Oklahoma – Seorang wanita yang
menjadikan kangaroo peliharaanya sebagai terapi daripada penyakit
kemurungan, sanggup berpindah ke sebuah zoo untuk membolehkan dia dan
binatang tersebut tinggal bersama.
Christie Carr, dan binatang berkenaan,
Irwin sebelum ini menetap di beberapa lokasi selepas melarikan diri
daripada rumah Carr di Broken Arrow.
Namun disebabkan Carr bimbang pihak
berkuasa akan merampas binatang peliharaannya itu akibat isu lesen dan
insurans, maka dia telah berpindah ke The Garold Wayne Interactive
Zoological Park di Wynnewood pada bulan Mac lalu.
Carr sebelum itu telah merawat Irwin selepas kangaroo berkenaan hampir lumpuh kerana melanggar pagar, beberapa tahun lalu.
Haiwan itu tidur di atas katil, memakai pakaian budak lelaki dan turut dipakaikan lampin.
Kini, Carr dan Irwin gembira menetap di rumah baru mereka di zoo berkenaan.
``Hanya saya dan dia, Ia umpama ubat
untuk mengatasi masalah kemurungan saya,’’ kata Carr yang diberikan
tempat tinggal di rumah pekerja di zoo terbabit.
Zoo berkenaan menempatkan 800 ekor binatang dengan kebanyakannya adalah binatang yang diselamatkan dari zoo lain.
Ia mempunyai 18 pekerja dengan kebanyakannya adalah bekas penagih dadah, kaki botol dan banduan yang baru keluar dari penjara.
Zoo tersebut memberi peluang kedua kepada binatang dan manusia untuk melalui kehidupan lain yang lebih baik.
No comments
Post a Comment