Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Takziah admin ucapkan kepada pelakon dan penyanyi popular era 80-an, Noreen Noor yang disahkan meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Pemergian Allahyarham yang berusia 54 tahun ini meninggalkan dua orang anaknya dan berpunca daripada penyakit darah tinggi dan buah pinggang. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.

Untuk pengetahuan, Noreen Noor pernah popular melalui beberapa lagu hits seperti Siang Terbayang Malam Merindu selain aktif dalam lakonan di layar perak seperti Talak, Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.









UPM1

Kegembiraan berganda buat seorang wanita apabila dia terus dilamar kekasihnya sejurus selesai menjalani majlis graduasi di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, semalam.
Teman lelakinya menghias cantik kawasan padang UPM dengan membuat bentuk ‘heart’ menggunakan bunga ros pelbagai warna untuk menyampaikan hasrat di hatinya itu.
Sweet kan!

Momen indah itu juga dikongsi oleh orang ramai yang turut tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan detik manis itu yang dirakamkan menerusi telefon pintar dan kamera masing-masing.

                                             

Tidak dapat dinafikan setiap kali harga barang naik, maka sedikit tekanan akan ditunjukkan oleh rakyat.

Contohnya  harga sepeket gula yang kini RM2.84 berbanding RM2.50 sebelum ini ekoran potongan subsidi gula yang diumumkan dalam bajet 2014.

Kenaikan harga sebanyak 34 sen dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta pada tahun ini dan RM551.25 juta, tahun depan. Namun bagilah alasan apa sekali pun, kritikan adalah situasi yang sudah dapat dijangka.

Begitu pun di sebalik tekanan yang disuarakan umum termasuk di medium sosial, ada juga yang membuat luahan secara lebih kreatif.

Misalnya mengedit gambar pek gula dengan amaran bahaya penggunaannya sebagai penyebab diabetes seperti di bawah ini:
Ia nyata diilhamkan daripada salah satu alasan gula dinaikkan iaitu penularan penyakit diabetis atau kencing manis yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tapi pada masa sama, cara ‘tunjuk perasaan’ ini lebih santai dan lucu walau sebenarnya amat sinikal.
Apa-apa pun, bawa bertenang dan teruskan kemanisan dalam senyuman

Britney Spears Buka Restoran Piza
Lagu-lagu hits Britney Spears seperti Oops! I Did It Again dan Baby One More Time telah dijadikan sebagai senjata rahsia dalam usaha mengusir lanun-lanun Somalia di kawasan teluk Afrika Selatan.

Menurut Pegawai Tentera Laut, Rachel Owens, “mereka (lanun) tidak suka dengan muzik orang Barat, jadi kami rasa lagu Britney sesuai untuk tujuan itu (mengusir mereka)”.

“Sebaik sahaja mereka terdengar lagu Britney, mereka sendiri telah beredar dan pergi secepat yang boleh,” katanya.

Kapal di rantau ini berada dalam bahaya yang berterusan kerana lanun di Somalia sering menculik anak kapal dan menuntut wang tebusan dalam nilai jutaan ringgit.

Sebanyak 176 serangan ke atas kapal oleh kumpulan penyamun dari Afrika telah dilaporkan pada 2011.

Disebabkan ancaman daripada mereka, pihak Tentera Laut Diraja British telah meletakkan sebanyak 1500 anak kapal di dalam 14 kapal perang yang sentiasa beroperasi menjaga kawasan perairan di situ.






TIGA orang terbunuh apabila sebuah kenderaan SUV merempuh kumpulan pelancong di Dataran Tiananmen di Beijing, China hari ini.

Kenderaan itu turut terbakar selepas merempuh kumpulan pelancong itu.
Kejadian berlaku berdekatan sebuah potret Mao Zedong.

Sekeping foto disebarkan di laman sosial di China menunjukkan kereta SUV berkenaan sedang terbakar  dijilat api berserta asap hitam berkepul berhampiran gambar pengasas parti komunis China itu.

Ia berlaku berhadapan dengan tembok Istana Kota Larangan yang terkenal sebagai istana Maharaja Cina ketika zaman pemerintahan dinasti.

Menurut polis dalam satu kenyataan, sebuah jeep merempuh penghadang jalan di Jambatan Jinshui kemudian terbakar.
Turut disahkan, tiga orang yang berada di dalam jeep berkenaan termasuk pemandu meninggal dunia.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, 11 orang antaranya polis dan pelancong pula cedera ekoran kemalangan itu.

Mereka dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Sebuah stesen keretapi bawah tanah berhampiran lokasi kejadian juga ditutup atas arahan polis.

Seorang pelancong Itali berusia 56 tahun yang sedang melawat Kota Larangan kemudian didatangi pihak anggota polis pada waktu tengahari dan mengarahkan beliau dan semua pelancong untuk beredar dari situ.






Pastinya pengalaman menyelam skuba dengan menggenakan pakaian kebangsaan wanita Malaysia, baju kurung menjadi kenangan paling manis buat pelakon dan pengacara Raja Farah.

Ini kerana dia telah diberi peluang untuk berbuat demikian ketika rakaman program Destinasi Cuti-Cuti 1Malaysia yang diadakan di Sibuti Coral Reef dan Eve Garden, Sarawak.

“Saya terkejut ketika diajukan tawaran menyelam di lokasi yang sememangnya digilai penyelam skuba dengan berbaju kurung. Namun, sudah pasti pengalaman itu cukup istimewa dan belum pernah dibuat orang,” katanya yang dipetik menerusi Berita Harian.

Selain Raja Farah, pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy turut diberi peluang menyelam skuba dengan memakai baju Melayu bertepatan dengan tema program pada episod kali itu.


Uqasha Pernah Curang Atau Pekin Tak Matang?
Sebelum ini heboh katanya hubungan mereka terputus selepas Pekin Ibrahim mendakwa kekasihnya, Uqasha Senrose curang dengan seorang lagi pelakon Sharnaaz Ahmad.

Namun, Pekin sudah pun mengeluarkan kenyataannya mengatakan perkara itu hanyalah salah faham dan mereka sudah pun berbaik seperti biasa.

Uqasha dan Sharnaaz dikatakan rapat setelah bersama-sama membintangi sebuah produksi drama, baru-baru ini.

Sabtu lalu, majlis sambutan hari lahir ke 32 Pekin telah berjaya dianjurkan oleh Uqasha dan keluarganya di sebuah hotel di Subang Jaya.

Kemeriahan majlis itu dikongsikan oleh Qi Razali yang kini bercinta dengan adik Uqasha, Nelydia menerusi gambar di laman Instagramnya.

Baguslah dah berbaik, lain kali jangan cepat melenting, apa-apa masalah pun akan dapat diselesaikan sekiranya kedua-dua pihak berbincang daripada terus mengeluarkan kenyataan kepada media.

Kan, tak pasal-pasal peminat dah label kenyataan Pekin sebagai meraih publisiti murahan dengan kisah masalah cintanya itu.

PEKIN



SAKINAHH
Pelakon kontroversi, Sharifah Sakinah dikatakan sudah putus cinta dengan kekasihnya, Ahmad Albab yang merupakan anak angkat kepada pengarah tersohor Erma Fatima.

Menurut laporan sebuah akhbar mingguan, Sakinah yang terkenal dengan sikap gila-gilanya itu sudah putus cinta sejak dua bulan lalu.

Padanlah dia asyik ‘meroyan’ dengan video-video ‘gila’nya.

Mungkinkah itu merupakan cara-cara Sakinah dalam melupakan episod percintaannya yang kecundang?

Hmm, apa-apa je la Sakinah, asalkan tidak memuat naik video yang boleh mencalarkan nama agama, bangsa dan negara sudahlah ya!




Zizan Razak Beri Nafas Baharu AF 2013
Pelawak dan pengacara terkenal Zizan Razak mengakui pernah keluar menonton wayang bersama pelakon yang kini sering kali dikaitkan dengan dirinya, Emma Maembong.

Namun, Zizan mengatakan bahawa mereka tidak pernah keluar berdua sebaliknya mereka pasti akan ditemani oleh pengurusnya, Marina Juki.

“Ya memang betul saya keluar dengan Emma beberapa minggu lalu, tapi jangan salah faham saya bukan sahaja keluar dengan Emma tetapi dengan kawan-kawan saya yang alin, termasuklah pengurus saya. Tidak benarlah sekiranya dakwaan saya hanya keluar bersama dengan dia sahaja,” katanya Zizan memetik laporan portal Gua.

Zizan juga mendedahkan mereka berkawan rapat dan akan keluar makan dan menonton wayang bersama sekiranya mempunyai kelapangan waktu dan perjumpaan mereka turut disertai rakan-rakan dan juga pengurusnya.

“Kami hanyalah berkawan, tidak lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang ramai,” katanya.

Zizan dan Emma dikatakan mula berkawan rapat sejak sama-sama terlibat dengan filem terbaru arahan Mamat Khalid, Werewolf Dari Bangladesh yang akan menemui penonton pada tahun hadapan.



xperiaz1a
Model terbaru siri Xperia Sony iaitu Xperia Z1 bukan sahaja menawarkan fungsi kamera yang menakjubkan,malah kali air sedalam 5 kaki.

Walaupun cume berketebalan 8.5mm, peranti ini didatangkan dengan sensor Exmor bersaiz 1/2 3″ dengan 20.7 megapiksel,selain teknologi G Lens yang merupakan kombinasi unik berkeupayaan untuk menghasilkan gambar yang jelas dan tajam. Sensor bersaiz besar ini juga bermakna pengguna dapat mengambil syot-syot yang berdefinisi tinggi walaupun dalam persekitaran berkondisi gelap.

Xperia Z1 ini juga menawarkan penangkapan imej yang lancar dengan reproduksi yang jelas dalam serta-merta;menjadikan fungsinya hampir sepantas kelipan mata manusia.

Selain itu,telefon pintar ini mempunyai teknologi SteadyShot yang dapat menghasilkan video dan imejberkualiti tinggi serta kalis gegaran. Xperia Z1 juga berkebolehan untuk menangkap 61 ‘frames’ dalam masa dua saat,bermula dari saat butang shutter ditekan.

Dari segi spesifikasi, peranti bersaiz 5-inci ini turut menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2GHz, bateri berkapasiti 3000mAh, memori 2GB RAM, serta didatangkan dengan ruangan mikro-SD dengan sokongan sehingga 64GB.

Telefon pintar ini sudah boleh didapati di Malaysia bermula 4 Oktober lalu dengan harga RM2399.




Aksi Di Kubur Cina, Polis Panggil Pelajar

AKIBAT menari dan berkelakuan agak melampau termasuk bermain bola sepak di sebuah tanah perkuburan Cina di Port Dickson, Khamis lepas, sembilan orang remaja telah dipanggil pihak polis untuk direkodkan keterangan mereka.

Satu rakaman video selama 1 minit 32 saat yang tersebar di laman YouTube memaparkan pelajar-pelajar terbabit ada antaranya berbaju sekolah turut menari dengan diiringi dengan muzik rancak.
Perbuatan mereka itu kemudiannya menimbulkan  rasa kurang senang masyarakat khsusnya mereka yang berbangsa Cina.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supritendan Abd Wahab Harun berkata, tujuh daripada mereka merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di Port Dickson, sementara dua lagi telah dikenakan tindakan buang sekolah sebelum kejadian, atas kesalahan disiplin.
Beliau berkata kesemua mereka berusia antara 12 hingga 14 tahun.

“Siasatan polis mendapati, kumpulan pelajar ini berbuat demikian tanpa niat untuk menghina ataupun cuba menggugat sentimen perkauman dan agama. Kelakuan yang dilakukan sekadar untuk bersukaria, bagaimanapun mereka berada di lokasi salah tanpa mengetahui kesan dan akibat daripada perbuatan tersebut,” katanya.

Menurutnya, perbuatan kumpulan pelajar itu dilakukan sekitar pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.

“Rakaman video itu dirakam menggunakan telefon bimbit salah seorang daripada pelajar terbabit. Polis juga percaya antara mereka juga yang telah memuat naik rakaman tersebut ke internet,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

Abd Wahab berkata, berikutan penyebaran video tersebut, satu laporan polis telah dibuat ahli jawatankuasa tanah perkuburan tersebut, Jumaat lalu.

“Dalam masa terdekat polis akan memanggil pelajar, ibu bapa mereka dan juga ahli jawatankuasa tanah perkuburan itu untuk menjernihkan kembali keadaan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

“Kejadian yang berlaku ini merupakan kes terpencil dan jangan jadikan ia sebagai punca untuk kita saling berbalah sesama kaum,” katanya percaya kes ini akan diselesaikan dengan baik.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 298 A (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun,” katanya.

Abd Wahab menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video tersebut melalui apa juga medium komunikasi dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber : Sinar Harian




KonstabelMaut Tak Sempat Sambut Anak
Johor Bahru – “Hati saya hancur. Kami sepatutnya menyambut anak pertama empat bulan lagi, namun kini, saya terpaksa hidup bersendirian selepas suami meninggal dunia pagi tadi (semalam),” kata Lini Marlina Steven, 22, isteri Konstabel Jucille Juin, 23, yang meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal suspek, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 2.15 pagi di Jalan Loo Hong Joo, Kampung Baru Pandan, Jucille berkhidmat di Balai Polis Majidee, di sini, bersama seorang anggota sedang menjalankan rondaan.

Ketika itu, Jucille mendapati seorang penunggang motosikal dilihat mencurigakan dan memberi arahan kepada suspek supaya menghentikan motosikalnya, namun suspek enggan menyebabkan Jucille dan seorang rakannya mengejar suspek.

Difahamkan, motosikal dinaiki mangsa bergesel dengan motosikal suspek menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum motosikalnya terhumban ke dalam longkang, manakala Jucille tercampak di atas jalan raya dan cedera parah di kepala.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Lini Marlina berkata, dia dimaklumkan kejadian menimpa suaminya jam 3 pagi oleh beberapa anggota polis yang datang ke rumah sewa mereka di Taman Melor, di sini.

“Saya sedih dengan kejadian menimpa suami. Saya tidak pernah menyangka, sebelum anak kami lahir suami sudah tiada dan lebih menyedihkan, dia tidak sempat menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 Khamis ini (31 Oktober ini),” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HSI di sini, semalam.
Konstabel Maut Tak Sempat Sambut Anak

Dia berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya ialah pada malam kelmarin di rumah sewa mereka dan suaminya sempat berpesan untuk menjaga kesihatan serta anak dalam kandungan. – Harian Metro
Gambar: Facebook Polis Johor



Selepas selesai mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, penyanyi lincah, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman terbuka hati untuk menggenakan hijab sebagai imej terbarunya.

Walaupun belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini, namun isteri kepada Noh Hujan ini sudah mula berkongsi imej muslimahnya itu kepada pengikutnya di laman Instagram miliknya.

Semoga Mizz Nina istiqamah dengan penghijrahannya ini dan memang Nina nampak semakin berseri-seri dengan imej terbarunya ini.

Tahniah Noh kerana telah berjaya membimbing isterinya ke arah yang lebih baik dan semoga hubungan kalian akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.




Suspek Norazita Memang Gila Duit
23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib.

Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.

Pelakunya tak lain tak bukan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bank berkenaan, dikenali sebagai Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Namun kesahihan warganegara suspek ini masih samar-samar kerana dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

Bagaimanapun sepandai-pandai suspek menyembunyikan identiti, dia ternyata tidak terlepas daripada memiliki akaun Facebook. Malah dia boleh dikira aktif melayari laman sosial berkenaan dengan bilangan rakan melebihi 4,000 orang.

3

Menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, status terakhir dikemaskini suspek ialah ‘Jom balik kampung… selamat malam semua’ (Jum Blik kampung kita…. mat mlam all) dua hari sebelum melakukan pembunuhan kejam berkenaan.

4

Minat suspek terhadap duit juga dapat dilihat daripada beberapa gambar longgokan duit yang dimuatnaik suspek, barangkali diambilnya sendiri ketika bertugas

5
9
10
Mungkin, inilah jadinya bila setiap hari terliur tengok duit depan mata. Sampai satu waktu, tak dapat mengawal nafsu lalu terjadilah tindakan gila pada 23 Oktober lalu!
Menerusi status-status dan bahasa yang digunakan juga, ternyata suspek berasal dari Indonesia.
1

Bra to Bathing Suit DIY 001

Pengeluar pakaian dalam wanita paling elegen, Victoria’s Secret (VS) akan kembali mengadakan pertunjukan fesyennya yang kerap dinantikan di seluruh dunia.

Tahun ini ia akan diadakan pada 10 Disember depan dengan disertai model-model paling 
ternama dunia memakai baju tidur dan pakaian dalam wanita yang intim.

Menurut maklumat industri hiburan, Candice Swanepoel akan memaki bra bernilai RM30 juta yang dicipta untuk Victoria’s Secret oleh pembuat barang kemas Mouawad.
Ini kali pertama Candice akan memakai bra fantasi dari VS.

Bra berkenaan akan memiliki 4,200 permata termasuk berlian, sapphires kuning, ruby yang diikat dengan emas 18 karat.

Paling hebat… ruby seberat 52 karat yang dipotong bentuk buar pir…lihat gambar di bawah…:
bra termahal
Banduan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang baru dibebaskan dari penjara 12 Oktober lalu, menyerah diri kepada polis selepas menikam isteri yang kemudian mati, dalam kejadian di Ladang Bukit Darah Kundang, Sungai Buloh dekat sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek berusia 35 tahun itu menyerah diri di Balai Alam Jaya tidak lama selepas kejadian.

“Dalam kejadian 9 malam itu, suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Suspek menggunakan pisau sepanjang 32 cm untuk menikam isteri yang berusia 36 tahun beberapa kali di bahagian belakang, bagaimanapun mangsa sempat melarikan diri ke rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah dan meminta bantuan sebelum mati beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Menurutnya siasatan awal juga mendapati pasangan itu sering bergaduh.

Polis sedang meneliti rekod jenayah suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 506 kanun yang sama. – BERNAMA


LONDON – Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) diberi tekanan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang pengacara program Have I Got News For You (HIGNFY) menyindir Putera Harry kerana mengambil dadah jenis kokain,” lapor akhbar The Telegraph semalam.

Program tersebut diterbitkan oleh BBC.
Penyampainya, Jo Brand turut membuat jenaka tentang nama-nama keluarga angkat anak sulung Putera William, Putera George.

Bekas Ketua Angkatan Tentera Britain yang mempengerusikan tugasan pertama Harry di Afghanistan, Lord Dannatt berkata, jenaka Brand adalah keterlaluan.
“Ia jenaka yang amat dikesali dan paling tidak senonoh. Pihak tentera menjalankan ujian dadah secara rawak,” katanya.
“Seseorang yang menjadi juruterbang helikopter tempur tidak boleh berada di bawah pengaruh dadah,” tegas Dannatt.

Komen serupa diutarakan oleh ahli Parlimen Britain, Anna Soubry yang menyatakan, Brand tidak sepatutnya merendahkan martabat putera tersebut.

“Dia dan BBC perlu memohon maaf. Program ini bukannya diadakan secara siaran langsung. Ia sepatutnya disunting,” jelas Soubry.

Putera Harry pernah mengaku bahawa dia menghisap ganja di rumah bapanya di Highgrove, Gloucestershire ketika berusia 16 tahun. – Agensi

Umum mengetahui kemesraan yang terjalin antara Nora Danish dan Nadeem Nazri bukan lagi satu rahsia memandangkan kedua-dua mereka dilihat sering bersama ketika sesi penggambaran drama di dalam dan luar negara.

Beberapa minggu lepas, Nora Danish terpalit dalam satu kontroversi murahan apabila dia didakwa menerima hadiah istimewa dari Nadeem Nazri berupa sebuah banglo bernilai RM7.2 juta dan kereta Ferrari. Bagaimanapun, pelakon itu menafikan kesahihan dakwaan berkenaan.

Semalam, mStar berpeluang untuk menemubual Nora Danish berhubung perancangan mereka untuk berkahwin dalam masa terdekat. Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, dia masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.

"Susah untuk menyatakan hubungan kami, biarlah orang menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja. Saya akui dia adalah lelaki paling rapat namun buat masa ini kami tidak lagi membincangkan soal perkahwinan."

"Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada silap dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik."

Dalam pada itu, pelakon teater Bahayanya Wanita itu turut diminta mengulas tentang gelaran bad boy yang sering dilabelkan kepada Nadeem Nazri selepas banyak gambar sosialnya tersebar di laman maya. Bagi Nora, Nadeem sebenarnya mempunyai sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu.

"Saya tidak pernah menilai dia melalui masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna. Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu."

Nampaknya, kontroversi main isteri orang yang menghambatkan Adi Putra sejak sebulan lalu masih belum menemui penghujungnya sehingga kini.

Meskipun, isu tersebut sudah senyap sejak tiga minggu lalu, namun ianya kembali bergema di media selepas ruangan Zubir di BiPop semalam mendakwa Adi Putra telah berjumpa dengan seorang tokoh berpengaruh untuk mengguggurkan kesnya.

Memang sukar untuk mempercayai dakwaan berkenaan apatah lagi hasil siasatan polis masih belum dikeluarkan setakat ini. Namun lain pula cerita yang dikongsikan dalam ruangan Zubir. Katanya, laporan forensik ke atas isi kandungan telefon bimbit dan isteri seorang ahli perniagaan dikatakan sudah diperolehi.

Apapun, admin masih yakin bahawa pelakon KL Gangster itu tidak bersalah, mungkin cuma fitnah semata-mata untuk menjatuhkan karier beliau. Paling penting, kita tunggu sahaja respon balas dari pihak Adi Putra berhubung dakwaan terbaru itu dan hasil siasatan polis yang lengkap.

Kawasan sekitar tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron Highlands mengalami kerosakan teruk selepas dilanda banjir lumpur pada pukul 1.00 pagi.

Difahamkan, dua pekebun warga asing maut manakala seorang lagi hilang akibat dihanyutkan banjir lumpur. Kedua-dua mangsa warga asing itu yang dikenali sebagai Jahangir, 30 dan wanita warga Indonesia, Kesmat, 46 ditemui tertimbus dalam lumpur berhampiran rumah masing-masing pada pukul 8 pagi dan 8.15 pagi.

Menurut jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands, kejadian itu berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kejadian banjir lumpur awal pagi tadi. Jika dilihat secara mata kasar, jumlah kerosakan harta benda mungkin mencecah jutaan ringgit. Cukup sedih dan menyayat hati admin.