Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


JITRA – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tali air di kilometer 33.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Bandar Darul Aman dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi tadi mangsa R.Gananaathan, 27, dari Jalan Paya Besar, Lunas maut di tempat kejadian dipercayai lemas dalam tali air selepas kereta tersebut terbalik.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohamed Yusof berkata rakan mangsa S.Thinissvaran, 27, hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Jitra sebagai pesakit luar.
Beliau berkata kenderaan yang dipandu Gananaathan dipercayai melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan sebelum hilang kawalan lalu terjunam dalam tali air sedalam satu meter.
“Siasatan awal mendapati mangsa maut dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kereta,” katanya ketika dihubungi di sini.
Ibrahim berkata kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumah rakan mereka di Alor Setar untuk menghadiri parti hari jadi, namun dikatakan terlepas susur keluar ke Alor Setar dan terlajak ke Jitra.
Katanya Gananaathan yang memandu kereta jenis Proton Wira dikatakan mahu berpatah balik ke Alor Setar sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Mayat Gananaathan dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga.

FOTO Zhu Songhua pertama kali terkenal pada September 2010 disaat dia tampil di Jiangsu Satellite TV.
Dia diundang dalam Program TV Happy Night dengan segmen Guruku Adalah Istimewa.
Selepas acara tersebut, dia mendapat perhatian ramai rakyat China dan mereka mencari foto Zhu Songhua di media sosial.
Fotonya tersebar sangat cepat di dunia maya dan di gelar sebagai ‘Guru Wanita Tercantik di China.’
Kebanyakan foto-foto tersebut berasal dari diketika dia masih menjadi model untuk majalahdengan jurugambar profesional di negaranya.






Maraknya foto-foto pribadi milik para selebriti tanah air yang telah tersebar luas di internet, secara tidak langsung membuat sebagian kalangan publik figur sadar bahwa menjaga sesuatu paling berharga sangat tidak mudah.


Kurang hati-hati rupanya menjadi penyebab utama beberapa artis mengalami kecolongan setelah mengetahui jika koleksi foto pribadi yang disimpan ditempat  paling sangat aman, masih saja bisa ditemukan.

Ketika WartaNews.com menuliskan "Foto-foto hot artis Indonesia" di situs pencarian gambar Google, nama-nama selebriti terkenal dari dunia akting hingga tarik suara terlihat sangat berbeda ketika tampil di televisi.

Selain itu, dari gambar-gambar yang dihasilkan pencarian Google tersebut,  beberapa artis terlihat sedang asik dugem, merokok, berpakaian minim, berpose sedikit nakal, berciuman sesama jenis bahkan ada juga yang bertelanjang dada.

Berikut ini beberapa foto hot artis-artis terkenal di Indonesia yang diperoleh dari Google:

1. Dewi Persik

2. Julia Perez

3. Syahrini

4. Aura Kasih

5. Bunga Citra Lestari

6. Sherina

7. Luna Maya

8. Cut Tari

9. Olla Ramlan

10. Sheila Marcia

11. Ayu Azhari

12. Sarah Azhari

13. Rahma Azhari

14. Nikita Mirzani

15. Nadila Ernesta

16. Vanessa Angel

17. Tamara Bleszynski

18. Wulan Guritno

19. Nana Mirdad

20. Fahrani

21. Ratu Felisha

22. Julia Estelle

23. Acha Septriasa

24. Jennifer Kurniawan

25. Aisyahrani. (*/eko)

Seperti yang diketahui, Thailand merupakan salah satu daripada negara di dunia yang dilihat sangat menyokong pergerakan transgender atas dasar hak asasi manusia.
Di atas sebab itu juga, setiap tahun, negara Gajah Putih itu akan mengadakan pertandingan ratu cantik pondan Miss Tiffany yang mengiktiraf kecantikan golongan terbabit.
Kecantikan peserta yang terpilih dilihat sangat cantik malah tidak kurang juga mengatakan kecantikan yang dimiliki mereka mengalahkan wanita tulen!
Di bawah merupakan foto-foto finalis Miss Tiffany 2014 yang bisa mengegarkan pentas ratu cantik pondan di Thailand, sekadar untuk mencuci mata anda di hujung minggu ini!









PETALING JAYA – Aktres Almy Nadia mengakui terlalu gemuruh sehingga menitiskan air mata sepanjang berlangsungnya majlis pernikahannya bersama aktor Fizz Fairuz yang berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.
Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia berasa risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran yang dilaluinya bersama Fizz, 35, sebelum ini.
“Alhamdulillah, kami sangat lega dan gembira akhirnya disatukan bersama. Sukar untuk saya ekspresikan bagaimana rasa perasaan itu.
“Sepanjang majlis pernikahan berlangsung, saya tidak henti-henti menangis. Risau dengan segala kemungkinan yang terjadi,” katanya kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Sabtu.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz pada Sabtu dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Fizz turut memberikan Almy wang hantaran RM20,000.
Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, berusia lima tahun.
Beritahu Almy, buat masa ini mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja lakonan.
“Kami tak rancang apa-apa pun, rancang kahwin sahaja. Yang lain-lain tak terfikir pun sebab Isnin ini Fizz akan sibuk di lokasi penggambaran.
“Yang penting kami dah kahwin. Jadi tiada lagi soalan daripada media mahu pun sesiapa sahaja iaitu bila nak kahwin?” selorohnya.
Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang. – mStar Online

Ternyata kegembiraan sepasang pengantin baru tidak berpanjangan apabila pengantin perempuan, Junaida Jamaludin, 29, telah disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam sebelum majlis persandingan mereka, semalam.
Menerusi laporan sebuah akhbar harian, Junaida ditemui meninggal dunia dengan keadaan hidung dan mulut berdarah di bilik pengantin di rumahnya di Petaling Jaya, pada jam 8.30 pagi.
Sehari sebelum itu, Junaida selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, dan majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya, jam 11.30 pagi.
Menurut abang Junaida, Kamarul Affendi Jamaludin, 38, mereka sekeluarga menyangkakan adik bongsunya itu sudah pergi ke dewan persandingan terlebih dahulu namun sangkaan mereka meleset apabila menyedari Junaida tidak berada di situ.
“Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.
“Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.
“Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman,” katanya sedih.
LAX: Tak habis-habis lagi masalah yang dicetuskan oleh idola remaja popular, Justin Bieber apabila dia ditahan selama 5 jam oleh pihak kastam  Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles atau LAX dan telah menjalani soal siasat yang memasuki tahap kedua.

Penyanyi asal Kanada itu difahamkan baru sahaja tiba kira-kira jam 1 petang di LAX  setelah terbang jauh daripada Singapura.
Bintang remaja itu dilihat semakin berani menunjukkan perilaku negatif termasuklah di LAX, semalam sebaik sahaja dilepaskan dia menjelirkan lidahnya dan menarik seluar di celah kelangkangnya apabila mengetahui ada pihak yang sedang merakam fotonya.
Insiden penahanan Justin dan entourage di LAX turut dikaitkan dengan kisah petisyen yang diterima kerajaan Amerika Syarikat yang mahukan Justin yang merupakan rakyat Kanada itu dihantar pulang ke tempat asalnya semula.
Dalam pada itu Justin yang semakin menjunam popularitinya itu telah mendapatkan sesuatu menerusi percutiannya ke Jepun baru-baru ini.
Antaranya difahamkan dia telah dibawa melawat Memorial Peperangan Yasukuni Shrine, beberapa rumah anak yatim dan ini dikatakan sebagai percubaan untuk memberikan kesedaran kepada remaja paling popular itu. – Murai


KEJADIAN aneh ini berlaku di Kuwait. Ibarat sebuah cerita dongeng, kisah ini menyayat hati ini dilaporkan oleh Today’s Opinion yang mengisahkan kealpaan dua anak perempuan yang tidak menyedari ibu mereka sudah meninggal dunia di rumah mereka sendiri.
Walaupun duduk sebumbung, kedua-dua beradik itu tidak sedar ibu mereka telah mati di dalam bilik sejak lapan bulan dengan seluruh badannya sudah tinggal rangka.
Akhbar Kuwait, Al-Wathan, pula melaporkan, hasil bedah siasat menunjukkan ibu tua itu sudah meninggal 8 bulan yang lalu.
Pasukan perisikan negara itu menyatakan tidak ada unsur jenayah pembunuhan dilakukan oleh kedua-dua anak perempuannya.
Kedua anak telah diperiksa dan terbukti tidak mengetahui perihal kesihatan ibu mereka sejak beberapa bulan sebelumnya, walaupun mereka berdua tinggal bersama ibu mereka.
Berdasarkan pengakuan yang direkodkan, kedua-dua beradik itu memberi alasan terlalu sibuk dengan pekerjaan harian memandangkan mereka merupakan keluarga yang kurang mampu.
Hal itu membuat mereka tidak terfikir untuk mengetahui keadaan ibunya yang terbaring di bilik sebelah. Mereka biasa keluar rumah di pagi hari, dan pulang pada malam hari.
“Mereka beranggapan ibu mereka keluar bilik setiap hari untuk makan, minum dan sebagainya selepas pemergian mereka. Lalu masuk ke bilik lagi untuk kembali tidur seperti biasanya,” lapor akhbar itu.
Kejadian ini terbongkar apabila salah seorang anaknya terlantar sakit di hospital dan meminta untuk bertemu dengan ibunya.
“Seorang lagi anak balik ke rumah dan masuk ke bilik ibunya dan mendapati wanita itu sudah meninggal dan hanya tinggal tulang yang tertutup bajunya,” kata akhbar itu memetik kenyataan pegawai pasukan keselamatan.
Gambar Hiasan


KOTA KINABALU : Tembelang dua individu melakukan penipuan dengan menawarkan penjualan rumah dan lot banglo dengan harga murah yang sebenarnya tidak wujud melalui iklan di beberapa akhbar tempatan, pecah selepas mereka ditahan polis dalam serbuan di sebuah premis di Karamunsing Capital, di sini, Khamis lalu.
Kedua-dua suspek berusia 47 dan 48 tahun ditahan di premis itu, jam 12.55 tengah hari, berikutan 17 laporan polis berhubung kegiatan penipuan itu di empat daerah di negeri ini membabitkan kerugian lebih RM1.5 juta.
Difahamkan, suspek dipercayai membeli iklan di akhbar tempatan di Sabah mengenai projek perumahan serta penjualan lot banglo yang kononnya akan dilaksanakan di Sabah dengan harga murah melalui sebuah syarikat.
Bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu syarikat di premis itu sebelum menahan kedua-dua suspek.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, hasil pemeriksaan, syarikat milik suspek tidak mempunyai lesen kontrak pembinaan serta lesen membuat kutipan wang deposit yang sah di sisi undang-undang.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga set komputer, buku akaun bank, telefon bimbit serta dokumen yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.
“Siasatan lanjut mendapati pengarah urusan syarikat berkenaan seorang wanita berusia 48 tahun dan dibantu seorang lelaki berusia 47 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel Lelaki dan Wanita Bagi Remaja Kaum Cina Menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2014.
Hamza berkata, modus operandi suspek adalah menyiarkan iklan di akhbar tempatan di Sabah mengenai projek pembinaan serta penjualan lot banglo yang kononnya akan dilaksanakan di Sabah dengan harga murah.
“Difahamkan, setiap pelanggan berminat akan dikenakan bayaran deposit sebanyak 20 peratus daripada jumlah harga rumah ditawarkan.
“Di samping itu, setiap ejen syarikat yang berjaya menarik pelanggan juga dijanjikan komisen 10 peratus daripada deposit yang dibayar pelanggan mereka.
“Sehingga kini, seramai 76 pelanggan membuat pembayaran deposit dengan nilai kerugian RM1.56 juta tanpa sebarang perjanjian jual beli dan penyerahan kunci dibuat sepertimana yang dijanjikan,” katanya.
Beliau berkata, setakat semalam, 17 laporan polis yang dibuat pelanggan membabitkan empat daerah di negeri ini iaitu Penampang, Kudat, Kota Belud, dan Ranau.
Katanya, kedua-dua suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-HM


Buat sesekian kalinya, aksi nakal Sheila Marcia terus tersebar di internet. Dan baru-baru ini, gambar bintang sinetron 'Anugerah' itu menjadi bualan ramai akibat aksi hangatnya tanpa memakai seluar dalam.

Ibu Sheila, Maria Joseph melahirkan rasa kecewa dengan penyebaran berulang gambar hangat anaknya itu. Beliau kemudian menyalahkan 'para pembenci' anaknya yang sengaja mengedarkan gambar tidak senonoh itu atas sebab-sebab tertentu.



"Itu perbuatan orang jahat. Semoga yang menyebar gambar itu dibukakan matanya," kata Maria dipetik sebagai berkata.

Menurutnya lagi, si penyebar tak tahu-menahu tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika itu. "Dia tak tahu latar belakangnya bagaimana, tapi main sebar sahaja. Apalagi bila ia melibatkan masyarakat umum," katanya.

Untuk info, gambar Sheila telah dimuat naik oleh seseorang di laman Twitter. Setelah di muat naik, orang tersebut kemudian beberapa kali mendakwa gambar-gambar itu adalah milik Sheila.



Melalui penelitian, gambar itu jelas menampilkan Sheila yang hanya mengenakan T-shirt tanpa lengan sambil berposing di sebuah bilik mandi. Ada juga aksinya yang memperlihatkan ia naik ke atas sinki sambil mempamerkan pahanya.

Bagaimanapun, ini bukan pertama kali Sheila beraksi nakal sebegini. Terdahulu, pelakon yang lahir pada 3 September 1989 itu juga pernah bergambar hangat dengan seorang lelaki yang khabarnya amat rapat dengannya.



Hemet (California): Seorang remaja lelaki didakwa menyerang dan membelasah seorang wanita warga emas di sebuah rumah orang tua, kata pihak berkuasa, semalam.
Menurut polis, remaja berusia 14 tahun itu ditangkap selepas pihak berkuasa menjalankan pencarian.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika remaja terbabit dan seorang rakannya - berusia 15 tahun - cuba merompak kompleks rumah orang tua itu yang terletak di Riverside di bandar Hemet.

“Ketika itu mangsa yang berusia 87 tahun sedang tidur.

“Selepas mendengar bunyi mencurigakan, wanita warga emas itu terjaga dan cuba melihat apa yang berlaku,” katanya.
Namun, kata jurucakap itu, kedua-dua remaja terbabit menyerang dan membelasah mangsa tanpa belas kasihan.
Jurucakap itu berkata, tidak cukup dengan memukul mangsa, remaja terbabit turut menuang cecair peluntur ke badan mangsa menyebabkan berlaku kelecuran.
Di sebalik kecederaan parah dialami, mangsa berjaya menekan butang kecemasan.
Kata jurucakap polis, suspek bergegas melarikan diri sebaik saja loceng berbunyi.
Sehingga semalam, mangsa masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Penyiasat berkata, mangsa tidak disasar secara khusus.

“Suspek ditahan di sebuah hotel di Temecula beberapa jam selepas kejadian,” katanya.

- AP
Machakos (Kenya): Seorang lelaki menetak kepala isteri dan anak lelakinya sehingga mati sebelum cuba membakar rumah mereka bagi menghapuskan bukti.
Lelaki berusia 60 tahun itu memancung isterinya yang berusia 25 tahun dan anak mereka yang baru berusia setahun serta meninggalkan kesan luka yang dalam di badan wanita itu.
Polis menemui kapak dan pisau dapur yang dipercayai dijadikan senjata pembunuhan namun suspek dapat melarikan diri.
Seorang pengawal keselamatan, Steve Mwendo menemui mayat dua beranak itu selepas dia memeriksa rumah berkenaan apabila terlihat kepulan asap di situ pada jam 5 pagi.
Mwendo berkata, pada mulanya dia menyangka berlaku litar pintas lalu bergegas untuk memadamkan suis utama di rumah berkenaan.
“Sebaik membuka pintu rumah saya terkejut melihat mayat wanita dan budak lelaki yang berlumuran darah disamping timbunan baju yang dibakar.
“Saya cuba memanggil tuan rumah beberapa kali namun tiada jawapan,” katanya.
Mwendo berkata, keluarga itu tinggal di kawasan berkenaan sekurang-kurangnya sejak enam bulan lalu memang sering bertengkar.

- Agensi

Gemas: Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kereta api membawa muatan simen di Kilometer 558.74, arah selatan berhampiran Stesen Keretapi Gemas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.45 malam, mangsa yang berusia 50-an dipercayai tergelincir ke landasan ketika melintasinya.
Difahamkan, sebelum kejadian, pemandu lokomotif membunyikan hon berulang kali sebaik menyedari mangsa berada terlalu hampir dengan laluan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, mangsa diseret sejauh 50 meter dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala tangan dan kakinya hancur digilis.
“Pemandu kereta api kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.
Kami mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
“Kami tidak menemui dokumen peribadi mangsa pada dirinya.

Ketika kejadian, mangsa memakai kemeja lengan pendek biru, berseluar panjang hitam selain mempunyai tatu bentuk hati di bahu kiri,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, pihaknya mengenal pasti waris mangsa manakala individu yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Huzaimi Abd Rashid di talian 09-9481221.

Permaisuri: Seorang pembantu kedai makan mendakwa dirogol seorang lelaki yang pernah menjadi pelanggannya di sebuah tandas awam Kampung Nyatoh, Penarik, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 5.40 petang ketika mangsa berusia 23 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di situ dikatakan pergi ke tandas tidak jauh dari premis berkenaan.
Beliau berkata, mangsa berseorangan ke tandas tanpa menyedari diekori lelaki berusia 20-an.
“Setiba di tandas, mangsa ditarik suspek dan diugut tidak membuat bising jika tidak mahu diapa-apakan.
“Mangsa meminta suspek melepaskannya namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum mendakwa dirogol suspek.
“Selepas melampiaskan nafsunya, suspek meninggalkan mangsa sambil memberi amaran supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Penarik untuk tindakan lanjut.
Ab Rahman berkata, mangsa mendakwa mengenali suspek yang dikatakan pernah datang ke kedainya.
Katanya, identiti suspek dikenal pasti dan usaha memburunya dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Seoul: Ketika mayat 48 pelajar perempuan mengenakan jaket keselamatan ditemui dalam sebuah kabin feri Sewol, pegawai kerajaan terpaksa mengaku mereka tersilap menghantar sesetengah mayat kepada waris.
Keadaan itu menambahkan lagi kekecewaan dan kemarahan keluarga mangsa feri malang itu.
Sumber berkata, kebanyakan waris terkejut apabila mengetahui 48 pelajar terbabit ditempatkan dalam kabin yang sepatutnya hanya memuatkan 30 penumpang. 

Katanya, pegawai kerajaan kemudian akur apabila beberapa waris mempertikaikan ketelitian petugas mengendalikan kes berkenaan.

“Dalam beberapa kes, keluarga mangsa menerima mayat tidak dikenali dan ia berlaku secara tidak sengaja apabila petugas tersilap menghantar mayat berkenaan,” katanya.
Pihak berkuasa pula berkata, proses pengecaman rasmi sedang giat dijalankan melalui ujian DNA dan cap jari. 

Sementara itu budak lelaki yang mula-mula membuat panggilan kecemasan sejurus feri Sewol itu senget - dikenali sebagai Choi - dilaporkan tidak sempat menghubungi ibu bapanya sebelum meninggal dunia.

Kata sumber, mayat Choi ditemui kelmarin tanpa jaket keselamatan. 

Bapa Choi berkata, dia terlalu marah dengan apa yang berlaku menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa kecuali memandang ke arah laut dan berdoa. 

“Kalau Choi mengenakan jaket keselamatan, saya tidak terlalu kecewa begini, namun saya bangga kerana dia menghubungi talian keselamatan berbanding kami ibu bapanya,” katanya. - Agensi/Reuters



Jertih: Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu, terjawab apabila mayatnya ditemui di atas batu berhampiran sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil, di sini, kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Md Hazmi Hanafi, 26, dari Kampung Beris Cawat, Kuala Besut, di sini, ditemui mati oleh orang awam jam 12.20 tengah hari berhampiran sebuah resort di kawasan pulau sebelum menghubungi Pondok Polis Pulau Perhentian. 
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan. 

“Hasil siasatan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek berwarna hitam, selain memakai seutas tali pinggang bertulis ‘replay’.

“Penemuan mayat itu dipercayai ada kaitan dengan laporan polis dibuat bapa mangsa pada 21 April lalu di Balai Polis Kuala Besut mengenai kehilangan mangsa,” katanya.