Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Biodata Vitalia Sesha adalah seorang foto model yang dalam kesehariannya bekerja sebagai seorang model panas di sebuah majalah dewasa. Dengan gaya yang tanpa canggung dalam pemotretan, Vitalia Sesha juga seorang foto model yang profesional di saat bekerja.

Juga Lihat: 

Pekerjaan yang di gelutinya sebagai seorang foto model, Vitalia Sesha juga seorang yang baik dan tidak sombong akan dirinya. ujar salah satu fotografer yang pernah menjadi fotografer Vita. Selain itu Vitalia Sesha yang sekarang ikut di sebutkan namanya dalam kasus korupsi tersebut, adalah seorang yang mudah bergaul sesama kru di kala break pemotretan.

Fotografer Vitalia Sesha yang hanya sekali memotret ini, dilakukannya sekitar bulan Januari. "Saya potret hanya tiga jam, setelah itu selesai dan tak pernah kontak lagi," ujarnya.











Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi Sidang Media Khas di PWTC mengesahkan pesawat MH370 terhempas di Selatan, Lautan Hindi.




Ini pastinya satu berita paling meruntun jiwa ahli keluarga mangsa yang terlibat.










KUALA LUMPUR: Semalam, seorang wartawan daripada sebuah akhbar ada menulis mengenai seorang produser iaitu Tasha Aziz yang telah melarikan diri daripada membayar hutang pelakon yang menjalani penggambaran di sebuah drama terbitannya.
Wartawan hiburan tersebut memberitahu dia menulis bagi mewakili beberapa pelakon yang telah meluahkan rasa tidak tahan dengan sikap produser itu yang sering kali mengelak apabila diminta bayaran masing-masing.
Antara pelakon yang menjadi mangsa Tasha dan syarikat penerbitannya, Temenggong Picturs Sdn Bhd itu adalah seperti Najua P Ramlee, Zila Bakarin, Aleza Shadan, Khaty Azean, Sharonizam, Aida Jebat dan ramai lagi.
Namun, semalam juga salah seorang daripada pelakon itu iaitu Zila Bakarin telah menaikkan satu post di laman sosial Instagram miliknya mengenai satu gambar screen capture dipercayai perbualan diantara Tasha dengan seseorang.
Zila yang menerima gambar itu bagaimana pun dalam caption di Instagram berkenaan memberitahu kecewa apabila dituduh sering mencari pasal sedangkan dia hanya mahu menuntuk haknya dan juga rakan-rakan yang lain.
Berikut caption yang ditulis Zila:
“Astaghfirullahhalazim…kenapa saya dituduh mcm tu..belum terlintas nak mengaibkan sesiapa…salah ke saya minta hak saya? Saya minta hak kawan2 saya yang sangat2 memerlukan..saya bukan jenis manusia yang suka cari pasal kalau ianya tak bersebab..saya sangat tegas dalam menuntut hak saya dan anak2. Tolong lah…jangan mencari salah orang lain..untuk menutup kesalahan sendiri,”
Zila yang dihubungi Murai bagaimana pun, tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal tersebut dan berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera


TELUK INTAN: Seorang lelaki bertindak nekad melarikan sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang di Bagan Datoh dan memandu kenderaan itu sejauh lebih 20 kilometer ke Teluk Intan, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, suspek yang membawa kenderaan secara melulu melanggar beberapa kenderaan termasuk mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera ringan akibat terjatuh sambil dikejar kenderaan bomba lain serta kereta peronda polis.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek bagaimanapun berjaya ditahan selepas jentera itu terbabas di lampu isyarat berhampiran kilang Caelygirl di kilometer 3.5 jalan Teluk Intan-Bagan Datoh menghala Teluk Intan kira-kira setengah jam kemudian.
Menurutnya, suspek yang disyaki kurang siuman kini ditahan untuk siasatan lanjut.-HM


Ramai yang macam tak percaya je bila  Amir dedah kan ada wanita yang meminatinya dan ingin menjadi kekasihnya. wah..ingat comot2 comel gini tak de orang nak ke?? budi bahasa tu yang penting tau..heheh

Tapi sekarang ha!percaya tak?? Ini lah bakal isteri Amir Rajalawak.

InsyaAllah..dalam perancangan.. semoga dipermudahkan..




Ramai yang sudah mengetahui bahawa penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya sudah pun hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan jejaka dikenali sebagai Miko Abdullah pada 11 Januari lalu.
Terbaharu, kakak Sharifah Amani ini telah melangsungkan majlis persandingan menyambut menantu di kampung halaman Miko di Sabah, semalam.
Apa yang menariknya, pasangan mempelai itu menggayakan pakaian pengantin mengikut tradisi masyarakat pribumi Sabah.
Memang unik dan klasik!
Hasil perkahwinan sebelum ini, Aleya mempunyai sepasang anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia empat tahun.
Di bawah ini merupakan sebahagian gambar menarik sepanjang majlis persandingan Aleya yang dikutip daripada Instagram adiknya, Sharifah Aryana.





Satu forum agama di Berlin, Jerman bertukar kecoh apabila tiga wanita penunjuk perasaan separuh bogel dari kumpulan FEMEN terpaksa diheret keluar daripada lokasi forum tersebut, baru-baru ini.
Program yang diadakan sempena Majlis Minggu Islam Berlin itu terpaksa dihentikan serta merta selepas kumpulan pelampau itu menyerbu ke dewan dengan slogan menghina Islam pada tubuh badan mereka.
Pertubuhan FEMEN diasaskan di Ukraine ini memang terkenal dengan berbogel untuk mempromosikan mesej perjuangan hak wanita serta untuk membantah mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengan prinsip yang dipegang mereka.
September lalu, anggota FEMEN turut mencetuskan kontroversi apabila menyerbu Minggu Fesyen Paris ketika pertunjukkan fesyen rekaan pereka fesyen Nina Ricci.





Seorang pelajar Sekolah Menengah Katholik, Petaling Jaya terbunuh manakala 31 yang lain dilaporkan cedera apabila bas sekolah yang dinaiki  terjunam ke dalam gaung di Hulu Langat, kira-kira jam 2.20 petang tadi.
Difahamkan, lokasi kejadian adalah jalan bercerun menuju ke menara tinjau Hulu Langat.
Enam pelajar dikatakan terperangkap dalam bas yang remuk manakala seorang pelajar berusia 17 tahun disahkan maut tersepit.
Kesemua mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Ampang.


Penyiasat kes kehilangan misteri Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 beranggapan komitmen Amerika Syarikat (AS) dalam isu MH370 akan meningkat berkali ganda andai ia dapat dikaitkan dengan serangan pengganas Islam.

The Wall Street Journal memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata, andai kumpulan seperti Jemaah Islamiah yang terbabit dalam pengeboman Bali pada tahun 2002 dipercayai terbabit, maka lebih banyak lagi bantuan akan mula digerakkan Washington.

Setakat ini, kesemua penumpang kecuali warga Rusia dilaporkan pihak berkuasa Malaysia sebagai bebas dari sebarang ikatan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Di Indonesia, di mana Jemaah Islamiah pernah melakukan serangan-serangan yang ganas, Presidennya, Susilo Bambang Yudhoyono secara peribadi mengesahkan kesemua 7 warga Indonesia dalam penerbangan MH370 tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas pada minggu lepas.

Menurut Pengarah Institut Analisis Polisi Konflik yang berpusat di Jakarta, Sidney Jones yang juga pakar mengenai keganasan di rantau ini, tidak ada sebarang bukti kukuh atau kaitan dengan tindakan pengganas dalam kehilangan MH370.
“Saya tidak ada rasa ada sebarang penjelasan melibatkan pengganas.

“Tidak ada mana-mana kumpulan pengganas yang beroperasi di rantau ini yang mampu bertindak ke tahap yang demikian, tidak siapa pernah berminat untuk menyerang Malaysia, tidak ada apa dalam latar belakang juruterbang yang mampu menzahirkan hubungan dengan kumpulan radikal, tidak ada sesiapa pun mengesan perbualan pengganas dan tidak ada mana-mana penumpang pun mempunyai hubungan pengganas,” katanya

Sehingga kini, pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal masih belum ditemui selepas 17 hari hilang pada 8 Mac lalu.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi, hari yang sama.
Photo By NationalPost



SEPANG: Pencarian MH370 tetap diteruskan walaupun taufan tropika di Lautan Hindi mengancam pergerakan kapal yang dikerahkan untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beberapa kapal yang bergerak ke lokasi di mana dua objek telah dilihat oleh satelit, 2,500 km dari barat daya Perth, Australia, perlu berdepan dengan keadaan cuaca teruk termasuklah taufan Gillian di bawah Kategori Satu.
“Walaupun sukar tidak ada negara berkata tidak kepada permintaan kami untuk mendapatkan bantuan,” kata pemangku Menteri Pengangkutan itu yang memuji usaha-usaha pasukan carian multinasional yang mana Malaysia bertindak sebagai penyelaras.
Menurut laman web Biro Meteorologi Australia, taufan tropika boleh dikategorikan dari Kategori Satu (paling lemah) ke Kategori Lima (kuat).
Taufan Kategori Satu membawa kelajuan angin dari 90 – 125km/jam.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata Taufan Gillian , yang dilaporkan telah melanda Pulau Krismas, menjadi laluan beberapa kapal yang menuju ke perairan di mana terdapat objek yang dirakam satelit Australia.
Kedalaman laut di lokasi mencari serpihan yang mungkin berkaitan MH370 adalah antara 150m dan 7,000 m.
“Ia bukan dalam kawasan mencari dan menyelamat lagi, tetapi ia boleh melanda kawasan ini,” kata Azharuddin, sambil menambah taufan itu boleh menjejaskan usaha mencari dan menyelamat.
Dua kapal dagang dan lima pesawat sudah berada di dalam kawasan itu manakala dua pesawat IL -76 Ilyushin dijangka tiba di Perth untuk membantu dalam pencarian di koridor selatan yang meliputi Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. 

PETALING JAYA – Pelakon Faizal Hussein mengakui dia sering dianggap sombong oleh segelintir pelakon dan kru produksi kerana tidak bergaul di sesebuah set penggambaran.
Faizal, 47, bagaimanapun berkata, tidak kisah dengan tanggapan tersebut memandangkan dia sendiri mahu bersendirian bagi mempersiapkan diri menghafal skrip selain menjiwai wataknya.
“Saya memang tidak berkumpul di bilik persalinan beramai-ramai seperti artis-artis lain selalu buat, sampaikan ada orang kata saya sombong sebab asyik duduk dalam kereta sahaja.
“Tetapi itu adalah cara saya untuk berfikir dan menghayati watak. Saya tidak mahu emosi terganggu terutamanya apabila melibatkan babak-babak yang berat,” katanya.
Tambah Faizal, mengasingkan diri daripada orang lain juga merupakan sebahagian tips untuk dirinya menghayati watak sebaik mungkin dan pada masa sama bersyukur kerana sikap ‘sombong’ itu tidak diberitakan sehingga menjadi kontroversi.
Malah dia juga mahu penggambaran yang dilakonkan hanya dilakukan sekali rakaman sahaja, tidak perlu banyak kali seperti yang sering dilakukan segelintir pelakon.
“Saya tidak suka menyusahkan orang dan sebab itu kalau boleh saya berlakon hanya satu take sahaja. Jadi, tak perlulah saya nak menyusahkan orang lain untuk berlakon banyak kali,” ujarnya.
Sementara itu, Faizal turut memberitahu mengenai sikapnya yang sentiasa tenang apabila berdepan dengan masalah produksi terutamanya bagi pelakon yang gemar datang lewat ke lokasi.
Malah dia tidak pernah terasa hati dengan sikap pelakon yang membuat masalah kerana menganggap ia sebahagian perkara yang harus dilalui sebagai pelakon apabila sedang bekerja.
“Saya sudah dibayar gaji untuk datang ke set penggambaran. Jadi, sama ada pelakon lain datang lewat tiga atau lapan jam sekalipun, saya tidak boleh nak marah pelakon berkenaan.
“Bukannya apa, ia akan mengganggu konsentrasi ketika berlakon dengan pelakon yang lewat itu nanti. Biarlah sesiapa yang nak datang lewat, tetapi kalau melebihi hari penggambaran, saya akan minta pihak penerbit membayar masa lebih itu,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Faizal bakal terlibat dengan penggambaran filem Gudang Kubur , arahan Eyra Rahman pada 25 Mac ini. - mStar Online

Australia – Ketika seluruh dunia tertumpu kepada operasi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370, seorang juruterbang pasukan tentera udara Australia mencuri tumpuan kerana kekacakannya.
Juruterbang terbabit,Leftenan Russell Adams kini menjadi sensasi internet selepas wajahnya muncul di dalam televisyen dan surat khabar, setelah memberikan komen mengenai pencarian pesawat terbabit.
Adams telah ditemubual oleh media selepas pesawat yang dipandunya mendarat di lapangan terbang.
Kebanyakan `peminatnya’ berpendapat jika Adams berada di negara lain, dia sudah pasti menjadi seorang model.
“Bukan cuba menarik perhatian daripada misi mencari pesawat itu, namun Leftenan Russell Adams memang kacak,’’ itu antara komen yang dimuat naik dalam media sosial oleh peminatnya.
Adams merupakan sebahagian daripada anggota dalam operasi menyelamat selepas Perancis mengumumkan penemuan serpihan dipercayai dari MH370 daripada satelitnya di selatan Lautan Hindi.
Sehingga kini ia merupakan petunjuk paling dekat bagi menyelesaikan misteri terbesar penerbangan dunia.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac.
Operasi mencarinya melibatkan kerjasama seluruh dunia namun sehingga kini pesawat itu masih belum ditemui.

London: Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian.
Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.
Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar.
Dia juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya.
Akhirnya, dia mengambil tindakan drastik untuk melepaskan diri dari ketaksubannya dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny.
Kini, dia cuba untuk kembali kepada kehidupan normal selepas menjalani terapi intensif di hospital untuk merawat ketagihan teknologi yang dihidapinya.
“Saya sentiasa cuba mendapatkan gambar terbaik diri sendiri dan apabila menyedari yang saya tidak mampu melakukannya, saya mahu membunuh diri.
“Saya kehilangan kawan, pelajaran, kesihatan dan hampir kehilangan nyawa,” kata Danny.
Kini, dia yang mula memuat naik “selfie” di Facebook sejak berusia 15 tahun sudah tujuh bulan tidak mengambil gambar seperti itu.

“Satu-satunya perkara paling penting bagi saya adalah mempunyai telefon pintar bersama saya supaya saya dapat memuaskan keinginan mengambil gambar sendiri pada bila-bila masa.

“Akhirnya saya sedar saya tidak mampu memuaskan keinginan saya.
Ramai yang tidak sedar apabila mereka memuat naik gambar “selfie” di Facebook atau Twitter, ia dengan cepat menjadi tidak terkawal. Ia akan menjadi misi untuk mendapatkan penerimaan orang ramai melalui “like” atau komen memuji dan lama kelamaan akan menjadi taksub untuk melakukannya.

Ia akan merosakkan sesiapa saja,” katanya.

- Agensi

Sebuah restoran di India memberikan pengalaman “menyeramkan” kepada pelanggan yang berkunjung di restoran itu.
Ia menyediakan pengalaman makan di tanah perkuburan apabila restoran itu dibina di atas tapak tanah perkuburan lama.
Bagaimanapun, pemilik restoran berkata, tempat itu baik untuk perniagaan.
Restoran New Lucky menampilkan konsep berbeza berbanding estoran lain dengan meletakkan meja makan di sekitar bekas tapak perkuburan Islam lama.
Pemiliknya, Krishan Kutti memutuskan untuk mengekalkan kubur itu bagi menjalankan perniagaannya.
Namun di sebalik ruang dalamannya yang “menyeramkan”, restoran itu menjadi tarikan ramai dan tempat yang popular untuk dikunjungi.
“Tanah perkuburan ini mendatangkan rezeki kepada saya. Perniagaan meningkat dan berkembang kerananya dan memberikan pengunjung pengalaman yang unik.

“Kami mengekalkan keadaannya asal dan pelanggan nampaknya tidak kisah,” katanya.
Bagaimanapun, Krishan tidak pasti siapa pemilik sebenar tanah perkuburan itu. Beberapa penduduk tempatan mendakwa ia menempatkan perkuburan pengikut ahli Sufi abad ke 16.
Terdapat 12 kubur di dalam restoran berkenaan dan ia di kelilingi pagar besi. Setiap hari sebelum memulakan perniagaan, pekerja restoran menghabiskan masa membersihkan kubur itu dan menghiasnya dengan bunga segar.
“Kami mulakan perniagaan dengan memberi penghormatan kepada kubur berkenaan. Kami membersihkannya menutupnya dengan kain dan menabur bunga ke atasnya. Ia penting sebagai penghormatan kepada si mati,” katanya.


Shah Alam: Selepas enam kali keluar masuk tandas, seorang remaja perempuan akhirnya ditahan anggota Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam Operasi Bersepadu di Plaza Tol Batu Tiga di sini, pagi semalam.
Remaja berusia 20 tahun itu pada mulanya memberi alasan tidak boleh membuang air kecil selepas teman lelakinya yang berusia 25 tahun didapati positif dadah, namun mengaku sudah tiga bulan mengambil bahan terlarang itu. 
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Diana mengaku mengambil syabu selepas diperkenalkan rakan selain mendakwa semakin rajin bekerja selepas mengambil dadah itu. 

“Pada mulanya, saya hanya mahu mencuba, tetapi selepas mengambilnya saya jadi semakin rajin bekerja dan tidak mudah penat. Saya bekerja sebagai kerani jadi perlu memberi sepenuh perhatian selain beban kerja yang banyak.

“Saya hanya membelanjakan RM50 mendapatkan bekalan dan kali terakhir saya ambil tiga hari lalu,” dakwanya ketika ditemui dalam operasi itu semalam.

Kuala Lumpur: Selepas imej dua objek dikesan melalui satelit China dan Australia, kerajaan Perancis pula mengesahkan satelit negara itu turut mengesan objek ‘berpotensi’ di kawasan Koridor Selatan, semalam.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, selepas menerima makluman itu, kerajaan terus menghantar data berkenaan ke Pusat Koordinasi Menyelamat Australia untuk tindakan segera.
Katanya, setakat jam 2.30 petang waktu tempatan semalam, pihak berkuasa Australia memaklumkan tiada sebarang petunjuk ataupun penemuan objek baru di kawasan Koridor Selatan.


“Beberapa pesawat operasi yang dijadualkan berlepas ke Koridor Selatan terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk selepas dilanda ribut tropika.

“Australia turut menghantar sebuah kapal pertahanan ‘Ocean Shield’ yang dilengkapi dengan kebolehan untuk mengesan sebarang objek dalam air,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam. HM