PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia menyangkal dakwaan kononnya
dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selepas
hampir setahun bercerai dengan Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 30, berkata, semenjak
bercerai dia masih belum menemui sebarang pengganti dan tidak terlalu
memikirkan tentang perkara itu buat masa ini.
"Saya belum ada pengganti dan cerita yang keluar mengenai saya itu semuanya tidak benar," katanya kepada mStar Online.
Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz yang juga anak kepada tukang
masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef
Wan pada 11 Disember 2011 sebelum bercerai hanya selepas 11 bulan
berkahwin.
Dalam pada itu, Ana berkata, dia merasakan sekarang bukan masa yang
sesuai untuknya kembali menjalinkan hubungan cinta sebaliknya mahu
memberikan fokus kepada karier lakonan yang semakin berkembang.
Jelas Ana, dia bukan serik untuk bercinta dan berkahwin lagi tetapi
meletakkan soal itu kepada jodoh dan ketentuan Allah buat masa ini.
"Serik itu tidak tetapi ada benda lain yang menjadi keutamaan saya
buat masa sekarang dan soal jodoh itu biarlah Allah yang menentukan,"
jelasnya.
Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ana berkata dia kini
sedang sibuk menyiapkan beberapa projek drama dan mengakui jadualnya
semakin sibuk.
Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Home
»
[Wow] - Gosip Hiburan
» Selepas Bercerai Dengan Chef Riz, Ana Dahlia Nafi Ada Kekasih Baharu ~!
Tagged with: [Wow] - Gosip Hiburan
About Unknown
PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment