Tidak dapat dinafikan setiap kali harga barang naik, maka sedikit tekanan akan ditunjukkan oleh rakyat.
Contohnya harga sepeket gula yang kini RM2.84 berbanding RM2.50 sebelum ini ekoran potongan subsidi gula yang diumumkan dalam bajet 2014.
Kenaikan harga sebanyak 34 sen dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta pada tahun ini dan RM551.25 juta, tahun depan. Namun bagilah alasan apa sekali pun, kritikan adalah situasi yang sudah dapat dijangka.
Begitu pun di sebalik tekanan yang disuarakan umum termasuk di medium sosial, ada juga yang membuat luahan secara lebih kreatif.
Misalnya mengedit gambar pek gula dengan amaran bahaya penggunaannya sebagai penyebab diabetes seperti di bawah ini:
Ia nyata diilhamkan daripada salah satu alasan gula dinaikkan iaitu penularan penyakit diabetis atau kencing manis yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tapi pada masa sama, cara ‘tunjuk perasaan’ ini lebih santai dan lucu walau sebenarnya amat sinikal.
Apa-apa pun, bawa bertenang dan teruskan kemanisan dalam senyuman
No comments
Post a Comment