Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Pengibaran bendera Israel di Raintree Beach Resort, Tuaran, Sabah menggemparkan seluruh Malaysia sehingga dikecam hebat di laman-laman sosial, media dan blog-blog tempatan.
Ramai tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana ia dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam yang di Sabah. Ini berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin. Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel.
Pengibaran bendera itu berpunca daripada sebuah syarikat perfileman dari China yang sedang melakukan penggambaran filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) sejak seminggu lalu di resort berkenaan.
Untuk pengetahuan, filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding.
Bagaimanapun, Pergerakan Pemuda Umno Tuaran telah pergi ke resort berkenaan untuk menyiasat apa yang berlaku dan meminta pihak pengurusan syarikat China itu untuk menurunkan bendera Israel.
Isu Panas
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios dan pengarah filem KIL, Jeremy Little disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah awal pagi tadi.
Pemergian insan seni yang pernah menganggotai kumpulan rap, rock dan reggae, Prana itu mengejutkan industri muzik tempatan termasuk ulama terkenal, Mufti Ismail Menk, yang memuatnaik status mengenai kematian Jeremy di laman facebook miliknya.
“Seorang rakan karib dan saudara saya, Jeremy Little, dari Malaysia baru saja meninggal di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah ketika mengerjakan umrah."
“Ia sebuah tempat yang cukup dirahmati untuk kembali ke pangkuan Ilahi buat pemuda yang mencetak dan mengedarkan ribuan CD saya secara percuma, setiap tahun.”
Menurut laporan Berita Harian hari ini, kematian Jeremy difahamkan berpunca daripada penyakit kanser yang dihidapinya sejak sekian lama. Kata-kata terakhir pemuda berusia 31 tahun itu sebelum menghembuskan nafas adalah berbunyi "Beautiful Technology in a magical place.. SubhanAllah."
Diucapkan takziah kepada keluarga beliau. Satu lagi kehilangan besar buat industri hiburan tempatan yang tidak disangka-sangka. Untuk info, Allahyarham juga merupakan salah seorang DJ popular yang aktif membuat promosi indie band tempatan.
Hiburan
SEJAK bersara daripada dunia nyanyian hip hop, Malique yang pernah popular dengan kumpulan Too Phat nampaknya terus mendiamkan diri malah lebih senang low profile daripada bidang seni.
Walaupun tidak lagi bergiat aktif dalam bidang seni suara, namun Malique masih lagi mempertaruhkan bakatnya dalam penghasilan lagu dan muzik.
Antara hasil karyanya yang berjaya mencipta fenomena adalah lagu Teman Pengganti yang didendangkan Black Hanifah dan RJ.
Menyingkap sisi peribadi jejaka ini, Malique yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Melissa Maureen Rizal kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata.
Hiburan
BATU PAHAT -: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dihempap tiang gol yang tumbang di sebuah padang permainan di Parit Besar di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa, Ahmad Ilham Fikri Ahmad Zaki dibawa bapanya ke padang permainan itu bersama dua lagi adik beradiknya untuk beriadah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa bersama abangnya berusia 10 tahun sedang bermain sementara bapanya membawa adik lelaki mangsa berusia setahun mengelilingi padang menaiki basikal.
Menurutnya, dalam tempoh 10 minit selepas itu mangsa dihempap tiang gol yang secara tiba-tiba tumbang tepat mengenai bahagian lehernya menyebabkan pendarahan di kedua-dua telinga dan mangsa tidak sedarkan diri.
“Kejadian itu disaksikan abang mangsa yang sedang bermain dengannya sebelum segera memberitahu kepada bapanya yang berada di padang itu juga.
“Mangsa kemudiannya terus dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro di sini, sebentar tadi.-HM
Isu Semasa
Sebuah kereta BMW telah menarik perhatian ramai di Singapura sejak seminggu lalu.
Hal ini kerana BMW tersebut yang dilihat diparkir di Telok Blangah dicat warna emas metalik yang jarang dilakukan pemilik kereta lain.
Warna emas berkilat ini sudah pasti menarik perhatian sesiapa sahaja selain boleh menyilaukan mata mereka yang memandang.
Kereta ini mula diperkatakan selepas seseorang mengirim gambarnya kepada laman web Stomp awal April lalu.
Rasanya, pemilik kereta ini pasti peminat emas dan suka ‘bling-bling’ kan?
Pelbagai
Kotak hitam pesawat penerbangan MH370, sekiranya ditemui kelak, harus
diserahkan untuk siasatan kepada pihak yang boleh dipercayai dan cekap
untuk melakukan analisis ke atas perakam suara kokpit dan perakam data
penerbangan itu.
Bekas juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik
Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata siasatan itu juga perlu dilakukan oleh
pihak yang bebas dan bukan di kalangan mereka yang berkepentingan dengan
siasatan tersebut.
“Pencarian MH370 mungkin berakhir. Sekiranya kotak hitam itu
ditemui adalah menjadi kepentingan semua pihak, ia disiasat oleh pihak
yang boleh kita percayai, yang cekap, yang boleh berkomunikasi dengan
baik, neutral dan bukan pihak yang berkepentingan.
“Mendapatkan semula (kotak hitam), mengeluarkan datanya dan
menganalisis data itu harus dilakukan dengan bersih dan tidak terjejas
dengan penglibatan mereka yang tidak tahu apa-apa,” katanya dalam satu
komentar di jaringan sosial Facebook hari ini.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
dalam satu wawancara dengan The Straits Times pada Selasa berkata secara
peribadi beliau tidak kisah sama ada siasatan itu dilakukan di Perth
atau Kuala Lumpur.
“Secara peribadi, saya hanya mahukan kebenaran. Saya mahu tahu apa
yang terjadi pada MH370. Tidak kisah bagaimana atau siapa atau di mana,”
katanya.
Pesawat Boeing 777-200 itu didaftarkan di Malaysia dengan pendaftaran
9M-MRO atas milik MAS. Di bawah Konvensyen Antarabangsa Penerbangan
Awam (ICAO), Malaysia sebagai negara asal pesawat hendaklah melancarkan
siasatan dan mendapatkan semula bangkai pesawat.
Malaysia bagaimanapun telah meminta bantuan Australia untuk mengetuai
usaha mengesan pesawat berkenaan yang dipercayai kini berada di selatan
Lautan Hindi.
“Di bawah ICAO, kita ada tanggungjawab untuk mencari kotak hitam.
Tetapi ada cabaran diplomatik kerana ia melibatkan 14 negara,” kata
Hishammuddin, merujuk kepada kewarganegaraan 239 orang penumpang dan
anak kapal.
Malaysia minggu lalu membentuk tiga jawatankuasa siasatan merangkumi
hal ehwal waris, ketenteraan dan aspek teknikal usaha mencari MH370.
Jawatankuasa ini disertai oleh pakar dari agensi pengangkutan dan penerbangan dari Amerika Syarikat, Perancis, Britai dan China.
Pesawat penerbangan MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur
dan Beijing hilang kira-kira satu jam setelah lepas landas dari Lapangan
Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac yang lalu.
Siasatan awal mendapati sistem komunikasi pesawat telah dimatikan
dengan sengaja dan pesawat berkenaan berpatah balik dari laluan asalnya.
Setelah usaha mencari dipergiatkan di Laut China Selatan dan kemudian
beralih ke Lautan Hindi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
pada 24 Mac lepas mengumumkan pesawat itu “berakhir” di selatan Lautan
Hindi — kawasan yang terpencil dan tidak ada tapak mendarat.-
Astroawani.com
Isu Semasa
Sebuah pusat jagaan orang tua di Long Island, New York disaman kerana
mengupah seorang penari separuh bogel untuk menghiburkan
penghuni-penghuni di pusat jagaan tersebut.
Anak kepada seorang penghuni, Franklin Youngblood yang berang dengan
tindakan pihak pengurusan tersebut mengambil keputusan untuk menyaman
kerana merasakan perkara itu tidak sesuai diadakan di sebuah pusat
jagaan orang tua.
Perbuatan itu tersebar selepas Franklin ternampak gambar ibunya yang
berusia 85 tahun sedang memasukkan wang di dalam seluar dalam penari
lelaki tersebut.
Menurutnya lagi, dengan keadaan ibunya yang uzur dan tua, pastinya ibunya kurang memahami tarian ‘lucah‘ sebegitu sekali gus mendakwa pusat pengurusan sengaja mempergunakan penghuni-penghuninya dengan aktiviti kurang bermoral.
Global
KUALA LUMPUR: Dua minggu lalu portal Murai menerusi segmen Murai Batu ada menyatakan pelakon cantik Maya Karin ke Majlis Anugerah Laureus World Sports bersama seorang jejaka mat salleh.
Bagaimanapun Maya ketika ditemui selepas sesi WebChat bersama Murai sebentar tadi memberitahu jejaka mat salleh itu bukanlah kekasihnya tetapi hanya seorang teman.
“Dia bukan kekasih saya, dia hanya seorang kawan yang menemani saya ke majlis anugerah itu. Saya ajak dia ke sana kerana tidak mahu berseorangan sepanjang majlis berlangsung,” katanya ketika diminta mengulas tentang perkara tersebut.
Menjawab soalan tentang menjalin cinta dengan lelaki berbangsa Eropah, Maya berkata dia tidak pernah mengiyakan gosip tersebut.
“Saya tak pernah kata ya atau pun tidak mengenai perkara tersebut. Sikit pun saya tak pernah komen mengenainya. Dari mana mereka dapat cerita tentang teman lelaki saya mat saleh pun saya tak tahu.
“Saya cuma mengaku sudah mempunyai teman lelaki itu sahaja,” jawabnya.
Tambah Maya, dia tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara terebut kerana buat masa ini dia hanya mahu fokus kepada album ketiganya berjudul Teka-Teki.
“Bukan masanya untuk saya komen lagi mengenai perkara itu kerana jika ianya benar barulah saya akan kongsi dengan semua,” ujarnya.-Murai
Hiburan
BELUM pun reda dakwaan mengaitkan Professor Izzi Ali dengan kes mencabul pelajarnya, kini timbul pula pendedahan dari seorang wanita yang mendakwa bekas pembantu peribadi kepada pakar motivasi tersebut.
Wanita itu memberi komen di Facebook menceritakan dia pernah bekerja untuk Prof Izzi sebelum mengambil keputusan meletakkan jawatan dua tahun lalu.
“Sampai bila nak tutup benda ni, saya ingatkan dia dah insaf, dah bertaubat. Rupa-rupanya masih dengan perangai lama dia lagi,” kata wanita itu dalam satu komentar di Facebook.
Kenyataan itu menyusul ketika Prof Izzi masih membisu berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya baru-baru ini.
Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana benar wanita tersebut pernah bekerja dengan Prof Izzi.
Sebelum ini seorang pelajar mengaku diraba buah dada oleh seorang prof terkenal. Berikut adalah petikan akhbar HMetro:
Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.
Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.
Dalam laporannya, Nuru Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.
Laman Facebook milik Prof Izzi turut menjadi tempat membincangkan polemik tersebut dengan reputasi pensyarah berkenaan mula menjadi pertikaian serius termasuk oleh pengikutnya di laman sosial tersebut.
Malah, ada yang secara terbuka mempersoalkan sikap membisu Prof Izzi yang memilih untuk berdiam diri sehingga kini. – New Malaysian Post
Isu Panas
BERLAKU kejar mengejar di antara MPV Elite iaitu Eagle 13 dan Eagle 14 dengan sebuah kereta jenis Mitsubishi EVO7 di MRR2. Bermula selepas Taman Conought sehingga Taman Bakti Ampang.
Namun, kereta yang dipandu oleh saspek akhirnya terbabas dan terbalik.
Polis berjaya menahan seorang lelaki melayu dan tiga perempuan Melayu di Jalan Besar Taman Bakti Ampang.
Hasil siasatan kenderaan saspek, polis mendapati nombor pendaftaran yang digunakan oleh kenderaan saspek adalah palsu. Siasatan penuh sedang dijalankan.
Isu Panas
She’s not lovin’ it…
Kejadian dipercayai berlaku di Mcdonalds St Petersburg, Florida, Amerika Syarikat.
Rakaman adalah dari kemera keselamatan restoran berkenaan.
Entah apa la yang dia marah sangat…atau sedang berhalusinasi kot… sehingga pekerja-pekerja lelaki restoran tu pun hanya mampu melihat.
Dalam video di bawah, wanita berkenaan selain menghancurkan barangan, turut memakan ais krim dari mesin.
Lebih menarik kalau menonton video ini adalah suara gelak ketawa krew Mcdonalds ketika menonton kembali kejadian itu.
Isu Panas
Georgetown: Gara-gara panik selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, seorang gadis disyaki sedang berasmara dengan pasangannya dalam sebuah kereta tidak sempat menarik seluar dipakainya, sekali gus membongkar aktiviti tidak bermoral dilakukan mereka dalam kejadian di Pantai Seagate di sini, minggu lalu.
Sebelum itu, sepasukan Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menghampiri kenderaan dinaiki pasangan itu bagi melakukan pemeriksaan dan mendapati seluar dipakai gadis berusia 20-an itu masih terlondeh sehingga paras paha.
Menambahkan lagi rasa syak pasukan terbabit apabila seluar dalam dipakai gadis berkenaan terlondeh selain raut wajahnya yang kelihatan cemas.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, pasangan itu antara 19 individu berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan selepas disyaki berkhalwat dalam pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan Barat Daya dan Timur Laut bermula jam 10 malam hingga 7 pagi, Khamis lalu.
Beliau berkata, pihaknya yang menjalankan rondaan berasa ada yang tidak kena selepas mendapati semua tingkap pintu kereta Proton Wira dinaiki pasangan itu ditutup dengan menggunakan pelindung cahaya matahari.
Isu Panas
Rozita Che Wan (Che Ta) merancang mahu menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy sebuah kereta spot jenis BMW X6, ramai peminat memberi respon, bertapa beruntungnya menjadi anak Che Ta.
Malah ada juga peminat (termasuklah kami) ‘mencuba nasib’, dengan meluahkan hasrat teringin benar nak menjadi anak angkat kepada hot mummy itu. Manalah tahu, kalau-kalau anak tuah dapat kereta sport jugak kan
Bagaimanapun, Ammar memberikan respon yang berbeza apabila pelajar cemerlang 8A SPM ini menerusi laman sosial Twitter miliknya menyatakan laporan media mengenai hasrat ibunya itu sebagai mengarut dan tidak benar.
Ammar berkata demikian sebagai membalas beberapa sapaan pengikut Twitter yang mengatakan dia bertuah kerana bakal memiliki kereta idaman ramai anak muda sebayanya. Bahkan ada anatara rakannya yang dalam nada bergurau berpesan jangan lupa menumpangkan mereka nanti.
Selain menulis perkataan nonsense (mengarut), Ammar juga menulis kenapa selalu salah dengar. Luahannya itu seolah-olah menyifatkan laporan media mengenai berita dia bakal mendapat kereta mewah itu, tidak benar sama sekali.
Hiburan
Aliran bengkak dahi menjadi kegilaan ramai wanita Jepun dan mendapat perhatian masyarakat di Negara Matahari Terbit itu.
Mereka melihat membengkakkan dahi dan membentuk ia seperti sebiji donut adalah kecantikan diri terkini untuk dicuba.
Penampilan luar biasa itu dihasilkan menerusi suntikan air bergaram pada dahi seseorang, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari.
Tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun wanita dan kononnya tampak cantik, mereka begitu taasub mencipta pengubahsuaian itu.
Bagaimanapun, budaya yang ditawarkan di Jepun ini begitu asing dan tidak diterima pakai oleh masyarakat negara ini.
Ibu bapa di negara ini pasti akan runsing, sebaik melihat dahi anak bengkak dan segera menuamkan tuala panas pada dahinya bagi menghilangkan bengkak, sedangkan kebanyakan golongan muda di sana menganggap ia sebagai kecantikan yang perlu dicuba.
Pelbagai
Manila: Seorang lelaki Britain berusia 73 tahun ditahan selepas didakwa mencabul kehormatan tiga kanak-kanak bawah umur.
Stanley James Lamb ditahan polis Carcar kerana disyaki meraba bahagian sulit kanak-kanak itu di kediamannya di Barangay Perrelos, Cebu kelmarin.
Ketua Polis Wilyah Visayas, Superintendan Danilo Constantino berkata, Stanley didakwa di bawah akta pencabulan Filipina.
Katanya, identiti ketiga-tiga mangsa yang dirahsiakan atas faktor keselamatan.
Danilo berkata, Stanley menjemput mangsa ke rumahnya sebelum mengambil kesempatan dengan meraba bahagian sulit mereka.
Tertuduh ditahan di balai polis Carcar sementara menunggu pertuduhan difailkan ke atasnya.
Sabtu lalu, seorang diplomat Itali berusia 46 tahun ditahan di pusat peranginan Laguna selepas dituduh menyeludup dan mendera tiga kanak-kanak lelaki.
Menurut saksi, duta Itali di Turkmenistan, Daniele Bosio dilihat “meraba dan membelai” kanak-kanak itu di kolam renang.
Bosio ditahan di balai polis Biñan sementara kanak-kanak itu yang didakwanya gelandangan dari Manila, diletakkan di Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan.
Global
Jakarta: Agnes Monica semalam tampil mempertahankan dirinya di tengah-tengah kontroversi mendakwa pakaiannya terlondeh ketika menjalani penggambaran video muzik dengan penyanyi AS sehingga menampakkan buah dadanya.
Dalam kenyataan ringkas kepada media semalam, Agnes berkata, dakwaan itu ternyata tidak benar.
“Justeru, saya enggan mengulas lanjut mengenainya,” katanya.
selepas ada pihak mendakwa pakaiannya terlondeh dalam klip video muzik Coke Bottle yang turut menampilkan penyanyi Timbaland.
Agnes bagaimanapun menafikan hal itu ketika ditanyakan mengenainya.
Agnes juga dilihat tidak mengendahkan dakwaan itu kerana menurutnya ia terpulang kepada pertimbangan umum.
“Jika orang melihatnya dari sudut negatif, apapun yang dilakukan pasti akan kelihatan negatif,” katanya.
Klip video muzik yang dimuat naik pada 1 April itu menarik perhatian ramai bukan saja kerana insiden itu malah ramai yang mempertikaikan cara Agnes berpakaian yang mencolok mata dan mengenakan seluar mirip lampin. - Agensi
Hiburan
Xinjiang: Gabenor di wilayah barat China semalam mendakwa pihak militan Islam cuba mengharamkan ketawa ketika majlis perkahwinan dan tangisan ketika kematian sambil menggesa orang ramai supaya membasmi “wabak” ekstremisme itu.
Menulis dalam akhbar rasmi Xinjiang Daily, Gabenor Nur Bekri berkata, kumpulan militan yang berselindung disebalik imej Islam itu “keterlaluan” dalam amalan beragama sehingga membenarkan pembunuhan berlaku dan menyekat segala bentuk kebebasan.
“Mereka mendesak agar perbuatan seperti menonton televisyen, mendengar radio, membaca akhbar, menyanyi dan menari diharamkan.
“Mereka juga menghalang masyarakat daripada ketawa di majlis perkahwinan atau menangis sewaktu pengebumian.
“Selain itu, kumpulan terbabit turut memaksa lelaki menyimpan janggut, manakala wanita memakai purdah,” katanya.
Melalui penulisan itu juga, Nur Bekri menyatakan, militan terbabit berpendirian bahawa subsidi perumahan disediakan kerajaan China sebagai haram dan mesti dielakkan.
Keganasan sudah lama tercetus di Xinjiang - sebuah wilayah yang kaya dengan hasil bumi serta berkedudukan strategik di sempadan tengah Asia.
Beijing pula sering menyalahkan kumpulan penentang dan pejuang pemisah berhubung perkara itu. - Reuters
Global
Ampang: Seorang suami bertindak kejam apabila tergamak memijak badan dan kepala isterinya hanya kerana wanita terbabit enggan menyerahkan dompet dan telefon bimbit miliknya di kediaman mereka di sini.
Akibat kejadian itu mangsa berusia 29 tahun cedera dan lebam di badan selepas dibelasah suaminya berusia 20-an yang mengamuk menyebabkan dia terpaksa menerima rawatan di klinik berhampiran.
Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang Rabu lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa pada mulanya sedang menunggu kepulangan suami dan anaknya di bawah pangsapuri mereka kira-kira jam 10.30 malam.
“Sebaik pulang, suaminya meminta mangsa menyerahkan dompet dan telefon bimbit milik mangsa namun wanita itu enggan menyerahkannya,” katanya.
Isu Semasa
Gombak: “Saya bosan belajar di sekolah. Lebih baik main permainan komputer di pusat Internet,” kata seorang pelajar tingkatan 5 yang ditangkap kerana ponteng sekolah dalam Operasi Kolaborasi Ops Ponteng (Ops Kobra) di Sri Gombak, semalam.
Seorang lagi pelajar yang ditahan ketika makan di sebuah kedai berhampiran sekolahnya pula memberi alasan dia ponteng kerana lapar dan makanan di kantin sekolahnya mahal.
Dalam operasi yang dijalankan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan dan polis itu, 56 pelajar ditahan kerana berada di luar kawasan sekolah ketika waktu persekolahan.
Daripada jumlah itu, enam pelajar dikompaun kerana ditangkap menghisap rokok.
Pelajar yang ditangkap dalam pakaian seragam sekolah, baju sukan serta baju harian itu juga ‘mencipta’ pelbagai alasan tidak logik mengapa mereka keluar sekolah ketika waktu belajar.
Isu Semasa
Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.
“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.
“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.
Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments