Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tumpahan Diesel Ke Dalam Sungai, Pemilik Bengkel Salahkan Pekerjanya~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Tumpahan Diesel

PETALING JAYA - Pemilik bengkel di Jalan Batu Arang di Rawang, yang didakwa bertanggungjawab dalam kes tumpahan diesel di Sungai Selangor menyalahkan pekerja-pekerjanya di atas insiden itu.

Pemilik bengkel tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mok, berkata dia telah memecat empat pekerjanya kerana 'tidak bertanggungjawab'.

"Mengapa saya sengaja membuang minyak diesel ke dalam sungai apabila saya boleh menjualnya? Ini adalah kali pertama insiden seperti ini berlaku semenjak saya mula beroperasi 13 tahun lalu," katanya pada Ahad.

Mok memohon maaf di atas kecuaian itu tetapi menafikan tindakan itu disengajakan.

"Saya terkejut apabila membaca berita bahawa tumpahan minyak diesel menyebabkan gangguan air yang menjejaskan kira-kira 1 juta penduduk," katanya.

Namun, dia tidak percaya bahawa tumpahan tersebut adalah punca utama gangguan air sejak petang Jumaat lalu.

"Saya rasa telah dianiaya kerana saya disalahkan sepenuhnya," katanya.

Dia mendakwa tumpahan diesel dari lori miliknya mengalir ke dalam longkang di dalam kawasan kilang itu.

"Apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) datang melakukan pemeriksaan, pekerja saya membersihkan longkang tersebut. Namun, dengan membersihkannya, minyak itu mengalir ke longkang utama yang kemudiannya menitis ke dalam sungai," dakwanya.

Mok, 55, mendakwa dia adalah seorang sub-kontraktor bagi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di mana lorinya digunakan untuk mengangkut sisa pepejal dan industri.

Katanya dua tangki diambil oleh JAS sebagai bukti sebenarnya digunakan untuk menyimpan diesel yang cuba dibersihkan oleh pekerja dari longkang di bengkel itu.

Ketika ditanya sama ada dia membuka bengkel tersebut secara haram, Mok berkata:'Tiada keperluan untuk memohon lesen kerana saya tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di sana. Saya hanya membaiki sendiri lori-lori milik saya. Ia bukan seolah-olah saya menjalankan perniagaan membaiki lori."

Dia menafikan mengumpul minyak enjin terpakai dan memprosesnya semula seperti yang dimaklumkan oleh MPS.

Mok berkata dia akan bertemu dengan MPS pada Isnin untuk membincangkan tindakan susulan dan merancang untuk membuat laporan polis untuk memberi penjelasan bagi pihaknya. - mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments