Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Masuk Cyber, Ponteng Kelas Kerana Bosan Belajar Di Sekolah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Gombak: “Saya bosan belajar di sekolah. Lebih baik main permainan komputer di pusat Internet,” kata seorang pelajar tingkatan 5 yang ditangkap kerana ponteng sekolah dalam Operasi Kolaborasi Ops Ponteng (Ops Kobra) di Sri Gombak, semalam.
Seorang lagi pelajar yang ditahan ketika makan di sebuah kedai berhampiran sekolahnya pula memberi alasan dia ponteng kerana lapar dan makanan di kantin sekolahnya mahal.
Dalam operasi yang dijalankan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan dan polis itu, 56 pelajar ditahan kerana berada di luar kawasan sekolah ketika waktu persekolahan.

Daripada jumlah itu, enam pelajar dikompaun kerana ditangkap menghisap rokok.

Pelajar yang ditangkap dalam pakaian seragam sekolah, baju sukan serta baju harian itu juga ‘mencipta’ pelbagai alasan tidak logik mengapa mereka keluar sekolah ketika waktu belajar.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments