Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Saudagar Rumah Hantu Di Kota Kinabalu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gambar Hiasan


KOTA KINABALU : Tembelang dua individu melakukan penipuan dengan menawarkan penjualan rumah dan lot banglo dengan harga murah yang sebenarnya tidak wujud melalui iklan di beberapa akhbar tempatan, pecah selepas mereka ditahan polis dalam serbuan di sebuah premis di Karamunsing Capital, di sini, Khamis lalu.
Kedua-dua suspek berusia 47 dan 48 tahun ditahan di premis itu, jam 12.55 tengah hari, berikutan 17 laporan polis berhubung kegiatan penipuan itu di empat daerah di negeri ini membabitkan kerugian lebih RM1.5 juta.
Difahamkan, suspek dipercayai membeli iklan di akhbar tempatan di Sabah mengenai projek perumahan serta penjualan lot banglo yang kononnya akan dilaksanakan di Sabah dengan harga murah melalui sebuah syarikat.
Bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu syarikat di premis itu sebelum menahan kedua-dua suspek.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, hasil pemeriksaan, syarikat milik suspek tidak mempunyai lesen kontrak pembinaan serta lesen membuat kutipan wang deposit yang sah di sisi undang-undang.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga set komputer, buku akaun bank, telefon bimbit serta dokumen yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.
“Siasatan lanjut mendapati pengarah urusan syarikat berkenaan seorang wanita berusia 48 tahun dan dibantu seorang lelaki berusia 47 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel Lelaki dan Wanita Bagi Remaja Kaum Cina Menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2014.
Hamza berkata, modus operandi suspek adalah menyiarkan iklan di akhbar tempatan di Sabah mengenai projek pembinaan serta penjualan lot banglo yang kononnya akan dilaksanakan di Sabah dengan harga murah.
“Difahamkan, setiap pelanggan berminat akan dikenakan bayaran deposit sebanyak 20 peratus daripada jumlah harga rumah ditawarkan.
“Di samping itu, setiap ejen syarikat yang berjaya menarik pelanggan juga dijanjikan komisen 10 peratus daripada deposit yang dibayar pelanggan mereka.
“Sehingga kini, seramai 76 pelanggan membuat pembayaran deposit dengan nilai kerugian RM1.56 juta tanpa sebarang perjanjian jual beli dan penyerahan kunci dibuat sepertimana yang dijanjikan,” katanya.
Beliau berkata, setakat semalam, 17 laporan polis yang dibuat pelanggan membabitkan empat daerah di negeri ini iaitu Penampang, Kudat, Kota Belud, dan Ranau.
Katanya, kedua-dua suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments