London – Perempuan simpanan kepada
pengasas bersama Google, Amanda Rosenberg, 27, menjadi carian paling
tinggi dalam Google selepas hubungannya dengan Sergey Brin terbongkar.
Brin merupakan salah seorang daripada lelaki terkaya di dunia dengan hartanya dianggarkan berjumlah $23 bilion dolar.
Carian bagi nama Rosenberg, yang juga
pekerja di Google Glass telah mencecah 38 juta dan selepas hubungan
mereka diketahui ramai, dia menduduki tangga keenam dalam carian paling
hangat Google.
Selain itu, Rosenberg yang berpindah
dari London ke San Francisco tahun lepas, turut menjadi mangsa kecaman
kerana merosakkan perkahwinan antara Brin dengan Anna Wojcicki.
``Setiap pekerja Google tahu bahawa dia
pernah meniduri bukan seorang malah dua bos dalam masa lapan bulan,’’
ujar seorang individu bernama Audrey Winters dalam komennya.
``Mengecewakan dan memalukan. Awak
adalah wanita cantik yang terpaksa meniduri (lelaki) untuk naik ke
atas…Kim Kardashians dan awak patut menjadi kawan,’’ itu juga antara
kecaman yang diterimanya.
Hubungan Rosenberg dengan jutawan Brin telah tersebar di internet.
Perkara berkenaan mula didedahkan dalam
satu artikel oleh laman web teknologi Amerika Syarikat dan ia turut
ditulis oleh Kara Swisher, yang mana suaminya merupakan rakan baik
kepada isteri Brin.
Minggu lalu, Rosenberg telah ditukarkan
ke jabatan lain dalam Google bagi menjarakkannya dengan Brin terutama
melibatkan urusan kerja.
Wanita itu juga tidak lagi menjawab panggilan telefon.
Rosenberg dilahirkan di Hong Kong dan
dibesarkan di London. Dia menggelar dirinya sebagai Chew kerana ibunya
berasal dari Hong Kong manakala bapanya pula dari Britain.
Dia mendapat pendirikan di Kolej Marlborough bersama dengan Kate dan Pippa Middleton serta Puteri Beatrice.
Rosenberg telah berkhidmat di Google sejak menamatkan pengajian dari Universiti Leeds dan memperolehi ijazah komunikasi.
No comments
Post a Comment