Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Seluar Gadis Terlondeh Ketika Ditahan Penguatkuasa JHEAIPP
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Georgetown: Gara-gara panik selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, seorang gadis disyaki sedang berasmara dengan pasangannya dalam sebuah kereta tidak sempat menarik seluar dipakainya, sekali gus membongkar aktiviti tidak bermoral dilakukan mereka dalam kejadian di Pantai Seagate di sini, minggu lalu.

Sebelum itu, sepasukan Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menghampiri kenderaan dinaiki pasangan itu bagi melakukan pemeriksaan dan mendapati seluar dipakai gadis berusia 20-an itu masih terlondeh sehingga paras paha.

Menambahkan lagi rasa syak pasukan terbabit apabila seluar dalam dipakai gadis berkenaan terlondeh selain raut wajahnya yang kelihatan cemas.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, pasangan itu antara 19 individu berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan selepas disyaki berkhalwat dalam pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan Barat Daya dan Timur Laut bermula jam 10 malam hingga 7 pagi, Khamis lalu.

Beliau berkata, pihaknya yang menjalankan rondaan berasa ada yang tidak kena selepas mendapati semua tingkap pintu kereta Proton Wira dinaiki pasangan itu ditutup dengan menggunakan pelindung cahaya matahari. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments