Beberapa minggu lepas, Nora Danish terpalit dalam satu kontroversi
murahan apabila dia didakwa menerima hadiah istimewa dari Nadeem Nazri
berupa sebuah banglo bernilai RM7.2 juta dan kereta Ferrari.
Bagaimanapun, pelakon itu menafikan kesahihan dakwaan berkenaan.
Semalam, mStar berpeluang untuk menemubual Nora Danish berhubung
perancangan mereka untuk berkahwin dalam masa terdekat. Menurut Nora
atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, dia masih memerlukan
masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.
"Saya lebih berhati-hati berdasarkan
pengalaman lalu yang mana saya juga ada silap dan kekurangan yang perlu
diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik."
Dalam pada itu, pelakon teater Bahayanya Wanita itu turut diminta mengulas tentang gelaran bad boy
yang sering dilabelkan kepada Nadeem Nazri selepas banyak gambar
sosialnya tersebar di laman maya. Bagi Nora, Nadeem sebenarnya mempunyai
sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu.
"Saya tidak pernah menilai dia melalui
masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang
sempurna. Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa
yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang
mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu."
No comments
Post a Comment