Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Sedih sedih sedih.... Lelaki tetap layan komputer game walaupun mempunyai teman wanita yang menawan lagi cun. Ini kisah benar kerana di dunia ini memang adalah manusia yang macam begini perangainya dimana mereka lansung tidak menghargai apa yang terbaik di sekeliling mereka.
Sumber: Di Sini
Sumber: Di Sini
Pelbagai
Seorang wartawan New York Post,
Stephanie Smith sanggup membuat 300 jenis sandwich berbeza dalam
usahanya untuk dilamar teman lelakinya, Eric Schulte.
Ini kerana teman lelakinya pernah berkata dia hanya sejauh 300 sandwich daripada cincin pertunangan yang diidam-idamkan.
Bertitik tolak dari situ, Smith mula
membuat sandwich dan merekodkan setiap jenis sandwich yang dibuatnya
melalui blog peribadinya.
Setakat ini Smith sudah berjaya
menghasilkan 176 sandwich dan 124 sandwich lagi harus dihasilkannya
supaya dapat dilamar oleh Schulte.
Bagusnya strategi yang dilakukan oleh Schulte ini kan.
Secara tidak langsung, bakal isterinya
dapat mengasah bakatnya di dapur selain dapat mempelbagaikan pelbagai
jenis sajian sandwich untuk mengalas perutnya kelak.
[Wow] - Berita Dunia
Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri
Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima.
Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan
pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak, 25 Oktober ini.
“Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih
daripada RM500 yang diberi sebelum ini,” katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad
Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di Perak hari ini.
Katanya kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima
menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.
Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan,
kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu
golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.
“Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih
kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi,
kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu
mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak
boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti,” katanya.
Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan tahun lepas.
Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh
Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada
rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000
sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan
berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250. –
Bernama
[Wow] - Berita Tempatan
Sejak bergelar pengacara rancangan
kewanitaan Nona, ada sahaja rezeki buat si jelita Noor Neelofa Mohd Noor
mengembara ke seluruh pelusuk dunia demi tuntutan tugasnya itu.
Neelofa dan krew Nona telah berlepas ke kota Paris sempena Festival Filem Antarabangsa yang diadakan di sana, baru-baru ini.
Sepanjang berada di sana, Neelofa juga
berpeluang bertentang mata dengan selebriti-selebriti terkenal malah dia
sempat mengabadikan sebuah potret dengan pelakon yang popular dengan
drama siri penyiasatan CSI: Crime Scene Investigation iaitu Gary
Dourdan.
Neelofa juga sentiasa memuat naik gambarnya sepanjang di sana untuk tatapan peminat setianya di laman Instagram.
Di bawah ini penulis kongsikan foto-foto menarik heroin filem Lemak Kampung Santan di kota romantik itu.
Hiburan
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia
siapa yang tahu? Itulah yang dialami oleh seorang pendaki Perancis
ketika mendaki kawasan glasier di pergunungan Mont Blanc di Albertville
apabila beliau menemui harta karun berupa beberapa batu permata seperti
batu zamrud, delima dan nilam.
Batu-batu itu dipercayai telah tertanam selama bertahun-tahun lamanya.
Permata dipercayai bernilai lebih RM1
juta ditemui tersembunyi di dalam sebuah kotak logam di atas sebuah
bangkai pesawat dengan perkataan “Made In India” tertera pada sesetengah
batu-batu permata itu.
Pesawat itu dipercayai berasal dari India dan telah terhempas di kawasan terpencil itu kira-kira 50 tahun lalu.
Pendaki itu telah menyerahkan semua batu-batu permata itu kepada polis tempatan.
Memetik laporan AFP, Ketua Polis
Gendarmerie Sylvain Merly berkata ia adalah satu tindakan yang baik dan
jujur apabila pendaki itu menyedari permata itu adalah kepunyaan mereka
yang telah terkorban di kawasan glasier itu dan menyerahkannya kepada
pihak polis.
Pihak berkuasa Perancis kini sedang menghubungi pihak berkuasa India untuk mengesan pemilik asal batu permata bernilai itu.
Menurut Merly, di bawah undang-undang
Perancis, jika pemilik asalnya tidak dapat dikesan, batu-batu berharga
itu boleh diserahkan semula kepada pendaki itu dan batu-batu itu akan
menjadi miliknya.
Dua pesawat dari India telah terhempas
di pergunungan itu masing-masing pada tahun 1950 dan 1966. Para pendaki
kerap menemui serpihan pesawat, bagasi dan juga cebisan manusia ketika
pendakian mereka di situ.
Pada September tahun lepas, India
mengambil hak pemilikan semula sebuah beg berisi surat-surat diplomatik
dari bangkai pesawat Kangcenjunga yang terhempas di sana.
Ia adalah sebuah pesawat Boeing 707
(Gambar) yang terbang dari Mumbai malangnya terhempas di pergunungan
Mont Blanc pada 24 Januari 1966.
Nahas itu mengorbankan 117 orang termasuk perintis program nuklear India Homi Jehangir Bhabha.
[Wow] - Berita Dunia
Robert Cavalli menjadi pilihan ramai selebriti untuk sesi bergambar di Festival Filem Cannes di atas sebuah kapal layar mewah.
Dan salah seorang bintang yang popular tersebut adalah pelakon Sepanyol, Paz Vega.
Ketika Paz sedang sibuk bergambar, ada satu insiden yang agak seksi berlaku ke atas dirinya tanpa disedar.
Pakaian yang beliau kenakan pada sesi bergambar tersebut agak luas di bahagian lehernya dan apabila beliau tunduk, Maka luaslah permandangan Paparazzi
[Wow] - Selebriti
Aplikasi program menggunakan peta Google Earth kini mungkin boleh digunakan untuk mencari kenderaan yang hilang atau dicuri.
Seorang lelaki dari Mississippi, yang
enggan identitinya disiarkan menggunakan aplikasi itu melihat lokasi di
mana beliau pernah pergi untuk memburu.
Tiba-tiba beliau ternampak satu objek dari peta Google Earth kelihatan seperti rumah haram yang dibina oleh pemburu.
Beliau mengambil keputusan untuk pergi
menyiasat objek berkenaan bersama anaknya, hasilnya objek itu ialah
sebuah kenderaan SUV yang telah lama terbiar ditinggalkan disitu.
Menurut pihak polis, kereta jenis GMC
Yukon SUV itu dilaporkan hilang awal tahun ini dikatakan dicuri di
harapan sebuah kedai runcit, kata Sheriff Dean Howell.
“Keadaan kenderaan itu seperti ia sudah
ditinggalkan di situ selama berbulan-bulan berdasarkan kepada keadaan
semak yang tumbuh di sekeliling kereta berkenaan,” kata penyiasat Ben
Brown.
Pihak polis masih memburu orang bertanggungjawab mencuri SUV berkenaan.
[Wow] - Berita Dunia
China – Seorang wanita yang marah dengan
menantu lelakinya yang sering memberikan pelbagai alasan untuk mengelak
daripada membayar hutangnya, telah mengambil langkah ekstrim bagi
menyedarkan lelaki.
Wang Qin, telah mengupah kren
untuk mengambil kereta menantunya itu, yang terletak di atas balkoni di
tingkat atas di bangunan setinggi tiga tingkat itu.
Menurut Wang yang berasal dari
Lishui, kereta itu akan dijadikan sebagai cagaran sementara menanti
menantunya itu membayar semula hutang tersebut.
Kereta Audi itu akan disimpan di satu tempat yang tidak didedahkannya.
Wang memberitahu, menantunya itu meminjam hampir setengah juta yuan daripadanya, untuk melabur dalam perniagaan.
Namun lelaki itu cuba mengelak daripada bertemu Wang selepas wanita itu berkali-kali memuntut bayaran hutang tersebut.
Akhirnya, jalan terbaik yang difikirkan ialah merampas kereta milik menantunya itu.
[Wow] - Berita Dunia
Kebiasaannya gambar penunjuk arah tandas untuk wanita dan lelaki adalah standard di semua tandas-tandas awam di negara ini.
Kalau ada pun yang berlainan mungkin terletak di premis-premis perniagaan yang diilhamkan oleh pengusahanya.
Namun di bawah ini penulis ingin
berkongsikan beberapa koleksi gambar penunjuk arah tandas yang agak lucu
dan pelik yang terdapat di beberapa negara lain.
Macam-macam idea kan mereka ni..
[Wow] - Lawak Bah
MAJLIS peragaan Fesyen Musim Bunga Paris 2014 yang sepatutnya berjalan dengan lancar dan penuh gemilang dicemari dengan insiden pencerobohan oleh dua aktivis wanita separuh bogel.
Aktivis kumpulan Femen tersebut berlari naik ke pentas peragaan dengan tanpa memakai baju sambil melaungkan “fashion fascism” yang merujuk kepada seksualiti dalam industri peragaan melalui solekan.
Mereka juga turut menconteng ayat pada tubuh yang bertulis “Diktator Fesyen” dan “Model Tidak Pergi ke Rumah Pelacuran”.
Kejadian itu berlaku sewaktu para model sedang sibuk memperagakan koleksi Nina Ricci dan salah seorang model, Hollie-May Saker,18, hampir menjadi mangsa kekasaran aktivis tersebut.
Menurut Saker, dia mendengar jeritan di belakangnya sewaktu sedang melangkah ke pentas.
“Apa yang saya lihat ialah wanita separuh bogel dengan contengan pen di tubuh mereka. Salah seorangnya mengangkat tangan saya dan saya memusingkannya dengan sekuat hati,” ujarnya.
Menurut gadis itu lagi, dia berasa sangat marah, namun terpaksa bertindak profesional pada saat itu.
“Memikirkan semula perkara itu, saya harap saya dapat menolak kedua-duanya jatuh dari pentas kerana merosakkan majlis kegemaran saya,” tambah Saker.
Bagaimanapun, kedua-dua aktivis tersebut berjaya dibawa keluar oleh seorang pegawal keselamatan yang bertugas.
Pelik kan? Katanya memperjuangkan hak dan maruah wanita, tetapi tindakan mereka pula yang memalukan diri sendiri.
[Wow] - Berita Dunia
MANJUNG – Sepasang suami isteri terpaksa
merangkak dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan selepas
diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian di
Kampung Koh, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam
itu, mangsa masing-masing berusia 50-an diserang empat lelaki yang
dipercayai bersembunyi berhampiran kediaman pasangan itu sebelum
menyerang.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru pulang ke kediaman mereka dengan menunggang motosikal.
Tindakan mengejut itu menyebabkan mereka
tidak sempat mengelak serangan kumpulan berkenaan dan kedua-dua mangsa
cedera di tangan dan kaki.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang sempat meloloskan diri menjerit meminta bantuan penduduk berhampiran.
Melihat mangsa meminta tolong, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa diserang sekumpulan lelaki hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.
“Mereka berdua dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.
“Kita masih belum kenal pasti motif
serangan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang laporan kerugian
berhubung kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan
dilakukan buat masa ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan
di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian Online
[Wow] - Jenayah
Hamilton (Ohio) – Seorang lelaki, Edwin
Charles Tobergta, 34, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan
lucah di tempat awam apabila mengadakan seks dengan pelampung di depan
beberapa kanak-kanak.
Menurut laporan polis, seorang saksi melihat lelaki berkenaan dalam keadaan bertelanjang melakukan seks dengan pelampung itu.
“Dia keluar dari sebuah kolam dengan
bertelanjang dan kemudian mengadakan seks dengan mainan berkenaan,”
menurut laporan berkenaan.
Laporan itu juga menjelaskan, perbuatan itu dilakukan di depan beberapa kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dan pada siang hari.
Ini kali kedua dia ditangkap melakukan perkara serupa. Kali pertama pada 2011.
Ketika itu, dia ditangkap di atas tempat meniup pelampung dengan seluarnya terlondeh hingga ke buku lali.
Apabila menyedari dia diperhatikan, Tobergta cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh polis.
Dia dijadual dijatuhi hukuman November ini. – AFP
[Wow] - Berita Dunia
Harga setiap kotak rokok akan mengalami peningkatan yang agak ketara bermula Isnin ini.
Pengumuman mengenai perkara itu dibuat pihak Commercial Marketers and
Distributors Sdn. Bhd. melalui iklan yang diletakan di dalam beberapa
akhbar utama hari ini.
Melalui peningkatan tersebut, harga baru sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.
Jenama rokok yang terlibat dengan harga baru berkenaan adalah
Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Peter
Stuyvesant dan Pall Mall.
Hampir saban tahun, harga rokok dinaikkan namun ia nampaknya tidak juga memberi kesan pada perokok.
Bila ditengok balik, ternyata ia lebih mahal daripada purata harga
sepinggan nasi di kedai. Itu pun makan nasi dapat juga kenyang, kalau
hisap rokok.. silap-silap dapat penyakit adalah!
Nampak gaya, makin kedekutlah para perokok lepas ini. Sesiapa yang
selalu suka minta rokok sebatang mungkin awal-awal lagi akan dipangkah
kawan-kawan.
Bagaimanapun bagi perokok tegar dan tidak memilih jenama, mungkin
tidak terasa apa-apa dengan kenaikan ini memandangkan mereka boleh
meneruskan tabiat menghisap rokok bebas cukai yang mempunyai
bermacam-macam nama dan dijual pada harga semurah RM3 sahaja.
[Wow] - Berita Tempatan
Pengguna yang dihormati sekalian,
Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai
aduan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal
syarikat-syarikat berkenaan:
McDonald’s
Secret Recipe
The Chicken Rice Shop (TCRS)
Starbucks
Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi
syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK
sehingga kini. Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau
secara berkala oleh JAKIM dan mendapati piawaian pensijilan halal
Malaysia sentiasa dipatuhi.
JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan
berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh
berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim
di talian 03-83150200 (109) dan emel di nadiazammil@islam.gov.my.
Setakat ini sudah terdapat 23 filem rasmi James Bond. Sejak muncul di layar perak pada tahun 1962, James Bond sudah berzina dengan puluhan wanita, meminum berliter martini dan membunuh puluhan orang jahat.
Mari lihat beberapa poster filem James Bond yang dihasilkan oleh Michael Mahle.
Laporan asal Michael Mahle
Cool
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments