Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Sumber: Facebook
Isu Panas
Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan
diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang
terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri
negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor,
selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang
berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.
Majlis Presiden dalam
Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan
cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu
harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori
akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga
menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh
semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak
menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.
Berikut adalah
senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.
6.Minyak Yuyi Cap Limau
P/s Jangan Marah Yerr.. Gurau-gurau jerr.. Kita Sebagai rakyat harus bawa bersabar..
Sumber Lawak : Facebook
[Wow] - Lawak Bah
Pre Labor Day Bikini Pageant ialah pertandingan ratu cantik wanita mengandung tahunan yang dilakukan sehari sebelum hari buruh di Houston Texas. Ratu Bikini Mengandung diadili melalui empat kategori. Kepantasan menukar lampin, ketepatan melontar lampin kedalam tong sampah, sesi soal jawab dan sesi bikini.
Untuk layak memasuki pertandingan ini, peserta harus sekurang-kurangnya mengandung selama 28 minggu. Antara hadiah yang ditawarkan kepada pemenang ialah voucher makanan, kamera digital dan rawatan memutihkan gigi
[Wow] - Sakit Mata
Ujian ini hanya untuk lelaki sahaja. Tetapi kalau perempuan nak cuba apa salahnya…boleh sahaja.Tapi jangan emosi plak lepas tu. Okey.Dekat bawah ini ada 12 orang ratu cantik.Tetapi hanya 6 orang sahaja yang benar-benar perempuan.Lagi 6 orang tu adalah lelaki. Cuba cari 6 orang lelaki tersebut.Jawapan ada pada akhir post ini.
Hehe…Sebenarnya soalan diatas hanyalah perangkap semata-mata.Jawapan yang betul ialah kesemua ratu diatas adalah lelaki. Gambar diatas diambil dari pertandingan Miss Lady Boy Pageant di Thailand.
Hehe…Sebenarnya soalan diatas hanyalah perangkap semata-mata.Jawapan yang betul ialah kesemua ratu diatas adalah lelaki. Gambar diatas diambil dari pertandingan Miss Lady Boy Pageant di Thailand.
[Wow] - Macam macam
Polis di Jeddah, Arab Saudi telah mengesahkan berita bahawa seorang gadis telah dirogol dan dibunuh oleh seorang putera Saudi.
Skandal itu merupakan satu lagi dalam satu rangkaian skandal moral dan etika pada raja-raja rasuah Saudi yang korup dan jenayah mereka terhadap rakyat Saudi.
Cerita ini bermula apabila saksi di Samer, pinggir bandar Jeddah, melihat perempuan digugurkan daripada kereta JMC. Rakyat yang menyaksikan peristiwa itu segera membaluti gadis dengan selimut dan menghubungi polis.
Selepas polis tiba, siasatan awal menunjukkan bahawa gadis itu telah meninggal dunia. Nombor plat JMC dimasukkan ke dalam sistem pengawasan kereta polis trafik dan ia menunjukkan bahawa ia dipunyai oleh seorang putera Saudi.
Kemudian, siasatan menyeluruh telah dilancarkan, dengan keputusan awal bahawa putera itu tidak lain tak bukan ialah Khalid bin Sa'ad bin Abdul Aziz al-Saud, yang, bertemu dengan gadis itu pada malam Rabu di pusat membeli-belah Al-Tuhayat . Gadis itu mencabar putera raja berkenaan.
Gadis itu diculik oleh sekutu itu putera dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui di mana beliau telah diserang secara seksual. Apabila dia cuba melarikan diri, dia dibunuh dan mayatnya dicampak di tepi jalan.
Tetapi media dikawal kerajaan tidak melaporkan apa-apa kejadian. Kalaulah tidak kerana media antarabangsa dan internet, kebanyakan cerita-cerita ini tidak akan diketahui umum.
Global
SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.
Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.
Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.
Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu.
“Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.
Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.
Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.
Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.
Beri pelbagai alasan
Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.
Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.
Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.
Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.
“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.
Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.
Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.
Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.
Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.
Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.
Rumah sewa turut diserbu
Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.
Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.
Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.
Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.
Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.
Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.
Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.
Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.
Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu. -SINAR HARIAN
[Wow] - Berita Tempatan
Naomi dan Hayley (Daily Mail.)
Seperti dikutip dari Laman DailyMail, Naomi didiagnosis tidak boleh mempunyai keturunan kerana kanser serviks. Rawatan kemoterapi telah menghancurkan sel-sel di rahimnya.
Satu-satunya jalan untuk memiliki anak adalah melalui program bayi tabung. Sebelum menjalani rawatan kemoterapi, Naomi dan suaminya telah menyiapkan embrio untuk dibekukan dan ditanamkan ke ibu pengganti. Tujuannya adalah agar pasangan ini tetap dapat mempunyai keturunan.
Tetangga Naomi, Haeyley, yang telah mempunyai tiga orang anak, dengan senang hati membantu Naomi untuk memiliki buah hati. Melalui embrio beku, Hayley mengandung anak Naomi dan Richard. Anak yang kini berusia 8 bulan itu diberi nama Mireya, yang dalam bahasa Sepanyol bermakna keajaiban.
Pasangan ini mempunyai 12 embrio beku. Ini tidak menutup kemungkinan jika Naomi dan suaminya ingin memiliki anak kembali. Namun, ia harus tetap menggunakan ibu pengganti untuk melahirkan bayi-bayinya.
[Wow] - Kisah Hidup
16 Buah Kereta Fisker Carma Musnah Dalam Sekelip Saat Di NY.
Apabila Taufan Sandy melanda di Port Newark, 16 buah kereta Fisher Carma yang harga sebuahnya mencecah RM300,000 telah musnah dalam sekelip mata.
Apabila Taufan Sandy melanda di Port Newark, 16 buah kereta Fisher Carma yang harga sebuahnya mencecah RM300,000 telah musnah dalam sekelip mata.
[Wow] - Biar Betul
Vancouver - Seorang wanita tempatan Kayla Smith mempunyai cara tersendiri menghadapi pencuri basikalnya.
Kayla kehilangan basikalnya yang berharga $1,000 (RM3,118) ketika diparkir dekat Kampung Olimpik minggu lalu.
Sejak itu dia mengaku sangat kecewa dan
mula bner putus asa. “Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, mengapa ada
orang melakukan ini pada saya?,” katanya.
Apabila seorang kawan Kayla ternampak
iklan yang menawarkan basikal sama seperti milik Kayla dengan harga $300
(RM935), dia mulai berang.
“Saya sangat marah dan berdoa agar si pencuri itu dilenyek oleh trak,” katanya.
Dia kemudian merancang untuk bertemu
dengan penjual basikal itu di tempat letak kenderaan restoran
McDonald’s. Apabila mereka bertemu, dia memberitahu penjual itu dia
perlu menguji basikal itu terlebih dulu. Lelaki berkenaan pada mulanya
teragak-agak tetapi dia akhirnya bersetuju membenarkan Kayla menguji
basikal itu.'
Kayla lalu naik ke atas basikal itu dan menunggangnya pulang ke rumah.
“Saya sangat gembira, rasanya seperti pemain bola NFL yang meraih kemenangan,” katanya.
Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak
disenangi polis dan mereka memberi peringatan agar orang lain tidak
mencontohi tindakan Kayla. Seorang pegawai polis yang enggan dikenali
berkata, perbuatan Kayla bertemu dengan si pencuri mendedahkan dirinya
kepada bahaya.
“Anda tidak tahu siapa yang akan anda
temui. Berapa ramai yang ada di sana dan mungkin si pencuri itu boleh
melakukan apa saja jika terdesak,” katanya. - AP
[Wow] - Kisah Hidup
PETALING JAYA - Pemilik bengkel di Jalan
Batu Arang di Rawang, yang didakwa bertanggungjawab dalam kes tumpahan
diesel di Sungai Selangor menyalahkan pekerja-pekerjanya di atas insiden
itu.
Pemilik bengkel tersebut yang hanya mahu
dikenali sebagai Mok, berkata dia telah memecat empat pekerjanya kerana
'tidak bertanggungjawab'.
"Mengapa saya sengaja membuang minyak
diesel ke dalam sungai apabila saya boleh menjualnya? Ini adalah kali
pertama insiden seperti ini berlaku semenjak saya mula beroperasi 13
tahun lalu," katanya pada Ahad.
Mok memohon maaf di atas kecuaian itu tetapi menafikan tindakan itu disengajakan.
"Saya terkejut apabila membaca berita
bahawa tumpahan minyak diesel menyebabkan gangguan air yang menjejaskan
kira-kira 1 juta penduduk," katanya.
Namun, dia tidak percaya bahawa tumpahan tersebut adalah punca utama gangguan air sejak petang Jumaat lalu.
"Saya rasa telah dianiaya kerana saya disalahkan sepenuhnya," katanya.
Dia mendakwa tumpahan diesel dari lori miliknya mengalir ke dalam longkang di dalam kawasan kilang itu.
"Apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS)
datang melakukan pemeriksaan, pekerja saya membersihkan longkang
tersebut. Namun, dengan membersihkannya, minyak itu mengalir ke longkang
utama yang kemudiannya menitis ke dalam sungai," dakwanya.
Mok, 55, mendakwa dia adalah seorang
sub-kontraktor bagi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di mana lorinya
digunakan untuk mengangkut sisa pepejal dan industri.
Katanya dua tangki diambil oleh JAS
sebagai bukti sebenarnya digunakan untuk menyimpan diesel yang cuba
dibersihkan oleh pekerja dari longkang di bengkel itu.
Ketika ditanya sama ada dia membuka
bengkel tersebut secara haram, Mok berkata:'Tiada keperluan untuk
memohon lesen kerana saya tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan
di sana. Saya hanya membaiki sendiri lori-lori milik saya. Ia bukan
seolah-olah saya menjalankan perniagaan membaiki lori."
Dia menafikan mengumpul minyak enjin terpakai dan memprosesnya semula seperti yang dimaklumkan oleh MPS.
Mok berkata dia akan bertemu dengan MPS
pada Isnin untuk membincangkan tindakan susulan dan merancang untuk
membuat laporan polis untuk memberi penjelasan bagi pihaknya. - mStar Online
[Wow] - Berita Tempatan
Wowwww.. Tegap Gilerrr... Muka Dah Cun, Lawa, Cantik ala-ala Barbie Doll. Tapi Body? alahaii.. tegap weii.. Sudah minatnya untuk menjadi ahli bina badan dan berkemungkinan beliau ingin menjadi atlet bina badan wanita paling cantik di dunia..
[Wow] - Biar Betul
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments