JOHOR BARU – Pusat pembangunan Danga Bay mungkin lebih dikenali
sebagai sebahagian daripada projek bernilai jutaan ringgit yang
dibangunkan oleh Iskandar Malaysia.
Tetapi, ramai termasuk penduduk tempatan di sini tidak mengetahui
bahawa, portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia
menyenaraikan ia antara lima tempat berhantu di Malaysia.
Ia tersenarai menerusi sebuah banglo lama tinggalan, dikenali
sebagai Villa Nabila, terletak di atas bukit yang menghadap Selat
Johor.
Banglo tersebut menyimpan rahsia selama 40 tahun dan terdapat beberapa versi bagaimana ia memperoleh status tersebut.
Ia termasuk kes pembunuhan yang berlaku di kalangan keluarga Caucasian kaya yang tinggal di banglo itu.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang
pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak
perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat
kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga
tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana
sikap tamak.
Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah pelawat perlu memasuki rumah tersebut dalam nombor genap.
Sekiranya mereka melawat dalam nombor ganjil, terdapat ‘individu
lain’ dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo tersebut.
Tinjaun The Star mendapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di
kawasan sekitar walaupun mengetahui bahawa banglo tersebut mungkin
berhantu.
Salah seorang daripada mereka, Azmirul Syafiq Azmadi, 12, berkata dia
dan rakan-rakannya datang ke kawasan itu untuk melihat sendiri jika
terdapat hantu di rumah tersebut.
“Saya pernah terdengar mengenainya dari rakan saya dan orang tua bahawa rumah itu berhantu.
“Kami mungkin akan kembali lagi pada waktu malam untuk mencuba
nasib,” katanya sambil menambah mereka tidak melihat sesuatu yang pelik.
Expedia turut menyenaraikan Kellie’s Castle di Perak, Banglo di Jalan
Turi, Bangar, banglo kolonial di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan
Apartment Ria di Genting Highlands sebagai antara tempat-tempat lain
untuk memburu hantu.
Penolong Pengarah Pelancongan Johor, Amirul Asyraf Ibrahim yakin
menerusi penyenaraian itu akan menarik lebih ramai pelancong terutama
mereka yang gemar melawat tempat-tempat menyeramkan.
“Di negara lain, terdapat beberapa pakej mengenainya untuk menarik
pemburu hantu dan mereka yang mahukan sesuatu yang mencabar,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga bersedia untuk bekerjasama dengan ejen
pelancongan bagi mempromosikan pakej aktiviti memburu hantu dan fenomena
ghaib di Johor. – The Star
No comments
Post a Comment