Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




Seremban – “Sebelum ini kami ditampar ejen gores dan menang, kali ini diugut pula dengan kayu dan besi sepanjang satu meter,” kata Low Beng Yen selepas dia mencuba nasib kali kedua menuntut supaya wang isterinya dipulangkan dalam kejadian di syarikat gores dan menang di Taman Bukit Kepayang, di sini, semalam.


Low, 54, berkata, dia dan rakannya, Kong Chee Tern, 50, datang ke pejabat syarikat berkenaan jam 11.30 pagi selepas tidak puas hati dengan keengganan ejen gores dan menang memulangkan semula wang RM1,200 walaupun dituntut pada Isnin lalu.

“Malangnya sekumpulan 15 lelaki disyaki ejen gores dan menang menyedari kehadiran kami dan menghalang dengan mengacu paip besi dan kayu,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kumpulan terbabit mahu menghalang dia daripada memasuki pejabat di tingkat satu premis perniagaan itu dan mendakwa akan memukul sekiranya mereka berdegil.

“Bimbang keselamatan kami, saya menghubungi Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Jason Lee Kee Chong meminta bantuan, ” katanya.

Sementara itu, Jason berkata, beliau bimbang keselamatan kedua-dua sahabat itu berikutan tindakan ejen gores dan menang seperti samseng itu.

Menurutnya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian, beliau segera menghubungi polis meminta bantuan.

“Saya kesal dengan kejadian itu yang menggambarkan seolah-olah sindiket gores dan menang tidak dapat dibendung lagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Jalan Campbell, di sini, selepas membuat laporan polis mewakili mangsa, semalam.

Beliau berharap pihak berkuasa memandang serius perkara itu sebelum kejadian lebih buruk berlaku kerana sindiket terbabit sanggup bertindak membahayakan nyawa orang ramai. –myMetro Online




SiakapKeli ada menerima aduan tentang satu penipuan VVIP yang mana seorang lelaki, Mohd Khalid Bin Mokhtar, 62 telah mendakwa yang dirinya itu bekas pengawal peribadi kepada YB Dato Seri Muhammad Rahmat Bin Mohamad (Bekas menteri penerangan & setiausaha UMNO pada ketika itu).
Selain daripada itu lelaki tersebut juga telah dapat meyakinkan mangsa yang dia mampu mendapatkan projek-projek kerajaan untuk syarikat mangsa.

Malang sekali mangsa yang selepas itu telah membuat bayaran sebanyak RM900,000 telah ditipu apa lelaki berkenaan telah menghilangkan diri.

Bagaimanapun laporan polis telah dibuat. 




Namun mangsa masih tidak berpuas hati dan memohon bantuan orang ramai sekiranya dapat mengesan lelaki tersebut (gambar) untuk menghubungi +601123261304 ataupun terus kepada pihak polis.

Berikut adalah kenyataan mangsa di status laman sosial beliau:

Salam sejahtera.. Saya memerlukan bantuan semua untuk mencari seseorang. Sesiapa yang mengenali atau ada melihat lelaki ini sila menghubungi (+601123261304). Butiran serta gambarnya adalah seperti dibawah. Kerjasama dari pihak anda amatlah saya hargai. Terima kasih.

Nama: Mohd Khalid Bin Mokhtar
Umur: 62 tahun
Bangsa: Melayu

Source: SINI



Sungai Petani: “Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun.”Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.

Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.

Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa.

Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.

“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.

“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini. – HARIAN METRO


Aksi tak senonoh sepasang remaja di parkir kereta kini tersebar luas di Singapura apabila gambar mereka dikirim ke laman web Stomp.
Dalam gambar tersebut sepasang remaja dengan yang lelakinya masih memakai uniform sekolah kelihatan selamba bercengkerama di tengah-tengah parkir bertingkat dipercayai bahagian bumbung paling atas.
Pasangan ini dirakam berkucup dengan kaki dikepit pada satu sama lain.

Selain menunjukkan masalah moral, orang ramai yang mengulas menyifatkan remaja ini tidak mempunyai rasa malu langsung memandangkan mereka melakukan perbuatan tersebut di tempat terbuka.
Bagaimana pun ini bukan kali pertama remaja Singapura dirakam melakukan hubungan intim di tempat awam.
Mei lalu, satu pasangan remaja turut ‘kantoi’ melakukan hubungan seks di bumbung Politeknik Ngee Ann (Ngee Ann Poly).



Sebelum ini worldnewsdailyreport.com telah mencetuskan kekecohan apabila mendakwa putera mahkota Selangor murtad. Kali ini sekali lagi portal yang amat tidak bertanggungjawab dengan menyediakan berita palsu untuk keseronokan itu menimbulkan kekecohan.

Hari ini agak gempar juga apabila terdapat khabar yang mengatakan MH 131 terpaksa mendarat cemas di Iceland. Berita tersebut telah beredar di laman-laman sosial. Bagaimanapun  MAS telahpun mengeluarkan kenyataan terhadap perkara tersebut.

Pesawat MH131 dilaporkan melalui zon “pergolakan yang berat” dengan “penglihatan terhad” selama beberapa minit menyebabkan peralatan navigasi tidak berfungsi memaksa juruterbang mendaratkan pesawat secara manual, lapor berita palsu tersebut.

Bagaimanapun jika diperhatikan kod penerbangan MH131 adalah kod laluan Kuala Lumpur ke Aucland dan bukannya Paris ke New York.




Buat pengetahuan pembaca semua, laman worldnewsdailyreport.com adalah laman berita-berita palsu. Berikut adalah diclaimer portal tersebut.



Bagaimanapun tidak boleh salahkan kepada orang yang menyebarkannya sahaja. Portal yang tidak bertanggungjawab tersebut walaupun sudah menyatakan tentang aktiviti mereka melalui disclaimer seharusnya perkara ini tidak dibuat main-main. Selain itu tidak semua orang yang akan membuka pautan kecik “Diclaimer” tersebut. ─ SiakapKeli.com


LONDON: Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.
Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia - mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.
Tanggungjawab untuk memulakan penyiasatan persendirian itu diserahkan kepada Wifka, sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman.
Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah media berbahasa Inggeris Jerman, The Local, menegaskan sejak kejadian pembunuhan itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, semua orang menyebut bahawa mangsa-mangsa itu memerlukan pembelaan dan sanak keluarga mereka serta masyarakat antarabangsa juga memerlukan jawapan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.
Malangnya, kata Wifta, belum ada satu pun daripada persoalan ini dijawab walaupun siasatan ke atasnya sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa. 
Kini, tanggungjawab untuk mencari jawapan tersebut telah diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini iaitu Josef Resch.
"Setiap orang ada harganya. Ia hanyalah persoalan berapa banyak," kata Resch yang yakin tawaran AS$30 juta itu akan membuka mata mereka yang ada harga.
Resch juga mengesahkan yang dia telah pun menerima upah sebanyak Euro 40,000 untuk memulakan penyiasatannya dan dia tidak ragu-ragu akan menemui orang yang bersedia menerima wang sebanyak itu (AS$30 juta)  untuk mendedahkan kebenaran di sebalik insiden itu. 
Wifka menegaskan, sesiapa sahaja yang dapat mendedahkan - siapakah yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menembak pesawat MH17 itu, siapa yang menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian itu dan apa yang telah terjadi kepada senjata yang digunakan untuk menembak jatuh MH17  - akan menerima hadiah wang tunai AS$30 juta yang ditawarkan itu.
Malah Wifta juga memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan semua kebenaran ini akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.
Wang hadiah tersebut kini tersimpan di Zurich, tetapi Wifka sekali lagi menegaskan yang mereka tidak tahu siapakah penderma nya. Identitinya menjadi rahsia.
Satu-satunya maklumat yang mereka ada ialah, pihak yang menjadi orang tengah dalam rundingan ini bertutur dalam loghat Switzerland.
Jumlah tawaran AS$30 juta itu melebihi jumlah wang yang ditawarkan kepada sesiapa yang dapat mendedahkan maklumat sehingga tertangkapnya Osama bin Laden iaitu sebanyak AS$25 juta (RM80.45 juta). Mstar

Riyadh: Seorang gadis tempatan memutuskan pertunangan selepas dia melihat tunangnya memakai stokin koyak ketika lelaki itu mengunjungi rumahnya.
Gadis itu yang hanya dikenali sebagai Souad, sebelum ini bersetuju menerima lamaran lelaki berkenaan selepas mengetahui dia mewarisi harta bapanya.
“Pertunangan mereka hanya berkekalan sehingga minggu lalu apabila lelaki itu mengunjungi rumah tunangnya.
Tidak lama selepas tiba, gadis itu menghantar mesej pesanan ringkas kepada bapanya yang berbual di ruang tamu bersama tunangnya, meminta pertunangan itu diputuskan.

“Dia juga meminta bapanya melihat stokin yang berlubang yang dipakai tunangnya,” lapor akhbar Al Riyadh.

Menurut akhbar itu, mesej gadis itu kepadanya berbunyi: “Ayah, lelaki ini tidak sesuai untuk saya.
Lihat stokinnya yang berlubang.” Si bapa bersetuju dengan permintaan anaknya lalu memutuskan pertunangan mereka.


- Agensi

Nibong Tebal: Seekor anak lembu yang dilahirkan dengan tiga mata dan dua hidung di Ladang Byram, di sini, menarik perhatian orang ramai khasnya penganut agama Hindu untuk melihat sendiri keunikan haiwan berkenaan.
Pemiliknya, M Thangamani, 62, berkata, anak lembu betina itu dilahirkan jam 6.45 pagi Isnin lalu, namun haiwan berkenaan didapati mati jam 7.45 malam kelmarin selepas 37 jam dilahirkan.
Beliau berkata, keunikan haiwan itu menarik perhatian masyarakat India dari beberapa negeri selepas berita mengenai kelahiran lembu pelik itu mula menjadi viral dan tersebar di laman sosial termasuk Facebook.

“Sebelum anak lembu ini dilahirkan, saya terjaga secara tiba-tiba jam 2 pagi dan ketika itu hati saya resah seperti petanda sesuatu yang pelik akan berlaku menyebabkan saya tidak dapat melelapkan mata.

“Pada pagi itulah saya menyaksikan kejadian paling mengejutkan dan pelik dalam hidup selepas mendapati anak lembu ini dilahirkan dengan tiga mata dan dua hidung. Dua mata di sisi kiri dan kanan seperti lembu normal manakala satu lagi berada di tengah-tengah kepalanya,” katanya.
Thangamani berkata, anak lembu istimewa itu dilahirkan seekor lembu betina yang dibelinya dari sebuah ladang di Pantai Remis, Perak, pada 2008 dan tidak mengesan sebarang tanda pelik dengan haiwan berkenaan.
Dia yang merasa bertuah dengan kelahiran anak lembu berkenaan pada mulanya bercadang menyerahkan haiwan berkenaan kepada sebuah kuil berhampiran, namun hasratnya itu terbantut selepas ia mati.

Kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk melihat haiwan pelik itu dipercayai menyebabkan lembu betina berkenaan merasa terganggu dan enggan menyusukan anaknya.

Gopeng : Seorang lelaki bertindak membakar rumahnya di Taman Gopeng Jaya, di sini, selepas bertengkar dan tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang meninggalkannya, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 40-an dan tidak bekerja dikatakan bertengkar dan tidak lagi bersefahaman dengan isterinya sehingga menyebabkan isterinya itu kerap melarikan diri ke rumah ibunya yang terletak tidak jauh daripada rumah mereka. 
Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan suami isteri itu kerap bertengkar menyebabkan si isteri sering lari ke rumah ibunya dan meninggalkan suaminya untuk beberapa hari sebelum kembali pulang ke rumah. 

“Saya selalu menasihat mereka supaya bertolak ansur dan berbaik-baik semula, tetapi sebaliknya si suami memarahi saya kerana mencampuri hal rumah tangga mereka.

“Si isteri ada mengadu kepada saya jika dia meninggalkan rumah lagi suaminya akan membakar rumah mereka. Saya tidak sangka tindakan itu benar-benar terjadi semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Georgetown: Seorang guru wanita di sebuah sekolah swasta, di sini, mendakwa kerugian hampir RM100,000 selepas identitinya ‘dicuri’ dan digunakan peminjam hantu untuk membuat kad pengenalan, surat beranak serta pinjaman daripada beberapa institusi kewangan sejak April lalu selepas lesen memandunya hilang.
Mangsa, Nurul Asilah Mohamed Sultan, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendapati wang tunai RM100 yang berada di dalam akaun simpanannya hilang dan semakan mendapati kad pengeluaran wang automatik (ATM) digunakan pihak lain untuk membuat transaksi pengeluaran tanpa kebenaran. 
Beliau berkata, selepas aduan dan semakan dibuat termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan pihak bank, dia dimaklumkan seorang wanita dipercayai melakukan pengeluaran menggunakan kad ATM miliknya di sebuah bank di Bukit Jambul, di sini, hujung April, sedangkan ketika itu tiada transaksi pengeluaran dilakukannya. 

Menurutnya, bermula daripada kehilangan RM100 itu, dia berjaya membongkar beberapa perkara lain dan mengesyaki ada pihak mencuri identitinya termasuk membuat permohonan kad ATM yang baru dan membuat penukaran nombor pin, menyebabkan dia membuat laporan polis.

“Saya turut membuat aduan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyekat identiti digunakan orang lain dan diberi jaminan pihak berkenaan akan mengambil tindakan dan siasatan segera berhubung kejadian itu. HM

Melaka: Lelaki berusia 53 tahun dipercayai ketua ajaran sesat yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Kampung Batu Gajah, Isnin lalu dikatakan mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.
Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pendedahan itu dibuat bekas pengikutnya ketika siasatan dilakukan hasil beberapa laporan polis termasuk di Ampang, Selangor Isnin lalu.
Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu turut mengakui mereka perlu melafazkan kalimah syahadah yang membawa makna bercanggah dengan Islam selain berpuasa selama 44 hari bagi menyucikan diri.


“Suspek dikenali sebagai Pak Engku atau Wak dalam kalangan pengikutnya didakwa mengaku sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.

“Dia dipercayai memperkenalkan amalan puasa pemutih kepada pengikut bertujuan menyucikan diri selain dilarang memakan makanan berdarah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JAIM di Bukit Palah, di sini, semalam