Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » AIR FORCE ONE - Pesawat Ini Mempunyai Kawalan Yang Paling Ketat Di Dunia~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

air-force-one
 
PESAWAT putih bergaris biru jenis Boeing VC-25 yang merupakan modifikasi dari Boeing 747-200B ini acap kali disebut sebagai Air Force One, meskipun Air Force One sendiri sebenarnya asalah 'callsign' untuk pesawat yang dinaiki Presiden AS, tanpa mengira apa pun jenisnya.
 
Ia akan diiringi atau didahului oleh C-17 Globemaster III atau C-5 Galaxy yang membawa semua kelengkapan sang presiden, seperti helikopter Marine One, limosin rasmi Presiden, dan para agen US Secret Service
 
Ketika Air Force One berada di ruang udara, lapangan terbang berhampiran perlu dikosongkan.
 
Penerbangan lain perlu ditunda atau dibatalkan, dan kawasan di sekitar tempat parkir AF I juga akan dikawal oleh agen-agen US Secret Service.
 
Presiden AS di dalam negaranya saja menerima hingga 300 ancaman setiap hari, apatah lagi bila berada di luar negara.
 
Air Force One, umumnya adalah pesawat tiga tingkat B747-200B yang telah dimodifikasi dengan keluasan 4.000 kaki persegi.
 
Pejabat atau bilik kerja presiden dan stafnya mendominasi dek tingkat dua.
 
Dek tingkat pertama atau bahagian bawah pesawat menjadi ruang kargo dan bagasi.
 
Sementara dek tingkat ketiga atau paling atas, hanya dikhususkan untuk kokpit, lounge, dan ruang komunikasi. 
 
Air-Force-One-28000-Main1-small 
 
Air Force One dipasang 19 televisyen yang menyiarkan hampir semua siaran televisyen seluruh dunia.
 
Disebabkan sarat dengan peralatan elektronik, sebahagian dari berat pesawat ini 'dikuasai' oleh kabel.
 
Kabel ini telah diberi pelapis khusus dan mampu bertahan dari serangan gelombang elektromagnet (EMP/Electro Magnet Pulse) yang terhasil dari ledakan nuklear.
 
Untuk rekod, hanya ada satu Air Force One yang diperuntukkan bagi presiden; jika penolongnya yang menaiki pesawat berkenaan, ia akan hanya akan dikenali sebagai Air Force Two. 
 
Fakta lain
 
Ada dua pesawat Boeing 747 Air Force One.
 
Panjang pesawat dari depan hingga ke ekor mencapai 70.4 meter. Tinggi pesawat 19.4 meter. Luas ruang kabin dalam pesawat 371.6 meter persegi. Berat pesawat 400 ton.
 
Air Force One dapat terbang dengan kelajuan maksimum 1014 km/jam (mach 0.92) 
 
Juruterbangnya mesti memiliki lebih dari 2000 jam terbang, pengalaman terbang ke seluruh dunia dan catatan penerbangan/ rekod perkhidmatan yang terbaik, Itulah syarat kalau mahu menerbangkan Air Force One.
 
Air Force One dianggap sebagai pesawat paling selamat sedunia.
 
Dari segi aturan tempat duduk, wartawan duduk di bahagian belakang, pejabat dan VIP duduk di barisan depan. Semakin penting posisi seseorang maka semakin hampir dia duduk dengan presiden.
 
Air Force One berpangkalan di lapangan angkatan udara ke 89 Airlift Wing, pangkalan udara Andrews, Maryland, kira-kira 16 km dari White House.
 
43469410

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments