Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Dua Anak Tidak Sedar Ibu Mati Tinggal Rangka
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KEJADIAN aneh ini berlaku di Kuwait. Ibarat sebuah cerita dongeng, kisah ini menyayat hati ini dilaporkan oleh Today’s Opinion yang mengisahkan kealpaan dua anak perempuan yang tidak menyedari ibu mereka sudah meninggal dunia di rumah mereka sendiri.
Walaupun duduk sebumbung, kedua-dua beradik itu tidak sedar ibu mereka telah mati di dalam bilik sejak lapan bulan dengan seluruh badannya sudah tinggal rangka.
Akhbar Kuwait, Al-Wathan, pula melaporkan, hasil bedah siasat menunjukkan ibu tua itu sudah meninggal 8 bulan yang lalu.
Pasukan perisikan negara itu menyatakan tidak ada unsur jenayah pembunuhan dilakukan oleh kedua-dua anak perempuannya.
Kedua anak telah diperiksa dan terbukti tidak mengetahui perihal kesihatan ibu mereka sejak beberapa bulan sebelumnya, walaupun mereka berdua tinggal bersama ibu mereka.
Berdasarkan pengakuan yang direkodkan, kedua-dua beradik itu memberi alasan terlalu sibuk dengan pekerjaan harian memandangkan mereka merupakan keluarga yang kurang mampu.
Hal itu membuat mereka tidak terfikir untuk mengetahui keadaan ibunya yang terbaring di bilik sebelah. Mereka biasa keluar rumah di pagi hari, dan pulang pada malam hari.
“Mereka beranggapan ibu mereka keluar bilik setiap hari untuk makan, minum dan sebagainya selepas pemergian mereka. Lalu masuk ke bilik lagi untuk kembali tidur seperti biasanya,” lapor akhbar itu.
Kejadian ini terbongkar apabila salah seorang anaknya terlantar sakit di hospital dan meminta untuk bertemu dengan ibunya.
“Seorang lagi anak balik ke rumah dan masuk ke bilik ibunya dan mendapati wanita itu sudah meninggal dan hanya tinggal tulang yang tertutup bajunya,” kata akhbar itu memetik kenyataan pegawai pasukan keselamatan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments