Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Beckham Hampir Maut Selepas Terbabit Dalam Kemalangan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto

Los Angeles: Bekas bintang Manchester United, David Beckham dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandunya merempuh kereta lain ketika keluar dari rumah di Beverly Hills,

Media melaporkan, pemain bola sepak yang pernah menjadi kapten skuad England itu menaiki Range Rover Sport hitam miliknya bersama seorang yang lain - dipercayai anaknya, Brooklyn, 14, yang duduk di bangku depan.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Saksi berkata, Beckham, 38, baru saja keluar dari kawasan rumahnya sebelum merempuh sebuah kenderaan lain yang lalu di situ.


Menurut saksi, kenderaan itu dipandu seorang wanita.

Seorang daripada saksi berkata, Beckham masuk semula ke laluan rumahnya dan menunggu di situ beberapa ketika sebelum polis tiba.

“Dia kemudian disoal siasat pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan,” katanya.

Selepas siasatan dijalankan, polis meninggalkan rumah Beckham dan menemu bual saksi pula untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.  Kerosakan dapat dilihat dengan jelas pada kereta pacuan empat roda Acura putih milik wanita terbabit.

Di samping itu, kenderaan Beckham juga kelihatan mengalami kerosakan pada bahagian bamparnya. Beckham membeli kereta itu pada 2010 dan dianggarkan bernilai antara AS$60,500 (RM190,489) dan AS$76,200 (RM239,922).

Ia bukanlah kemalangan pertama dialami Beckham bersama Brooklyn. Pada 2011 pasangan itu terselamat selepas kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan membabitkan beberapa kenderaan lain di laluan paling sibuk di Los Angeles.- Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments