Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Sebut sahaja Gunung Ledang, sudah pasti tergambar betapa cantiknya kawasan di situ yang kaya dengan spesis tumbuhan. Kawasan ini juga dikaitkan dengan lagenda Puteri Gunung Ledang. Namun begitu KisahBest.My bukan mahu bercerita tentang si puteri ini, akan tetapi tentang pengalaman seorang lelaki yang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Lelaki ini telah terserempak dengan seorang Nenek Kebayan pada waktu senja. Sejak daripada itu, dirinya sering meracau tidak tentu hala. Mengapa ini terjadi?
Kisahnya lebih kurang pada tahun 1993 atau 1994 saya kurang pasti, ada seorang pemuda ni pelajar universiti di johor ada membuat aktiviti luar bersama siswa-siswa universiti tersebut untuk menjelajah gunung ledang dan berkhemah di sana untuk bermalam.
Tiba pada masa yang dijanjikan untuk jungle trekking seperti biasalah mereka berangkat ke sana dan masing-masing ada partner untuk melakukan sebarang aktiviti di gunung ledang. Setiba si pemuda ni di sana mestilah dia rasa gembira, teruja melihat keindahan gunung ledang yang semula jadi cantik berbanding gunung-gunung lain di malaysia. Gunung ledang juga antara gunung yang menjadi no. 1 yang kaya dengan lagenda yang tersendiri sejak dari dahulu kala.
Baik, kita berbalik pada cerita si pemuda tadi. Hampir sehari suntuk dia dan teman-teman yang lain menjelajah hutan, mendaki gunung melalui sungai, memasak makanan sendiri, games misi mencari harta karun dan sebagainya. Hari semakin senja, matahari semakin terbenam dan benar-benar senja. Semasa si pemuda dan teman-teman yang lain menyusuri hutan dan semak-samun, mata si pemuda seimbas lalu terlihat seorang nenek kebayan tidak jauh dari kumpulan mereka. Tidak silap saya kata si pemuda ni dia nampak susuk tubuh nenek kebayan itu dari belakang. Mujur juga tidak nampak dari depan entah bagaimana rupa dia.
Sebaik sahaja si pemuda melihat nenek kebayan yang berjalan pergi ke semak-semak itu, terlintas di dalam hati “apa orang tua tu buat senja-senja ni?” Tidak lama kemudian si pemuda sudah tidak nampak kelibat nenek kebayan itu lagi. Setelah tamat perkhemahan mereka selama 2 hari keesokan harinya kumpulan si pemuda bersama teman-temannya berangkat ke kampus untuk kuliah seperti biasa.
Pada malam itu juga sesuatu yang aneh berlaku pada si pemuda itu. Kawan-kawan sebiliknya merasa pelik dengan kelakuan si pemuda yang mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak mahu bercampur orang. Hanya diam dan termenung sahaja di dalam bilik tanpa sebab. Semakin lama kawan sebilik si pemuda itu merasa tingkah laku si pemuda itu berlainan. Macam kebingungan dan terpinga-pinga. Malam semakin larut dan si pemuda masih tidak tidur lagi.
Tidak lama kemudian lebih kurang jam 3 pagi, terdengar bunyi cermin berderai. Kawan-kawan di bilik dan jiran mereka turut terkejut mendengar bunyi benda pecah. Sebaik bangun kawan sebilik si pemuda melihat si pemuda ini telah memecahkan kepingan-kepingan kaca tingkap di bilik mereka. Si pemuda dengan tidak sedarkan diri seperti dirasuk meronta-ronta ingin terjun tingkap.
Segera mereka menahan si pemuda dari terus terjun tingkap dan mengamuk. Istilah sekarang dipanggil histeria, begitulah yang di alami si pemuda. Segera kawan sebiliknya memanggil warden asrama dan memanggil pensyarah yang arif dalam bidang histeria untuk membantu si pemuda yang tidak sedarkan diri itu. Setelah ustaz atau pensyarah yang berkaitan datang dan meredakan si pemuda dari kerasukan, kelihatan si pemuda ini perlu diubati atau dicutikan untuk pulang berubat.
Apa yang diperhatikan benda yang merasuk di dalam tubuh si pemuda gagal dikeluarkan dan amat ganas. Hanya mampu ditundukkan buat sementara waktu sahaja. Tidak lama kemudian pihak universiti menghubungi keluarga si pemuda dan meminta mereka menjemput anak mereka pulang untuk diubati baru meneruskan pengajian seperti biasa.
Diringkaskan cerita sebaik sahaja pulang di rumah perkara sama diulangi oleh si pemuda. Dia seakan-akan dirasuk oleh sesuatu yang membuatkan dirinya melakukan kekecohan. Habis tingkap di rumah keluarganya dipecahkan satu persatu. Tingkap dapur dan tidak lama selepas itu tingkap di bilik air. Kemudian menjerit-jerit meminta tolong.
Apa yang anehnya tangan yang digunakan untuk pecahkan kaca-kaca tingkap tidak luka dan berdarah. Memang sesuatu yang jika difikirkan dengan fikiran waras hakikatnya mesti berdarah dan cedera. Seperti kebal pula langsung tidak luka malah si pemuda tidak merasa sakit. Mungkin begitulah yang akan terjadi setelah ada makhluk lain di dalam badan manusia.
Bila melihat situasi yang serius ini, ayah si pemuda segera memasung anaknya yang kerasukan itu dengan tali dan ikat tangan dan kakinya. Kasihan sungguh melihat apa yang berlaku. Tiada ibu atau ayah yang ingin menyakiti anak sendiri tapi dalam kes ini terpaksa diikat dulu untuk keselamatan semua pihak.
Ayah dan ibu si pemuda mencari jalan keluar untuk memulihkan anak mereka. Setelah mereka mendapat tahu ada seorang tukang ubat yang boleh mengubati anaknya segera mereka bawa. Malangnya tidak berjaya malah semakin mengganas reaksi si pemuda seolah-olah tidak takut diubatkan.
Begitulah kesnya ramai juga yang cuba ubatkan tapi gagal. Yang terakhir setelah melalui jalan buntu, ibu dan ayah pemuda mendengar khabar ada seorang kiyai yang boleh mengubati penyakit-penyakit ganjil yang pelik. Setelah dibawa berubat Alhamdulillah menampakkan kesan positif dan sifat si pemuda yang sering mengganas bertukar sedikit demi sedikit lembut dan tidak berkasar. Cuma kelakuannya masih keanak-anakan dan separuh sedar.
Setahu saya sepanjang keluarganya menjaga si pemuda ini, ianya berlaku di bulan yang berkat iaitu ramadhan bulan umat islam berpuasa. Kejadian itu berlarutan sehingga syawal sambil mendengar takbir raya. Cukup sedih dan syahdu mana tidaknya semua menyambut raya dengan gembira tapi mereka dalam keadaan berduka dengan anak yang masih separuh pulih.
Ada yang menyarankan untuk di bawa ke hospital orang sakit jiwa sahaja kerana sudah tidak boleh dikawal lagi. Orang sekeliling memandangnya seperti orang gila. Siang hari berjalan kaki seorang pergi ke kedai dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek. Jalan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan dan tidak hiraukan orang yang hon kereta dengar cerita. Nasib tidak berlaku kemalangan.
Di ringkaskan lagi cerita ini, si pemuda yang sakit dirasuk oleh sesuatu yang tidak tahu dari mana puncanya pulih setelah menjalani susulan perubatan dengan kiyai yang mengubatinya. Si pemuda tidak lama itu menghabiskan pengajiannya dan tamat mendapat ijazah sarjana muda. Syukur pada Allah masa depannya cerah dan berjaya menjadi pegawai kerajaan yang disegani dan dihormati.
Siapa sangka dahulu jika dilihat akan mengatakan dia orang gila dan patut berada di hospital gila atau tanjung rambutan sekarang telah menjadi orang yang berjawatan tinggi. Ini semua berkat kesabaran ibu dan ayah serta keluarga yang membantu memulihkan anaknya.
Jika ikut kajian juga setahu saya, peratusan orang gila yang jika diperdengarkan selalu dengan ayat suci Al-quran akan pulih dari sakitnya. Berbalik pada tajuk kita misteri nenek kebayan gunung ledang tadi. Sehingga sekarang masih tidak dapat dirungkaikan apa kaitan nenek kebayan yang dilihat di gunung ledang dengan si pemuda itu.
Yang pasti selepas kejadian melihat nenek kebayan itu telah berlaku perkara misteri dalam hidup si pemuda. Adakah nenek itu sejenis jin ifrit yang merasuk atau jin baik? Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang saya dengar jin islam memang tidak boleh merasuk tubuh manusia kerana itulah perjanjiannya.
Misteri Sejarah
Nora danish sememangnya janda anak
satu yang paling comel dan paling hot di Malaysia. baru-baru ini dia telah
menguploadkan gambar-gambar comelnya di instagram dengan aksi yang agak
santai dan tanpa makeup dan nampak begitu cantik sekali so mari kita semua lihat gambar-gambarnya kat bawah nih.
[Wow] - Kisah Artis
Seorang remaja lelaki di Melaka mengedarkan video klip yang memaparkan
dirinya mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, seorang remaja
bawah umur kepada beberapa individu di sebuah kampung di Kampung
Pengkalan di Alor Gajah lapor Daily Chili.
Menurut sumber, budak lelaki itu, berusia 16, bertindak mengedarkan klip
berikut selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang berusia 14
tahun.
Antara individu yang menerima klip tersebut melalui perkhidmatan
multimedia (MMS) termasuklah jiran keluarga teman wanitanya dan pemimpin
masyarakat di kampung tersebut.
"Apabila saya melihat klip tersebut, saya memutuskan untuk memberitahu
ibu bapa remaja perempuan itu. Saya rasa remaja lelaki itu mengedarkan
klip itu dengan sengaja kerana marah terhadap teman wanitanya," kata
seorang penduduk yang merupakan kenalan kepada ibu bapa remaja perempuan
terbabit.
Klip video itu didakwa dirakam ketika pasangan itu mengadakan hubungan
hubungan seks di sebuah hotel bajet di Melaka beberapa bulan lepas.
Difahamkan ibu remaja perempuan berusia 39 tahun menerima klip tersebut
pada pukul 8:00 malam pada hari Selasa dan terkejut melihat anaknya yang
melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya.
Remaja perempuan itu mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman
lelakinya di sebuah hotel. Susulan itu, ibu remaja terbabit telah
membuat laporan polis pada hari yang sama
[Wow] - Kisah Hidup
Selepas
bertunang Fouziah Gous dikatakan kerap hadir kemajlis-majlis dengan
berpakai yang boleh dikatakan agak seksi. Walaupun meme wajah Fouziah
agak kelihatan begitu ceria namun perubahannya kearah lebih seksi itu
menyebabkan ramai peminat menegurnya.Terbaru adalah gambar dia semasa
hadir di majlis yang berani memaparkan sedikit bahagian atas dadanya
gambar ini telah mendapat kejamanan oleh kebanyakkan peminatnya namun
apa pendapat anda setelah melihat gambar ini?
[Wow] - Kisah Artis
OMG
!! Teruk benar keadaan kereta ikram dinzly nie.. Ia berlaku di
lebuhraya karak, tapi nampak santai jer tuan kereta. Nasib
baik semua orang dalam kereta selama.
Kakilepakz
[Wow] - Kisah Artis
Dubai sememangnya merupakan negara Arab (sebahagian dari UAE), dan juga dengan majoriti penduduknya yang beragama Islam. Namun jangan hairan, jika berjalan-jalan ke pantainya, banyak wanita tengah berjemur dengan—maaf—bahagian atas badannya tanpa mengenakan sebarang pakaian.
Menurut gulf news, Dubai juga menjadi salah satu negara dengan tahap perkembangan nude club yang cukup banyak, terutama di wilayah Timur Tengah.
Reaksi penduduk Dubai seperti tidak kisah saja. Begitu juga dengan pemerintahnya. Ironinya, kecaman yang datang sebaliknya berasal dari UK. Foreign and Commonwealth Office (FCO) dari UK mengeluarkan pernyataan bahawa berlaku topless dan nude club adalah sesuatu yang berlawanan dengan hukum dan budaya Dubai.
FCO telah secara rasmi memberikan peringatan yang keras kepada warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negera—terutamanya Arab, dan khususnya Dubai—jika ditangkap telanjang di negara ini akan dikenakan sanksi yang berat.
Kedutaan besar Britain sendiri sudah mengeluarkan panduan seperti kempennya “Kenali Kemana Anda Pergi” agar warganegaranya dapat berlaku sopan di negara yang sedang dikunjungi.
Namun, selama ini yang meramaikan Dubai dengan wanita tanpa baju di pantai dan nudist clubnya adalah pelancong yang berasal dari Eropah. Sebelumnya, UK juga menjadi salah satu negara di mana warganegaranya banyak melakukan hal seperti itu di Dubai.
Menurut gulf news, Dubai juga menjadi salah satu negara dengan tahap perkembangan nude club yang cukup banyak, terutama di wilayah Timur Tengah.
Reaksi penduduk Dubai seperti tidak kisah saja. Begitu juga dengan pemerintahnya. Ironinya, kecaman yang datang sebaliknya berasal dari UK. Foreign and Commonwealth Office (FCO) dari UK mengeluarkan pernyataan bahawa berlaku topless dan nude club adalah sesuatu yang berlawanan dengan hukum dan budaya Dubai.
FCO telah secara rasmi memberikan peringatan yang keras kepada warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negera—terutamanya Arab, dan khususnya Dubai—jika ditangkap telanjang di negara ini akan dikenakan sanksi yang berat.
Kedutaan besar Britain sendiri sudah mengeluarkan panduan seperti kempennya “Kenali Kemana Anda Pergi” agar warganegaranya dapat berlaku sopan di negara yang sedang dikunjungi.
Namun, selama ini yang meramaikan Dubai dengan wanita tanpa baju di pantai dan nudist clubnya adalah pelancong yang berasal dari Eropah. Sebelumnya, UK juga menjadi salah satu negara di mana warganegaranya banyak melakukan hal seperti itu di Dubai.
[Wow] - Biar Betul
Memang sadis tengok gadis-gadis cantik ini yang dihukum mati oleh polis di China. Mereka ini telah melakukan pelbagai kesalahan seperti menganaiya, membunuh serta menyeludup dadah. Mereka telah diberi rupa tetapi gunakan dengan cara yang salah.
[Wow] - Biar Betul
Andai anda masih ingat terdapat beberapa kemalangan atau kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak suatu ketika dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara 10 kemalangan paling mahal di dunia..
1. Chernobyl ($200 Billion)
Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.
2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.
3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.
4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)
Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.
5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)
Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.
7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.
8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.
9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.
10.Titanic ($150 Juta)
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)
[Wow] - Biar Betul
KLUANG – Ketiadaan suami akibat dipenjara atas kesalahan dadah menjadi ‘tiket’ buat seorang isteri berlaku curang bersama kekasihnya.
Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya di sini, semalam.
Kelakuan sumbang yang difahamkan berlaku sejak lebih sebulan lalu oleh penduduk setempat yang pada mulanya menyangka lelaki terbabit adalah suaminya.
Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Khalil Md Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, satu pasukan anggota penguat kuasa Jaij melakukan serbuan ke rumah wanita terbabit.
“Setibanya di rumah berkenaan, pihak kami mendapati keadaan rumahnya gelap dan hanya lampu di bahagian dapur dipasang. Sebuah motosikal yang digunakan lelaki tersebut diletakkan di bahagian belakang rumah kononnya untuk mengaburi orang ramai agar tidak mengetahui kehadiran lelaki berkenaan.
“Selepas disiasat, pihak kami mendapati ada penghuni di rumah tersebut kerana kipas angin di ruang tamu terpasang selain terdapat kelibat pergerakan manusia menerusi cermin tingkap,” katanya.
Mohd Khalil berkata, selepas mengetuk pintu rumah berkenaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum seorang wanita bersama seorang lelaki berusia 29 tahun membuka pintu.
Ketika soal siasat dijalankan katanya, pasangan berkenaan menyatakan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.
“Namun hasil pemeriksaan dijalankan, pasangan terbabit gagal menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mereka mengaku merancang untuk bernikah selepas wanita berkenaan bercerai.
“Apa yang lebih mengejutkan adalah anak perempuan wanita tersebut yang berusia empat tahun turut tidak mempunyai sah taraf melalui pemeriksaan terhadap surat beranak milik kanak-kanak berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pasangan itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 27 (1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Kami juga akan membuat siasatan lanjut ke atas kanak-kanak tersebut bagi menentukan kedudukannya yang sebenar,” katanya. – Juliza Mohd Saad/Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
YAMAN – Seorang budak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman pada malam pertamanya selepas berkahwin dengan seorang lelaki yang layak dipanggil bapa.
Lelaki itu berusia kira-kira 40 tahun dan perkahwinan mereka ditetapkan oleh keluarga.
Budak berkenaan yang hanya dikenali sebagai Rawan, meninggal dunia di kawasan pedalaman, Hardh, yang terletak bersempadan dengan Arab Saudi.
Susulan itu, aktivis menggesa supaya pengantin lelaki dan keluarga budak tersebut dibawa ke muka pengadilan.
Penahanan berkenaan juga dapat menghentikan amalan perkahwinan paksa melibatkan kanak-kanak dengan lelaki tua di kawasan itu.
Dalam pada itu, seorang blogger yang dikenali sebagai Angry Man, menyelar lelaki berkenaan dan mahu dia dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.
“Bukan pengantin lelaki itu sahaja, malah semua pihak yang turut serta mengatur perkahwinan itu sepatutnya dihukum,’’ katanya.
Seorang lagi blogger, Omar pula mengecam keluarga Rawan kerana tidak mempunyai sifat kemanusiaan.
Amalan perkahwinan melibatkan kanak-kanak semakin meluas di Yaman.
Ia bukan sahaja mendapat tentangan daripada aktivis tempatan malah aktivis dari luar negara juga menentangnya dan mereka mahu kerajaan menguatkuasa peraturan menghalang perkahwinan tersebut.
Hampir separuh daripada wanita di Yaman berkahwin pada usia muda iaitu sebelum 15 tahun.
Pada September 2010, seorang budak berusia 12 tahun meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa untuk melahirkan anak.
[Wow] - Berita Dunia
CHINA – Universiti sepatutnya menjadi tempat bagi penuntutnya untuk menerokai alam baru selepas menamatkan persekolahan.
Namun bagi sesetengah ibu bapa, adalah sukar bagi mereka untuk melalui perubahan berkenaan.
Justeru bagi membantu ibu bapa `berpisah’ dengan anak-anak mereka, Universiti Huangzhong Normal di Wuhan memberi kebenaran kepada mereka untuk menghabiskan masa selama dua hari dengan anak masing-masing.
Bagi tujuan itu, universiti tersebut telah menjadikan dewan gim untuk tempat tidur bagi ibu bapa dan anak-anak.
Seramai 600 ibu bapa kepada pelajar baru ini, mengambil peluang berkenaan dengan tidur di dalam gim, beralaskan tikar.
Universiti ini pernah melakukan perkara sama pada 2008 apabila 350 ibu bapa mengambil peluang tersebut.
Sindrom `empty nest’ ini berlaku apabila anak-anak meninggalkan rumah untuk kali pertama sepanjang hidup mereka.
[Wow] - Berita Dunia
PETALING JAYA – Cuaca mendung dan hujan sedikit pun tidak menggugat kemeriahan acara konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2013 yang diadakan di Surf Beach @Sunway Lagoon pada malam Ahad.
Malah konsert yang membariskan empat penyanyi iaitu Joe Flizzow, Exo, Far East Movement dan Robin Thicke telah menarik kira-kira 15,000 penonton dalam persembahan yang bermula tepat pukul 7.30 malam itu.
Joe membuka persembahan pada malam itu dengan lima buah lagu iaitu Iller Iller, Untukmu, All Around My World, Havoc dan Who Do It Better.
Tidak dapat dinafikan kredibiliti Joe amat menyerlah pada acara itu dan persembahannya setanding dengan penyanyi bertaraf antarabangsa yang lain.
Pujian juga harus diberikan kepada Joe apabila menyampaikan beberapa buah lagu berbahasa Malaysia dan ia adalah peluang baik untuk muziknya dikenali di peringkat antarabangsa apabila acara itu ditayangkan di seluruh dunia kelak.
Tidak keseorangan di pentas, Joe turut menjemput beberapa temannya seperti SonaOne, Altimet dan Ila Damiaa menerusi lagu Untukmu.
Suasana bertambah hangat apabila kumpulan daripada Korea Selatan iaitu Exo muncul di pentas dengan sorakan daripada peminat mereka yang kebanyakannya di kalangan remaja wanita.
Kumpulan yang dianggotai oleh 12 ahli itu turut sempat menzahirkan kegembiraan penerimaan masyarakat di negara ini terhadap mereka dan terharu dengan sambutan luar biasa diberikan.
Tidak menunggu lama, Exo meneruskan persembahan mereka dengan lagu History, 365sebelum menyanyikan lagu popular mereka iaitu Growl.
Persembahan mereka di Malaysia juga adalah yang pertama kali menggabungkan kesemua anggota kumpulan itu di atas pentas sama.
Tumpuan penonton tidak reda apabila Far East Movement memberikan persembahan bertenaga menerusi 12 buah lagu medley seperti Ain’t Coming Down X Wild Things, Like a G6, Illest, So What, If I was You, Jello, Change Your Life, Rocket, Get Up (Rattle), Rocketeer, Live My Life.
Berpaksikan kepada muzik rancak dengan elemen electro-pop, Far East Movement turut menggunakan peralatan seperti dram dan iPad sebagai instrumen persembahan mereka.
Mereka turut menyampaikan lagu daripada Alicia Keys berjudul No One sebelum meninggalkan pentas dan kembali untuk mempersembahkan lagu Turn Up the Love yang menjadi siulan peminat mereka.
Pada acara penutup, penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Blurred Lines iaitu Robin Thicke muncul di atas pentas diiringi oleh tiga penyanyi latar.
Bagaimanapun masalah teknikal yang dihadapi oleh penyanyi itu telah menyebabkan persembahan terhenti seketika namun Robin tidak membiarkan peminat menunggu lama apabila membuat persembahan secara accapela bagi menarik perhatian mereka.
Rata-rata yang hadir terpegun dengan persembahan lelaki itu yang cukup menghiburkan dan seksi sehingga peminat wanita menjerit menonton persembahannya.
Antara lagu yang disampaikan Robin pada malam itu adalah Give It To You, Take It Easy on Me, Feel Good, Oh Shooter, Lost Without U dan Shaking It For Daddy.
Bijak berkomunikasi dengan peminat, Robin sempat memberi pesanan kepada para peminatnya agar tidak berputus asa dalam mengejar impian dan percaya ia boleh dicapai dengan usaha dan kesungguhan.
Robin juga turut menyampaikan sebuah lagu balada berjudul Dreamlover dengan penuh emosi sebelum menutup acara malam itu dengan lagu Blurred Lines yang turut dinyanyikan oleh semua hadirin yang datang.
Rakaman program berkenaan bakal ditayangkan di 154 buah negara di saluran MTV pada Rabu ini pada pukul 11 malam (waktu Malaysia.) – mStar Online
[Wow] - Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments