Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pendaki Gunung Mont Blanc Jumpa Harta Karun Bernilai Lebih RM1 Juta
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

MontBlanc01

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Itulah yang dialami oleh seorang pendaki Perancis ketika mendaki kawasan glasier di pergunungan Mont Blanc di Albertville apabila beliau menemui harta karun berupa beberapa batu permata seperti batu zamrud, delima dan nilam.

Batu-batu itu dipercayai telah tertanam selama bertahun-tahun lamanya.

Permata dipercayai bernilai lebih RM1 juta ditemui tersembunyi di dalam sebuah kotak logam di atas sebuah bangkai pesawat dengan perkataan “Made In India” tertera pada sesetengah batu-batu permata itu.

Pesawat itu dipercayai berasal dari India dan telah terhempas di kawasan terpencil itu kira-kira 50 tahun lalu.

Pendaki itu telah menyerahkan semua batu-batu permata itu kepada polis tempatan.
Memetik laporan AFP, Ketua Polis Gendarmerie Sylvain Merly berkata ia adalah satu tindakan yang baik dan jujur apabila pendaki itu menyedari permata itu adalah kepunyaan mereka yang telah terkorban di kawasan glasier itu dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Pihak berkuasa Perancis kini sedang menghubungi pihak berkuasa India untuk mengesan pemilik asal batu permata bernilai itu.

Menurut Merly, di bawah undang-undang Perancis, jika pemilik asalnya tidak dapat dikesan, batu-batu berharga itu boleh diserahkan semula kepada pendaki itu dan batu-batu itu akan menjadi miliknya.

Dua pesawat dari India telah terhempas di pergunungan itu masing-masing pada tahun 1950 dan 1966. Para pendaki kerap menemui serpihan pesawat, bagasi dan juga cebisan manusia ketika pendakian mereka di situ.

Pada September tahun lepas, India mengambil hak pemilikan semula sebuah beg berisi surat-surat diplomatik dari bangkai pesawat Kangcenjunga yang terhempas di sana.

Ia adalah sebuah pesawat Boeing 707 (Gambar) yang terbang dari Mumbai malangnya terhempas di pergunungan Mont Blanc pada 24 Januari 1966.

Nahas itu mengorbankan 117 orang termasuk perintis program nuklear India Homi Jehangir Bhabha.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments