Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lebih 100,000 Orang Mahu Ke Planet Mars Dan Tidak Akan Kembali Ke Bumi~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Planet Mars

Los Angeles – Lebih 165,000 orang telah menghantar permohonan untuk menjadi manusia pertama menetap di Mars, yang dikenali juga sebagai planet merah, meskipun mereka tidak akan kembali lagi ke bumi.

Jumlah berkenaan diperolehi selepas tarikh permohonan ditutup hari ini.

Meskipun ia menjual tiket sehala sahaja, namun ramai yang menunjukkan minat untuk ke planet tersebut.

Selain permohonan daripada Britain, calon dari China, Brazil, India dan Russia juga membayar purata £17 sebagai bayaran kos permohonan untuk dipilih ke Mars, yang dimulakan oleh pengasas bersama Big Brother, Paul Römer.

Menjelang 2015, angkasawan yang dipilih itu akan menjalani latihan bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan keadaan di planet berkenaan termasuk cara membaiki peralatan, menanam pokok dan berdepan dengan tempoh panjang hidup dalam keadaan terpencil.

Pasukan ke Mars itu akan beroperasi pada 2021 dan mereka akan dibekalkan dengan oksigen, air dan elektrik.

Kumpulan pertama yang berlepas ke Mars akan mengambil masa perjalanan selama tujuh hingga lapan bulan.

Dalam pada itu, pakar kejuruteraan angka lepas, Dr Adam Baker, menyifatkan projek berkenaan sebagai satu publisiti semata-mata.

``Ada beberapa isu melibatkan keadaan di Mars termasuk radiasi. Ia tidak mempunyai paras atmosphere untuk melindungi seseorang daripada sinaran solar, habuk dan kesan toksid kepada badan.

``Kita tidak mengetahui dengan mendalam mengenai perkara itu,’’ katanya.
Namun Dr. Adam berkata, cabaran terbesar ialah mencari individu yang sanggup ke sana dan tidak pulang ke bumi lagi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments