Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SEBELUM ini, ramalan kaum Maya mengenai kemusnahan dunia dan bumi pada 20 Disember 2012 ternyata salah dan silap sama sekali.
Malah, pihak penerbitan Hollywood turut membikin filem 2012 yang mengisahkan kepercayaan kaum tersebut berhubung isu terbabit.
Baru-baru ini, pakar astronomi dari Ukraine pula tampil dengan
ramalan mengatakan tanggal 26 Ogos 2032 merupakan tarikh baru kiamat
akan melanda.
Ini kerana mereka dikatakan telah menemui asteroid yang boleh
memusnahkan bumi dengan kuasa 2,500 bom nuklear pada tarikh tersebut.
[Wow] - Berita Dunia
Sebuah sekolah di Roundhay, Leeds, UK kini sedang disiasat apabila
tersebar cerita sekolah ini membenarkan pelajar seawal usia 11 tahun
merokok di padang permainan pada waktu rehat.
Malah, guru dikatakan turut membekalkan rokok kepada pelajar-pelajar terbabit.
Difahamkan, cara ini diperkenalkan oleh pengetua sekolah sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng.
Bagaimanapun, sekolah berkenaan menghentikan serta merta amalan ini apabila ia dikutuk oleh banyak pihak selepas ia tersebar.
Elmete Central School mempunyai kira-kira 75 pelajar, kebanyakannya mempunyai masalah pelajaran dan disiplin.
Pertubuhan kebajikan anti-merokok menyelar tindakan ini dan
menyifatkannya sebagai sesuatu yang sangat tidak beretika tidak kira
walau apa pun alasannya.
[Wow] - Berita Dunia
Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.
Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.
Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.
Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.
Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.
Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu. Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka.
Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.
“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.
Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya. Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.
Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya. Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. - AFP
[Wow] - Berita Dunia
ISLAMABAD: Seorang model dan ratu cantik dari Singapura yang hilang di Pakistan ditemui maut dalam sebuah parit di pinggir bandar ini, kata polis kelmarin.
Fehmina Chaudhry, 27, seorang model di Singapura yang berasal dari bandar pelabuhan Pakistan di Karachi, hilang Khamis lalu ketika melawat bandar ini untuk membeli hartanah, kata polis.
“Polis menahan broker hartanah dan selepas disoal siasat, dia memberitahu pegawai dia membunuh model itu dan membuang mayatnya ke dalam sebatang anak sungai di pinggir bandar ini,” kata jurucakap polis Islamabad, Muhammad Naeem kepada AFP.
Promoternya di Pakistan, Asif Hashmi mengesahkan kematian Chaudhry dan berkata mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan.
“Beliau adalah seorang dermawan yang dedikasi dan merancang menubuhkan sebuah sekolah fesyen di Pakistan,” kata Hashmi menambah bahawa mangsa memenangi beberapa pertandingan ratu cantik. -AFP
[Wow] - Berita Dunia
LOS ANGELES - Seekor ikan laut raksasa mirip ular sepanjang lima meter (m) ditemui di luar pantai California Selatan di sini pada Ahad lalu. Bangkai haiwan berwarna cerah itu ditemui oleh seorang pengajar aktiviti menyelam dari Institut Marin Pulau Catalina, Jasmine Santana.
Ia yang kelihatan seperti ikan dayung dilaporkan mati atas faktor semula jadi.
Santana mengesan satu objek yang berkilauan pada kedalaman kira-kira 9m semasa dia menyertai lawatan menyelam di Teluk Toyon, Pulau Santa Catalina. Dia kemudian mendapati terdapat bangkai ikan ganjil tersebut.
Lebih 15 orang membantu menaikkan makhluk tersebut ke pantai selepas ia ditemui. Ikan spesies laut dalam itu jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman lebih 914m.
Spesies berkenaan boleh membesar sehingga 15m sekali gus dianggap sebagai ikan bertulang yang terpanjang di dunia. Sampel dan rakaman video ikan ganjil itu telah dihantar ke Universiti California di Santa Barbara untuk dikaji. - AP
[Wow] - Berita Dunia
CALAPE, Filipina - Beberapa orang mendirikan khemah di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, tengah negara ini.
Mereka sanggup tinggal di kawasan sawah padi itu kerana untuk mengelak gegaran susulan gempa bumi.
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.2 pada skala Richter itu melanda wilayah tersebut kelmarin sehingga mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.
Banyak rumah, bangunan termasuk gereja runtuh akibat gempa bumi itu. - Agensi
Kosmo
[Wow] - Berita Dunia
SEORANG pemilik restoran di Moscow, Russia berjanji kepada pengunjung yang datang bahawa mereka akan disajikan dengan pengalaman menarik apabila beliau hanya mengambil pasangan dua beradik kembar seiras untuk bekerja di restoran itu.
Restoran yang dikenali sebagai Twin Stars itu hanya mengambil kembar untuk bekerja sebagai penjaga bar dan juga pelayan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan juga meletakkannya sebagai satu-satunya restoran seumpama itu di dunia memperkenalkan layanan sebegitu.
Pemiliknya Alexei Khodorovsky, beliau mendapat inspirasi dari sebuah filem terbitan tahun 1960 mengisahkan tentang seorang perempuan yang berada dalam sebuah dunia yang semuanya mempunyai salinan pendua termasuk dirinya.
Rata-rata para pengunjung restoran itu menyifatkan ia sebagai idea yang baik.
Satu pasangan kembar lelaki Arytem dan Roman cukup gembira bekerja sebagai penjaga bar di restoran itu dan menganggap ia sebagai satu pendekatan kreatif menarik pelanggan.
Menurut pemiliknya, pasangan kembar seiras dengan pengalaman pernah bekerja di sebuah restoran amat sukar ditemui.
“Bertemu dengan pasangan seperti Arytem dan Roman adalah seperti bonus untuk kami, kami mempunyai tiga pasangan kembar dan ia adalah satu pengalaman yang begitu mengujakan,” katanya.
[Wow] - Berita Dunia
SICHUAN – Ngeri dan menakutkan, Sesiapa juga yang melihat Long Chao pasti tidak menyangka yang dia masih hidup meskipun lehernya tercucuk dengan tujuh batang besi.
Kejadian berlaku ketika dia sedang bekerja membina bangunan.
Chao, 40, mengalami kemalangan berkenaan akibat mesin yang digunakan gagal berfungsi dengan baik, lalu tujuh batang besi itu tertembak ke arahnya.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital. Doktor terpaksa mengambil masa selama enam jam untuk mengeluarkan besi-besi berkenaan.
Besi tersebut dipotong terlebih dahulu bagi membolehkan doktor membedah lehernya dengan lebih mudah.
Menurut Dr. Wang Qing, mangsa bernasib baik kerana masih hidup biarpun batang besi itu hampir mengenai arteri.
Tidak diketahui sama ada Chao mengalami lumpuh akibat insiden menakutkan itu.
[Wow] - Berita Dunia
WASHINGTON - Fosil seekor nyamuk betina yang menunjukkan perutnya mengandungi darah dan berusia 46 juta tahun telah ditemui di tebing sebatang Sungai Montana, kata beberapa penyelidik Amerika Syarikat kelmarin.
"Ia merupakan fosil yang amat luar biasa tetapi ia satu-satunya yang terdapat di dunia ini," kata ketua penulis kajian mengenai fosil tersebut, Dale Greenwalt.
Dia menulis tentang fosil tersebut di dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Dalam jurnal itu, Greenwalt berkata, perut nyamuk tersebut kelihatan seperti sebiji belon yang mahu meletup kerana ia mengandungi darah.
Fosil itu ditemui pada sebuah batu lumpur di tebing sungai tersebut.
Greenwalt merupakan pengkaji dari Muzium Kebangsaan Sejarah Semula Jadi Amerika Syarikat di Washington D.C.
Sejak bertahun-tahun lalu, dia telah mengumpulkan serpihan batu dari tebing sungai tersebut.
"Batu-batu itu mempunyai lapisan yang nipis iaitu setebal satu atau dua milimeter," kata Greenwalt. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
Henan: Dalam satu kejadian yang tidak mungkin ingin kita saksikan berlaku walaupun pada musuh kita, seorang lelaki di wilayah Henan tersula diri sendiri selepas batang pencakar tertusuk pada duburnya ketika dia melompat pagar itu.
Lelaki berusia 37 tahun itu, Peng, pergi ke rumah rakannya untuk minum arak.
Apabila menyedari dia tertinggal kunci, Peng bertindak melintasi rumah jirannya dan melompat pagar untuk memasuki rumahnya.
Bagaimanapun dia tidak menyedari pagar itu mempunyai pencakar yang tegak di sebelah dan terus terjun.
Selepas empat jam menjalani pembedahan di sebuah hospital, pemegang pencakar itu dapat dicabut dengan bantuan gergaji rantai. - AFP
[Wow] - Berita Dunia
Beijing: Seorang pegawai kerajaan di China dipecat selepas dia dilihat didukung seorang penduduk ketika mengharungi banjir di bandar yang dilanda taufan kerana bimbang kasutnya rosak.
Gambar pegawai dikenali sebagai Wang itu mencetuskan kemarahan apabila ia dimuat turun di laman media sosial China, Sina Weibo.
Gambar itu diambil ketika Wang mengunjungi bandar Yuyao, di Zhejiang sewaktu kawasan terbabit dinaiki air bah selepas dilanda taufan hingga meragut 10 nyawa.
Menurut agensi berita kerajaan Xinhua, keterangan gambar di bawah foto mendakwa Wang didukung kerana dia memakai sepasang kasut mahal yang dibuat daripada kain.
Bagaimanapun, majlis perbandaran Sanqishi yang juga majikan tempat Wang bekerja, mendakwa dia sudah dimaklumkan agar menanggalkan kasutnya untuk berjalan kaki ayam meredah air ketika ke kediaman mangsa banjir.
Namun, menurut laporan MSN, walaupun Wang bertegas mahu berjalan, penduduk tempatan tetap mendukungnya ketika mengharungi air banjir.
Wang didukung kali kedua oleh lelaki sama ketika kumpulan petugas perbandaran meninggalkan kediaman itu.
Sama ada Wang ingin berjalan kaki seperti mana dinyatakan dalam laporan itu atau sebaliknya, berita yang tersebar di Internet beserta fotonya yang dimuat turun menyaksikan dia kemudian dipecat sebagai pengarah pejabat pembinaan majlis perbandaran.
Ratusan ribu penduduk dipindahkan dari kediaman mereka selepas Taufan Fitow membadai tenggara China minggu lalu.
Taufan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan tempat dan khidmat kereta api laju turut digantung apabila angin kencang bertiup selaju 201 kilometer sejam.
Menurut laporan, sebahagian besar kawasan terjejas termasuk Yuyao menyaksikan hingga 25 sentimeter taburan hujan dalam tempoh 17 jam, selain turut ditenggelami air.
Kira-kira tujuh juta penduduk di wilayah Zhejiang terjejas. secara keseluruhannya.
Sementara itu, menurut akhbar South Morning China Post, pergaduhan tercetus di Yuyao minggu lalu selepas penduduk berang dengan laporan berita kerajaan yang menyatakan banjir sudah surut di bandar itu dan penduduk telah kembali menjalani kehidupan seperti biasa. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
SEPANYOL – Bekas pengurus pasukan bola keranjang Sepanyol, Fernando Martin Vicente diapati bersalah atas tuduhan menipu, 13 tahun lalu dalam kes yang menggemparkan industri sukan dunia.
Vicente yang juga bekas ketua Persekutuan Sukan Golongan Kurang Upaya Sepanyol didakwa menipu dengan mengambil atlet normal untuk menyamar sebagai kurang upaya bagi memenangi pingat emas dalam sukan Paralimpik di Sydney.
Susulan itu mahkamah mendenda Vicente sebanyak 5,400 euro dan mengarahkan dia memulangkan semula wang subsidi kerajaan untuk golongan kurang upaya sebanyak 142,355 euro.
Skandal berkenaan terbongkar pada bulan November 2000 apabila salah seorang daripada anggota pasukan yang memenangi pingat emas di Sydney, Carlos Ribagorda, mendedahkan bahawa dia dan ahli pasukan yang lain diminta beraksi untuk sukan paralimpik bagi kategori padang, pingpong dan renang.
Padahal mereka adalah normal dan tidak mengalami masalah mental.
“Daripada 200 atlet Sepanyol yang menyertai sukan itu di Sydney, sekurang-kurangnya 15 daripada mereka tidak mengalami masalah mental dan tidak melaluui pemeriksaan perubatan serta psikologi,’’ katanya ketika menulis dalam majalah Capital, beberapa hari selepas sukan berkenaan berakhir.
Ribargorda berkata, dia telah bermain untuk pasukan bola keranjang paralimpik Sepanyol selama dua tahun meskipun tidak mengalami kecacatan mental.
Jelasnya, satu-satunya ujian yang dilaluinya ialah latihan pada sesi pertama iaitu melalui enam kali tekan tubi dan mengambil darah untuk pemeriksaan tekanan darah.
Hanya dua anggota pasukan yang memenuhi syarat iaitu IQ di bawah 70, namun anggota yang lain diberikan sijil perubatan palsu.
“Ada waktunya ketika kami berjaya mengatasi China, jurulatih meminta kami supaya memperlahan permainan, bimbang penipuan itu akan terbongkar,’’ katanya.
[Wow] - Berita Dunia
BANGKOK – Sumpahan Rihanna. Mesej dalam twitter mengenai persembahan seks melibatkan binatang di sebuah bar di Phuket, yang dimuat naik oleh Rihanna telah berjaya membuatkan polis di negara berkenaan bertindak.
Twitter Rihanna itu juga menyebabkan pemilik Season bar Warunyu Jornmuang ditangkap atas tuduhan menganjurkan persembahan lucah.
Warunyu juga ditangkap kerana menganjurkan persembahan itu tanpa permit.
`Ia adalah hasil kunjungan Rihanna ke situ. Pihak berkuasa akan lebih tegas terhadap persembahan yang melibatkan hidupan liar, bagi menarik pengunjung,’’ kata ketua polis Kathu, Veera Kerdsirimongkol.
Pihak berkuasa di Thailand sebelum ini menerima tamparan apabila Rihanna yang dalam siri jelajah Diamonds World Tour telah singgah di pekan Patong, di Phuket.
Penyanyi itu kemudiannya telah mendedahkan dalam twitternya bahawa sepanjang persembahan seks berkenaan, binatang seperti burung dan dua ekor kura-kura turut dilibatkan.
Pada 20 September lalu pula, dia telah memuat naik gambar berkenaan dalam Instagram miliknya dengan tulisan ‘Look who was talkin dirty to me!’.
Keesokannya pula, Rihannya telah menyatakan bahawa dia trauma dengan persembahan seks yang disaksikannya melibatkan binatang.
Selepas Rihanna memuat naik gambar berkenaan, polis di Phuket telah mengadakan serbuan di Bangla Road, bagi mencari mereka yang terlibat dengan persembahan tersebut.
“Saya telah mengarahkan Gabenor Phuket untuk menyerbu tempat tersebut.
“Ia amat sukar untuk mengadakan serbuan tersebut kerana mereka mempunya `mata-mata’.
Jika ada orang yang mendengar bahawa polis akan menyerbu, maka mereka akan menyampaikan kepada bar terbabit untuk melarikan diri,’’ kata Ketua Perhilitan, Awat Nithikul.
[Wow] - Berita Dunia
Napo – Seorang pengantin perempuan di
bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks
pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari
lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.
Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.
Pengantin perempuan itu yang dikenali
sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi
selepas malam majlis perkahwinan.
Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.
Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit
suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa
dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.
“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.
Semua penghuni rumah berkenaan
mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar
kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit
terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak
20,000 yuan.
Keputusan itu bagaimanapun dibantah
pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan
dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.
Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya
ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa
yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.
Kerana kecewa, mereka kemudian
memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar
Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak
ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
London – Seorang bayi berusia lima
minggu menjadi penderma organ termuda dengan mendermakan buah pinggang
kepada seorang gadis berusia 22 tahun, Samira Kauser.
Pembedahan pemindahan organ itu mengambil masa selama tujuh jam dan dilakukan di Hospital University St. James.
Organ berkenaan hanya sepanjang empat sentimeter namun ia akan membesar hingga saiz tiga perempat daripada dewasa normal.
Selain buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru bayi berkenaan berfungsi sepenuhnya selepas 37 minggu dalam kandungan.
Dalam pada itu, Kauser dari Halifax,
yang menghabiskan masa sembilan jam setiap malam untuk rawatan dialysis
berkata, dia merancang untuk berkahwin tahun depan.
“Apabila saya menemui pendermanya iaitu seorang bayi yang telah meninggal dunia, saya menjadi sangat sedih.
“Saya sentiasa terfikirkan ibu bapanya
dan mereka mahu mendermanya. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan
perasaan terharu saya kepada ibu bapa bayi ini,’’ katanya.
Jelasnya, mereka telah melalui
kehilangan yang besar dan bagi seseorang yang dapat meneruskan kehidupan
kerana bayi itu, ia merupakan hadiah yang amat bererti.
Sementara itu, pakar bedah, Niaz Ahmad
yang mengetuai pembedahan itu berkata, melalui kes ini, beliau berharap
agar masalah kekurangan organ dapat diatasi.
“Melalui kes ini, saya berharap ia menunjukkan bahawa pemindahan organ bayi boleh dilakukan,’’ katanya.
[Wow] - Berita Dunia
Magribi – Tindakan berbelas-belas
pasangan yang melancarkan kempen `cium’ sebagai simbolik menyokong dua
remaja yang ditangkap selepas memuat naik gambar mereka bercium dalam
Facebook, telah mendapat kecaman ramai.
Meskipun pasangan tersebut mendakwa
mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian di khalayak ramai, namun
perbuatan berkenaan mencetuskan kemarahan penduduk di negara itu.
Sebelum ini lebih 2,000 orang menyatakan
hasrat untuk menyertai kempen cium tersebut, namun akhirnya hanya 12
pasangan yang hadir.
Mereka berkumpul di depan bangunan Parlimen dan perbuatan tersebut ditunjukkan kepada wartawan serta orang ramai di situ.
Kumpulan itu dengan bangganya menyatakan
bahawa perbuatan cium tersebut sebagai melambangkan kebebasan untuk
mempamerkan perasaan kasih sayang.
Namun sekumpulan pemuda yang marah dengan perbuatan biadap pasangan tersebut, telah membalingkan kerusi ke arah mereka.
“Ini adalah negara Islam dan bercium di
khalayak ramai adalah dilarang. Meskipun ia hanya satu ciuman, namun
perbuatan ini boleh mendorong kepada perkara lain.
“Terdapat kumpulan yang tidak beragama yang melakukan perbuatan ini bagi menentang Islam,’’ katanya.
Kempen itu dianjurkan selepas sepasang
remaja berusia 14 dan 15 tahun memuatnaik gambar bercium di dalam
Facebook. Gambar itu dirakamkan oleh rakan mereka, seorang remaja
berusia 15 tahun.
Mereka ditangkap minggu lalu dan kini ditahan di pusat tahanan juvana.
[Wow] - Berita Dunia
SAN FRANCISCO – Pengasas laman sosial
Facebook, Mark Zuckerberg membeli empat buah rumah berharga sekitar
AS$30 juta (RM95.3 juta) di sekitar kejiranannya di Lembah Silikon di
sini.
Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk
meruntuh kesemua rumah tersebut untuk membina sebuah kompleks kediaman
seperti yang pernah dilaporkan.
Zuckerberg sebaliknya akan menyewakan semua kediaman itu kepada penghuni sedia ada dan tidak akan mengusir mereka.
Ketua Facebook itu bertindak membeli
hartanah tersebut selepas sebuah syarikat pemaju perumahan merancang
untuk melakukan perkara yang sama.
“Pemaju berkenaan mahu membina sebuah
banglo dan menjual hartanah itu sebagai kediaman di sebelah rumah
Zuckerberg,” kata sumber kepada akhbar The San Jose Mercury News.
Akhbar itu melaporkan, Zuckerberg
mengambil masa setahun untuk membeli semua kediaman tersebut bagi
memastikan dia tinggal bersama jiran-jiran yang dikenalinya.
Usahawan internet itu mengambil masa
hanya 10 minit untuk memandu dari kediamannya menuju ke ibu pejabat
Facebook di Menlo Park di sini. – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
India – Seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan dengan kapak sebagai korban untuk Tuhan Kali.
Lelaki itu cuba melarikan diri selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.
Suspek membunuh anaknya di hadapan patung Kali di rumahnya di kampung Narain Purva di daerah Barabanki di negeri Uttar Pradesh.
Isteri suspek difahamkan menyaksikan lelaki itu memenggal leher anak mereka.
Suspek dilaporkan pernah bersama isterinya ke kuil Tuhan Kali untuk mendapatkan anak.
Seorang jurucakap polis memberitahu akhbar Deccan Herald: “Lelaki itu merancang membunuh bayinya selepas dilahirkan.”
Suspek, Rajkumar Chaurasia dilapor membawanya ke kuil untuk melakukan upacara keagamaan.
Dia kemudian membawa mangsa pulang dan mengapak kanak-kanak itu di depan patung ‘Tuhan Kali’ yang dibina di rumahnya.
Chaurasia memberitahu polis dia membunuh anaknya kerana diarahkan berbuat demikian oleh Tuhan Kali.
“Suspek berpendapat tindakannya itu sebagai korban kepada Tuhan Kali dan dapat memberi kebahagian kepada keluarganya,” katanya. Suspek kini ditahan untuk menjalani pemeriksaan mental.“Dia tidak menyesali dengan perbuatannya,” katanya.
Walaupun jarang berlaku, korban manusia
kononnya untuk menggembirakan mereka masih berlaku di kalangan
sesetengah masyarakat di India.
Kali yang juga dinamakan Durga ialah ‘Tuhan Perempuan’ dikaitkan dengan kematian dan kemusnahan. Ia juga dikaitkan dengan masa dan perubahan.
[Wow] - Berita Dunia
CARACAS – Berjuta-juta penduduk
Venezuela mengetepikan pandangan politik dan masalah ekonomi mereka pada
Khamis lalu hanya untuk menonton pertandingan akhir pertandingan ratu
cantik negara tersebut.
Selama beberapa jam, jutaan penduduk itu
menonton siaran langsung pertandingan Ratu Cantik Venezuela yang
disiarkan di televisyen.
Pertandingan itu dimenangi pelajar
jurusan komunikasi dan sains politik di sebuah kolej, Migbelis
Castellanos yang berusia 18 tahun.
Dia memiliki ketinggian 1.69 meter,
bermata hijau, berambut perang dan berasal dari negeri Zulia merupakan
peserta termuda daripada kalangan 26 gadis yang berjaya memasuki
pertandingan akhir itu.
Castellanos akan mewakili Venezuela dalam pertandingan Ratu Cantik Universe Dunia pada tahun depan.
Secara tradisinya, ramai penduduk yang menonton siaran langsung pertandingan ratu cantik di negara itu.
Penduduk negara itu berusaha untuk
bergelut dengan masalah kadar inflasi yang tinggi, kekurangan makanan
asas seperti kertas tandas dan kawalan mata wang yang ketat.
Bagaimanapun, dalam pertandingan edisi
ke-61 itu, pertandingan tersebut diadakan di sebuah tertutup stadium
utama di sini yang boleh memuatkan seramai 15,000 orang.
Empat tahun lalu, pertandingan tersebut diadakan di lokasi yang lebih kecil disebabkan masalah bajet.
Pertandingan itu juga menjadi popular
disebabkan ia dijadikan program realiti dengan jurukamera merakamkan
sesi para peserta akhir belajar memperagakan diri, cara memberi senyum
dan bercakap.
Sebelum ini, Venezuela telah memenangi enam gelaran Ratu Cantik Universe Dunia.
Industri pembedahan plastik, salun-salun
kecantikan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan untuk menyediakan
gadis-gadis menyertai ribuan pertandingan ratu cantik di negara ini.
Sekolah-sekolah untuk gadis-gadis mempelajari cara untuk memperagakan diri juga terdapat di Venezuela.
Dalam pada itu, akhbar El Universal
melaporkan semalam, Castellanos berkata, dia berasa gembira memenangi
pertandingan itu kerana ia buat kali pertama diadakan dalam bentuk
program realiti televisyen.
“Saya berasa bangga kerana mencipta
sejarah. Program realiti itu telah mengubah pandangan tentang ratu
Venezuela kerana mereka dapat mengetahui bahawa kita (para peserta)
turut menangis, ketawa, suka makanan manis dan melakukan perkara-perkara
yang biasa seperti wanita tulen Venezuela yang lain,” katanya.
Tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh Michelle Bertolini dan ketiga menjadi milik Stephani Dizorzi. – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
SEORANG pelajar sekolah di Pakistan yang pernah ditembak di kepala
oleh puak militan Taliban kerana memperjuangkan hak asasi wanita untuk
mendapat pendidikan sempurna mendedahkan beliau berhasrat untuk satu
hari nanti menjadi Perdana Menteri negara itu.
Malala Yousafzai, kini menjadi sasaran kumpulan pemberontak Islam itu
kerana aktif memperjuangkan hak untuk wanita mendapat pendidikan
sempurna turut dikatakan sebagai pilihan untuk menerima Anugerah Nobel
Keamanan minggu ini.
Bercakap selepas menerima Anugerah Sakharov gadis berusia 16 tahun
itu menyuarakan hasratnya itu di hadapan penonton-penonton yang hadir.
Anugerah Sakharov merupakan pengiktirafan tertinggi oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk pejuang hak asasi manusia seperti Malala.
“Saya akan menyediakan peruntukan yang banyak untuk pendidikan,” katanya dalam satu temubual dengan wartawan CNN Christiane Amanpour.
“Saya akan menyediakan peruntukan yang banyak untuk pendidikan,” katanya dalam satu temubual dengan wartawan CNN Christiane Amanpour.
Beliau bertekad tidak akan berhenti memperjuangkan perkara itu
walaupun menerima banyak ugutan bunuh untuk memaksa gadis itu berhenti
dari perjuangannya.
“Mereka boleh menembak badan saya, tetapi mereka tidak boleh menembak impian saya,” katanya.
Pada Oktober tahun lepas, sebaik ditembak ketika pulang dari sekolah
di Pakistan Malala diterbangkan ke Britain untuk satu pembedahan
kecemasan.
Serangan kumpulan Taliban itu ketika Malala berusia 15 tahun,
mendapat kecamn hebat masyarakat antarabangsa ke atas kumpulan militan
itu.
Sejak berumur 11 tahun, Malala memperjuangkan hak untuk pendidikan
sempurna bagi wanita di Pakistan, sesuatu yang ditentang keras oleh
Taliban.
Walaupun diancam dengan pelbagai halangan, Malala terus
memperjuangkan hak untuk kanak-kanak mendapat pelajaran sewajarnya
apabila awal tahun ini menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menyokong pendidikan percuma untuk semua.
Buku tulisannya, bertajuk I Am Malala yang dilancarkan awal minggu
ini telah pun mendapat sambutan hebat dan akhir bulan ini Malala sudah
pun dijadualkan untuk bertemu Ratu England Queen Elizabeth II selepas
dijemput untuk menghadiri satu majlis resepsi di Istana Buckingham.
[Wow] - Berita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments