Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kayla Smith ‘Curi’ Basikal Daripada Seorang Pencuri~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kayla Smith

Vancouver - Seorang wanita tempatan Kayla Smith mempunyai cara tersendiri menghadapi pencuri basikalnya.

Kayla kehilangan basikalnya yang berharga $1,000 (RM3,118) ketika diparkir dekat Kampung Olimpik minggu lalu.

Sejak itu dia mengaku sangat kecewa dan mula bner putus asa. “Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, mengapa ada orang melakukan ini pada saya?,” katanya.

Apabila seorang kawan Kayla ternampak iklan yang menawarkan basikal sama seperti milik Kayla dengan harga $300 (RM935), dia mulai berang.

“Saya sangat marah dan berdoa agar si pencuri itu dilenyek oleh trak,” katanya.

Dia kemudian merancang untuk bertemu dengan penjual basikal itu di tempat letak kenderaan restoran McDonald’s. Apabila mereka bertemu, dia memberitahu penjual itu dia perlu menguji basikal itu terlebih dulu. Lelaki berkenaan pada mulanya teragak-agak tetapi dia akhirnya bersetuju membenarkan Kayla menguji basikal itu.'

Kayla lalu naik ke atas basikal itu dan menunggangnya pulang ke rumah.

“Saya sangat gembira, rasanya seperti pemain bola NFL yang meraih kemenangan,” katanya.

Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak disenangi polis dan mereka memberi peringatan agar orang lain tidak mencontohi tindakan Kayla. Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, perbuatan Kayla bertemu dengan si pencuri mendedahkan dirinya kepada bahaya.
“Anda tidak tahu siapa yang akan anda temui. Berapa ramai yang ada di sana dan mungkin si pencuri itu boleh melakukan apa saja jika terdesak,” katanya. - AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments