Seorang wartawan New York Post,
Stephanie Smith sanggup membuat 300 jenis sandwich berbeza dalam
usahanya untuk dilamar teman lelakinya, Eric Schulte.
Ini kerana teman lelakinya pernah berkata dia hanya sejauh 300 sandwich daripada cincin pertunangan yang diidam-idamkan.
Bertitik tolak dari situ, Smith mula
membuat sandwich dan merekodkan setiap jenis sandwich yang dibuatnya
melalui blog peribadinya.
Setakat ini Smith sudah berjaya
menghasilkan 176 sandwich dan 124 sandwich lagi harus dihasilkannya
supaya dapat dilamar oleh Schulte.
Bagusnya strategi yang dilakukan oleh Schulte ini kan.
Secara tidak langsung, bakal isterinya
dapat mengasah bakatnya di dapur selain dapat mempelbagaikan pelbagai
jenis sajian sandwich untuk mengalas perutnya kelak.
No comments
Post a Comment