama tinggalan, dikenali sebagai Villa Nabila, terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.

Banglo tersebut menyimpan rahsia selama 40 tahun dan terdapat beberapa versi bagaimana ia memperoleh status tersebut.

Ia termasuk kes pembunuhan yang berlaku di kalangan keluarga Caucasian kaya yang tinggal di banglo itu.

Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut.

Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak.

Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah pelawat perlu memasuki rumah tersebut dalam nombor genap.

Sekiranya mereka melawat dalam nombor ganjil, terdapat ‘individu lain’ dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo tersebut.

Tinjaun The Star mendapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di kawasan sekitar walaupun mengetahui bahawa banglo tersebut mungkin berhantu.

Salah seorang daripada mereka, Azmirul Syafiq Azmadi, 12, berkata dia dan rakan-rakannya datang ke kawasan itu untuk melihat sendiri jika terdapat hantu di rumah tersebut.

“Saya pernah terdengar mengenainya dari rakan saya dan orang tua bahawa rumah itu berhantu.

“Kami mungkin akan kembali lagi pada waktu malam untuk mencuba nasib,” katanya sambil menambah mereka tidak melihat sesuatu yang pelik.

Expedia turut menyenaraikan Kellie’s Castle di Perak, Banglo di Jalan Turi, Bangar, banglo kolonial di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan Apartment Ria di Genting Highlands sebagai antara tempat-tempat lain untuk memburu hantu.

Penolong Pengarah Pelancongan Johor, Amirul Asyraf Ibrahim yakin menerusi penyenaraian itu akan menarik lebih ramai pelancong terutama mereka yang gemar melawat tempat-tempat menyeramkan.

“Di negara lain, terdapat beberapa pakej mengenainya untuk menarik pemburu hantu dan mereka yang mahukan sesuatu yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga bersedia untuk bekerjasama dengan ejen pelancongan bagi mempromosikan pakej aktiviti memburu hantu dan fenomena ghaib di Johor. – The Star

world_ax_0511_P8b
IMG_3105
DSCN25541

FOTO: Che Ta Bershopping, Bergambar Sakan Di London Dan Paris Menjelang Perkahwinan

Abang Nara memang kagum dengan tahap ke”grand”an majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang bakal berlangsung.

Kalau sebelum ini ‘photoshoot pre wedding’ mereka telah berlangsung di London, Che Ta juga turut sama ke kota Paris untuk beraksi di Eiffel Tower.
Pasti wow kadaboom gambar-gambar yang akan dikeluarkan nanti.

Dengan gaun serba hitam daripada Rizman Ruzaini, Abang Nara dah dapat bayangkan majlis perkahwinan Che Ta dan Zain bakal menjadi “wedding of the year”.

Namun begitu, tarikh 11.12.13 telah dinafikan oleh Zain sebagai tarikh hari bahagia mereka menyebabkan ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh keramat penyatuan dua hati ini.

Tak sabar rasanya untuk melihat gambar-gambar rasmi pra perkahwinan Che Ta yang telah dibidik oleh Annas Easkey. Pasti menarik dengan Eiffel Tower sebagai latar belakang. (Beautifulnara.com)

chetapar2
chetapar10
chetapar3
chetapar4
chetapar5
FOTO: Che Ta Bershopping, Bergambar Sakan Di London Dan Paris Menjelang Perkahwinan


Rio: Penyanyi popular Justin Bieber dilihat cuba menyelinap keluar dari ‘rumah pelacuran’ Centaurus di Brazil Jumaat lalu berselimutkan kain putih dengan bantuan pengawalnya yang membungkusnya.

Laporan mendakwa remaja berusia 19 tahun itu kemudian masuk ke tempat duduk belakang sebuah kereta yang menunggu bersama dua wanita dari kelab berkenaan.

Menurut sumber dalaman, Bieber menyangka dirinya tetamu di sebuah kelab peribadi.
Satu laman web melaporkan Centaurus disenaraikan sebagai rumah pelacuran ‘keempat terhebat’ di dunia sambil menambah ‘$210 boleh membeli 40 minit bersama mana-mana gadis pilihan anda’.

Walaupun penyanyi kontroversi itu disorok dalam selimut, sebahagian daripada tatu pada pergelangan tangannya dapat dilihat dengan jelas.

Bieber yang kini berada di Brazil untuk beberapa persembahan juga dilaporkan dihalau dari hotel mewah Copacabana Palace di Rio Selatan. Bagaimanapun, sumber mendakwa dia meninggalkan hotel itu secara sukarela selepas untuk mengelak masalah keselamatan akibat peminatnya yang menyerbu bangunan terbabit.

Ini bukan kali pertama Bieber terbabit kontroversi. Dua minggu lalu dia dilihat menayangkan sejumlah wang yang banyak di sebuah kelab eksotik di Texas. - Agensi
Sao Paulo: Seorang lelaki papa kedana dilaporkan tinggal dalam sebuah liang lahad yang dikongsi bersama rangka sahabat karibnya sejak 13 tahun lalu.

Fabio Beraldo Rigol berkata, dia berpindah ke kawasan perkuburan di Santa Isabel itu selepas menjadi miskin dan mula menagih dadah. Katanya, disebabkan kemelaratan dia dibuang oleh keluarga dan tiada tempat lain untuk berlindung.

“Saya terpaksa keluar dari rumah dan merayau di jalanan.



“Pada satu malam hujan lebat dan entah bagaimana apabila saya sedar, saya berada dalam kubur,” katanya.

Disebabkan terlampau melarat, Rigol terpaksa “meminta kebenaran” daripada rakannya untuk menumpang dalam kubur berkenaan.


Kata bekas broker itu, dia hanya keluar meninggalkan kawasan berkenaan untuk meminta sedekah bagi mendapatkan makanan.



Foto
RIGOL tinggal dalam kubur rakan karibnya sejak 13 tahun lalu.
Rigol berkata, pada awalnya dia hidup sama seperti orang lain dan bergantung kepada perniagaan untuk mencari sumber rezeki.

“Bagaimanapun perniagaan saya gagal dan saya mula menagih dadah,” katanya. Rigol berkata, dia tidak ada masalah hidup dikelilingi rangka dan tanah perkuburan yang sering dikaitkan dengan hantu.

Sebaliknya, kata Rigol, dia lebih takutkan orang yang masih hidup.

“Saya tak pernah nampak hantu walaupun pada ketika tertentu keadaan di sini agak sunyi,” katanya. - Agensi
Shah Alam: Niat tegar sekumpulan individu berstatus jutawan dan hartawan memperoleh ‘saham akhirat’ dengan menyalurkan pelbagai sumbangan bernilai lebih RM500,000 kepada seorang ustaz dari Kemboja bagi membantu masyarakat Islam miskin di negara berkenaan, berakhir duka apabila diperdaya lelaki terbabit sejak lima tahun lalu.

Wajah sebenar ustaz berkopiah yang berpenampilan warak itu terbongkar apabila dia dikesan menyalahgunakan sumbangan termasuk wang tunai yang diberikan untuk kepentingan diri termasuk membina banglo miliknya di negara berkenaan.

“Kami yang mengharapkan ‘saham akhirat’ dengan memberikan sumbangan sejak lima tahun lalu juga boleh dianggap ‘terkantoi’ kerana terlalu meletakkan kepercayaan kepada ustaz terbabit bagi menguruskan pelbagai sumbangan bernilai lebih RM500,000.”

Itu antara luahan seorang daripada lima individu berstatus jutawan dan hartawan, yang ditipu ‘hidup-hidup’ oleh ustaz terbabit yang berubah sikap sejak tiga tahun lalu yang dipercayai berjaya mengumpulkan pelbagai kekayaan hasil penipuan.

Foto
SMS dihantar ustaz Kemboja kepada seorang individu yang sering menyalurkan bantuan.

Daripada sumbangan berbentuk wang ringgit, barangan keperluan harian sehingga membina semula sebuah sekolah agama, ustaz terbabit turut menerima sekitar RM1,200 setahun daripada seorang penyumbang di Malaysia sebagai upah mengajar kanak-kanak di Kampung Cham, Kemboja sejak 2011.

Buat maksiat dalam kebun

HULU TERENGGANU - Perbuatan sepasang remaja menjadikan sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit, di sini, sebagai port memadu kasih mengundang padah apabila kegiatan tidak bermoral mereka dihidu anggota SRS Paloh Nyior, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pasangan berusia 16 tahun terbabit dipercayai sedang melampiaskan nafsu, namun hasrat mereka terbantut apabila menyedari kehadiran anggota SRS Paloh Nyior dan polis.

Difahamkan, remaja perempuan berasal dari Kampung Telaga itu terlebih dahulu menunggang motosikal mengambil pasangannya yang tinggal di Kampung Getang sebelum kedua-dua mereka tiba di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar jam 7.30 pagi.

Setiausaha SRS Paloh Nyior, Abdul Manat Ibrahim, 63, berkata, kehadiran pasangan terbabit disedarinya setelah mendapati terdapat sebuah motosikal berhampiran pintu pagar kebun sawit itu ketika dia sedang melakukan rondaan.

“Sebagaimana kebiasaan, saya kerap lakukan rondaan sekitar kawasan kampung apatah lagi malam tadi (semalam) bertugas sebagai anggota SRS.

“Ketika melalui kebun sawit ini, saya lihat sebuah motosikal dan ia adalah motosikal sama ditemui pada minggu lepas,” katanya.

Kata Abdul Manat, dia mengesyaki sesuatu setelah mendapati pintu pagar kebun berkunci manakala pemilik kebun itu tinggal di Kemaman.

“Saya memaklumkan anggota SRS yang lain selain turut hubungi polis. Pondok terletak kira-kira 50 meter jaraknya dari pagar ini pernah jadi lokasi penagih dadah,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan didapati sepasang remaja dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka akui pernah ke sini sebelum ini. Dalam pondok ini turut terdapat gebar dan bantal tidak pasti sudah ada atau dibawa mereka.

“Pasangan ini dibawa ke Balai Polis Kuala Telemong sebelum dimaklumkan ibu bapa masing-masing,” katanya.

Difahamkan, remaja lelaki itu sudah tidak bersekolah manakala yang perempuan masih bersekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kedua-dua remaja itu ditahan untuk jalani ujian air kencing, bagaimanapun hanya remaja lelaki didapati positif dadah serta masih ditahan. Sinar harian
Facebook

LAMAN media sosial Facebook adalah aplikasi paling popular bagi pengguna telefon pintar di Asia Tenggara, menurut laporan firma kajian pengguna Nielsen.
Tinjauan 10 Aplikasi Telefon Pintar Paling Popular Asia Tenggara itu berdasarkan Laporan Telefon Bimbit Nielsen baru-baru ini, merangkumi pasaran Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.

Menurut kajian itu, Facebook adalah aplikasi telefon pintar paling banyak digunakan di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Aplikasi popular lain di rantau ini adalah Google Play Store, YouTube, Line dan  permainan Candy Crush Saga.

"Pemilik telefon pintar di Asia Tenggara meluangkan purata 45 minit setiap hari untuk menggunakan aplikasi di telefon pintar mereka.

"Pengguna di Malaysia menggunakan aplikasi bagi tempoh paling lama iaitu 66 minit setiap hari diikuti Thailand (46 minit), Filipina (41 minit) dan Indonesia (40 minit)," menurut Pengarah Telekom dan Amalan Teknologi Serantau Nielsen Sagar Phadke.
Pistol ditemui dalam tandas stadium

SHAH ALAM – Sepucuk pistol lama jenis Browning ditemui di dalam tandas lelaki Stadium Shah Alam di sini, ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Roslan Abdullah berkata, pistol mengandungi tujuh butir peluru itu ditemui oleh anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar stadium itu kira-kira jam 9.30 malam.

Menurutnya, polis masih belum dapat mengenal pasti motif pistol itu dibawa masuk.

"Kita tidak tahu siapa pemilik pistol itu." katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam perkembangan lain, seramai lima individu berumur 19 hingga 24 tahun ditahan kerana membakar mercun, suar dan membaling botol, manakala 86 lagi ditahan kerana terlibat  menjual tiket palsu.

Pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan tidak ada rekod jenayah. Seorang daripada mereka adalah penuntut sebuah universiti tempatan.

“Keterangan mereka telah diambil dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Hafiz
 
PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz menjelaskan gambar mesra dia bersama bekas kekasihnya, Adira yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 23, berkata, foto tersebut diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka pada minggu lalu.

"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu," katanya kepada mStar Online.

Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas sekeping gambar mesranya dengan Adira yang dimuat naik melalui Instagram milik Adira. Foto tersebut turut memaparkan dua lagi rakan di samping mereka.

Dalam pada itu Hafiz meminta mana-mana pihak tidak mengaitkannya lagi dengan Adira kerana bimbang khabar angin tersebut melukakan hati kekasih penyanyi wanita itu.

Foto hafiz bermesra dengan Adira yang dimuatkan di Instagram milik penyanyi wanita itu.

"Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan.

"Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini," ujarnya.

Sementara itu, Hafiz berkata dia akan berduet dengan penyanyi Indonesia Datuk Rossa menerusi lagu terbaharu berjudul Salahkah, ciptaan Charly Van Houten (Setia Band).

Penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiamu Deritaku itu telah pun bertolak ke Jakarta pada Isnin (semalam) untuk mengadakan sesi rakaman sekali gus penggambaran klip video di sana.

"Jika sebelum ini saya berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muara Hati kini saya dapat berduet pula dengan Rossa. Kerjasama ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya.

"Saya harap lagu ini akan membuatkan para pendengar berpuas hati. Tambah pula komposer yang mencipta lagu ini bukan calang-calang orang," tuturnya.
Demi Lovato

PENYANYI Demi Lovato mengambil langkah lebih berjaga-jaga untuk terus menjauhkan diri daripada alkohol.

Lovato dilaporkan berjaya tidak mengambil minuman beralkohol ketika berhibur dan makan bersama rakan-rakannya di Manhattan.

Akhbar The New York Post, memetik sumber-sumber sebagai berkata yang penyanyi berusia 21 tahun itu akan memastikan bahawa tiada sebarang alkohol disediakan ketika di meja makan dan meminta agar tidak memasukkan alkohol dalam mana-mana makanan mereka.

Lovato pernah menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan alkohol pada tahun 2011.