NEW YORK – Seorang wanita dan empat
kanak-kanak termasuk bayi berusia 18 bulan dijumpai mati ditikam dalam
satu kejadian amuk di sebuah pangsapuri di Brooklyn di sini kelmarin.
Susulan tragedi berdarah itu, polis telah menahan seorang lelaki untuk disoal siasat awal semalam.
Bayi tersebut dan dua kanak-kanak
perempuan masing-masing berusia sembilan dan enam tahun dipercayai mati
akibat ditikam apabila pasukan paramedik tiba menjelang pukul 11 malam
kelmarin.
Pihak kecemasan bergegas membawa dua
lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 37 tahun dan kanak-kanak lelaki
berumur lapan tahun ke hospital tetapi mereka tidak berjaya
diselamatkan, ujar seorang pegawai polis.
Setakat ini, identiti semua mangsa yang maut dalam insiden berdarah tersebut tidak didedahkan.
Suspek yang juga tidak didedahkan
namanya dilaporkan ditemui di dalam apartmen berkenaan ketika polis
menyerbu masuk ke dalam bangunan tersebut selepas menerima aduan orang
ramai.
Beberapa sumber memberitahu, suspek dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan mangsa-mangsa tersebut.
“Ia kelihatan seperti kes keganasan do- mestik,” kata seorang pegawai polis berpangkat tinggi.
Bapa mangsa yang tiada di rumah apabila
penghuni pangsapuri berkenaan diserang sekitar pukul 10.45 malam
kelmarin, trauma dengan pembunuhan tersebut.
“Dia baru pulang dari tempat kerja dan
menjadi histeria selepas dimaklumkan tentang kejadian amuk itu oleh
seorang anggota polis,” kata seorang penghuni blok apartmen berkenaan,
May Chan.
Menurutnya, dia kerap melihat kumpulan kanak-kanak itu bermain di kejira- nan tersebut.
“Mereka cuma anak-anak kecil. Insi- den ini sungguh memilukan. Mereka tidak berdosa,” katanya. – Agensi
No comments
Post a Comment