Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Jika sebelum ini, pengacara Hefny Sahad menafikan dirinya menjadi punca kepada perpisahan pasangan pelakon Nad Zainal dan Azwan Kombos, tup-tup akhirnya dia mengaku kini sedang bercinta dengan aktres kecil molek itu.
Hefny membuat pengakuan tersebut menerusi program hiburan baharu, h!live namun tetap menafikan dia menjadi punca terputusnya hubungan cinta Nad sebelum ini.
“Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa. Saya berada di dalam situasi yagn mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua.
“Perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad dan saya bukan puncanya. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat,” katanya lagi.
Walaupun baharu sahaja bercinta, namun Hefny tidak menafikan mereka sudah berbicara mengenai perkahwinan namun tidak secara mendalam.
Hefny dan Nad dikatakan mulai rapat ketika bersama-sama terlibat dalam telefilem Mengintai Syurga Mama.

Apa sahaja yang berlaku di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sekarang pasti menarik perhatian umum.
Misalnya walaupun kemalangan boleh berlaku di mana-mana tetapi bila melibatkan pesawat MAS ia menjadi satu yang sensitif.
Apatah lagi, sebuah pesawat MAS baru sahaja dilaporkan dilanggar kereta Perodua Viva semasa di parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lepas.
Tup-tup insiden lebih kurang serupa berulang lagi apabila pesawat B737-800 MAS dilanggar pula kenderaan bagasi ketika diparkir di KLIA, semalam.
Difahamkan, pelanggaran tersebut bukan sahaja menyebabkan kerosakan pada bahagian bawah badan pesawat yang robek malah memberi kesan pada fiuslaj.
Hal ini menyebabkan penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat itu terpaksa dipindahkan ke pesawat lain.
Jurucakap MAS yang mengesahkan kejadian ini dilaporkan memberitahu, pemandu kenderaan bagasi terlibat kini digantung kerja sementara siasatan dijalankan. 

Shah Alam: Seorang lelaki disyaki membunuh bayi lelaki berusia enam bulan sebelum menyumbatnya ke dalam beg pakaian dan membuang mayat bayi malang itu ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highland, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan polis semalam selepas ibu bayi terbabit yang juga seorang wanita warga asing membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kemuning, apabila menyedari suspek melarikan anaknya. 
Katanya, kejadian berlaku di asrama wanita itu yang bekerja sebagai pembantu rumah apabila suspek mendakwa bayi terbabit telah pun mati sebelum membungkus mayat bayi berkenaan di dalam plastik dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian. 


"Bertindak daripada laporan polis dibuat ibu mangsa, polis menahan suspek ketika sedang bersama isterinya di sekitar Shah Alam sebelum dia mengaku telah membuang mayat bayi berkenaan di Genting Highland.

"Suspek kemudian membawa polis ke tempat dia membuang mayat bayi itu dan mayatnya berjaya ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi," katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Awas! jangan biarkan tingkap kereta anda terbuka walau pun kecil, terutama jika anda meletak kereta di bawah pkok atau pun ketika melalui jalan yang mempunyai pokok-pokok yang rimbun di kiri kanan jalan.
Ini kerana seorang pemandu teksi di Bangkok menerima penumpang yang tidak disangka-sangka baru-baru ini.

Ia adalah seekor ular senduk panjang yang terjatuh di atas teksinya sebelum menjulur turun ke cermin sisi bahagian pemandu. Kemungkinan besar, ular itu terjatuh dari mana-mana dahan pokok yang dilalui teksi tersebut.
Ular itu kelihatan berhempas pulas untuk terus melilit dirinya pada kereta dan berada di kedudukan sangat hampir dengan pemandu. Mujurlah, cermin tingkapnya ditutup rapat.

Ular itu kemudiannya menjulur ke cermin depan sebelum hilang dari pandangan.
Bayangkan jika cermin tingkap bahagian pemandu terbuka ketika kejadian, tentu ular itu sudah berada di dalam teksi dan mematuk pemandunya…memang menakutkan kejadian ini…beringat-ingat sebelum kena.

Klang: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala oleh orang awam di kawasan pagar belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Lelaki berusia 20-an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada bahagian lengannya. 
Siasatan polis di tempat kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri. 

Polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah berdasarkan kesan tetakan di bahagian kepala mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Kalau dah namanya jadi anak pasangan tersohor David dan Victoria Beckham, pasti kehidupan peribadi mereka juga tidak dapat lari daripada lensa paparazi yang sentiasa mengekori pergerakan mereka.
Baru-baru ini, anak sulung Beckham, Brooklyn Beckham, 15, dikatakan semakin rapat dengan pelakon remaja, Chloe Moretz, 17, apabila mereka meluangkan masa bersantai bersama-sama, baru-baru ini.
Pasangan remaja ini menghabiskan masa dengan bermain papan luncur di Santa Monica, California.
Sebelum ini, kisah Brooklyn bekerja sebagai pembancuh kopi atau barista di sebuah kafe turut mendapat perhatian malah ramai memuji tindakan ibu bapanya yang enggan memanjakan anak-anak dengan kemewahan biarpun David dan Victoria lebih daripada mampu untuk menyediakan kesenangan buat anak mereka.

MIRI – Seorang lelaki warga asing tergamam selepas menemui rakan baiknya mati tergantung pada besi penyangkut baju di sebuah rumah pekerja di Kuala Baram di sini kelmarin.
Mayat Utiya Handoko, 29, berasal dari Jawa Timur, Indonesia ditemui pada pukul 8.30 malam dengan lehernya terjerut pada sehelai baju yang diikat pada besi penyangkut baju tersebut.
Rakan mangsa yang ingin dikenali sebagai Sigit, 25, berkata, mangsa yang bekerja sebagai mekanik di sebuah kilang dikatakan ada menelan sebanyak 12 biji paracetamol pada malam Ahad lalu.
Malah ceritanya, dua hari sebelum kejadian, Utiya pernah menceritakan masalah yang dihadapinya sejak beberapa bulan bekerja dengan majikannya.
“Saya tidak sangka, dia yang pernah memberontak untuk berhenti kerja bertindak menggantung diri.
“Saya sendiri pun tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi sehingga dia sanggup bertindak seperti ini kerana Utiya merupakan seorang yang ceria dan senang didekati,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

1. Mungkin ramai yang tertanya-tanya jika di Borneo ini wujud Segi Tiga Borneo yang mirip Bermuda Triangle. Memang benar benda ini wujud. Segi Tiga Borneo ini terletak di kedudukan antara Bario, Pa’Lungan dan Gunung Murud di Sarawak.
2. Kawasan ini antara yang paling ditakuti dalam kalangan juruterbang yang sering berulang-alik antara Bario ke Ba’kelalan. Seorang juruterbang Hornbill Skyways yang enggan dikenali berkata, kawasan berkenaan mempunyai persamaan dengan Segi Tiga Bermuda dan menyimpan pelbagai misteri.
3. Mereka menyifatkan tugas menerbangkan pesawat di situ sebagai amat mencabar kerana ia menjanjikan 1,001 kemungkinan kepada juruterbang yang bakal melaluinya. Tidak ada apa yang boleh dijangkakan dengan tepat jika melalui laluan itu, baik dari segi cuaca mahu pun tiupan angin kerana kedua-dua fenomena alam itu boleh berubah dengan pantas. Kedudukannya yang tinggi dari aras laut iaitu melebihi 600 meter, ditambah bentuk muka bumi bergunung-ganang menambahkan lagi kesukaran kerana ia menyempitkan ruang penerbangan yang ada.
4. Malah seorang jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga memberitahu bahawa kawasan berkenaan memang terkenal sebagai kawasan berbahaya sejak zaman pemerintahan British lagi.
5. Sekiranya pesawat terhempas di kawasan tersebut, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis jika lambat diselamatkan. Mangsa mungkin boleh bertahan beberapa hari dengan memakan serangga dan pucuk-pucuk kayu tetapi faktor cuaca yang terlalkan keadaan.
6. Di situ, suhunya adalah antara 14 hingga 16 darjah Celsius dan di dalam hutan tebal tentunya lebih sejuk. Bentuk geografi yang bertebing curam pula menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR). Untuk sampai ke lokasi sejauh satu kilometer sahaja memerlukan masa sekurang-kurangnya empat jam. Bagi operasi dari udara, faktor cuaca yang berkabus dan pokok rendang mengehadkan penglihatan juruterbang memantau lokasi kejadian.
7. Umum mengetahui yang Segi Tiga Borneo ini sudah banyak kali ‘makan’ manusia. Pelbagai nahas udara melibatkan kapal terbang dan helikopter berlaku di sini. Pelbagai pesawat dan helikoper mencari dan menyelamat akan datang ke Bario untuk bersama-sama membantu operasi mencari dan menyelamat menjadikan Lapangan Terbang Bario seperti karnival pertunjukkan udara yang terbesar di Sarawak..
8. Pesawat dan peralatan canggih seperti pesawat PC-3 Orient dari Amerika Syarikat, sistem maklumat geografikal (GIS), kamera digital pengesan haba infra merah dari Australia digunakan.
9. Rupa-rupanya peralatan canggih yang dikatakan boleh mengesan benda sekecil syiling 10 sen itu mempunyai kemampuan yang terhad apabila berdepan dengan konflik di Bario.
10. Penggunaan peralatan canggih yang tidak membuahkan sebarang hasil itu kadang-kadang akan menyebabkan keluarga mangsa ini menggunakan khidmat bomoh bagi membantu mengesan kedudukan mangsa secara ghaib. Upacara ini dilakukan secara rahsia.


Havana: Seorang lelaki ditahan kerana cuba menaiki sebuah pesawat ke Amerika Syarikat bersama-sama dengan 66 burung di dalam seluarnya.
Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di Camahuay di Cuba selepas ditahan untuk pemeriksaan kerana bonjol besar yang mencurigakan pada seluarnya.
Apabila ditahan oleh kakitangan kastam, lelaki itu berkata, dia hanya membawa seekor merpati sebagai hadiah untuk cucunya.

Tetapi, apabila dipaksa menanggalkan seluarnya, pegawai menemui puluhan anak burung cakar dan burung madu sebahagiannya dengan muncung mereka diikat rapat supaya kicauan mereka tidak didengari.
Polis berkata, semua burung itu dari spesies yang jarang ditemui dan mungkin dicuri. Ia dianggar bernilai ribuan ringgit.

Penyeludup itu hampir berjaya menaiki pesawat selepas pengesan logam gagal mengesan burung berkenaan.

Bagaimanapun, kerana bonjol besar dan cara dia berjalan, kakitangan kastam di lapangan terbang berkenaan menahannya untuk diperiksa.
“Dia cuba menipu dengan berkata, dia hanya membawa seekor merpati di dalam seluarnya,” kata jurucakap kastam, Hermogenes Yonsiver. - Agensi

London: Seorang jurutera kimia tidak mandi sejak 12 tahun lalu.
David Whitlock sebaliknya menggunakan bakteria bakteria pengkosidaan ammonia (AOB) untuk membersihkan badannya setiap hari.
Whitlock, warga Amerika, mula tertarik dengan kuasa mikro-organisme itu yang hidup di tanah, sungai dan lautan apabila teman wanitanya bertanya mengapa kudanya sering berguling di kawasan berlopak.

Whitlock yang menjalankan kajian mendapati haiwan berkenaan bertindak demikian bagi memastikan mereka memperoleh bakteria secukupnya bagi mengelak peluh mereka berbau pada musim panas.
Peluh manusia bertindak serupa pecah menjadi ammonia dan berbau, tetapi boleh dineutralkan dengan kehadiran AOB.

Masalahnya, kata Whitlock, kebanyakan manusia tidak lagi mempunyai bakteria yang baik pada tubuh mereka ketika ini.

Sejak 12 tahun lalu dia menyembur tubuhnya dengan AOB yang dikumpulkan dari tanah di ladang ternakan haiwan.
Dia juga menghasilkan produk itu untuk mereka yang tidak berminat mandi. - Agensi

Beijing: Sekumpulan anak panda akan digunakan untuk meramalkan keputusan kejohanan bola sepak Piala Dunia.
Agensi berita Xinhua melaporkan, beruang berkenaan akan meramalkan pemenang sesuatu perlawanan dengan memilih makanan dari bakul yang disediakan dan memanjat pokok di pangkalan pemeliharaan panda di Sichuan.
China berharap haiwan berkenaan akan dapat menandingi kemampuan dan populariti Paul, sotong Jerman yang meramalkan dengan betul keputusan beberapa perlawanan Piala Dunia 2010 dengan menggunakan sesungutnya.

Pada perlawanan peringkat kumpulan, panda berusia antara satu dua tahun akan memilih makanan dari tiga bakul buluh, mewakili sama ada menang, kalah atau seri.
Untuk pusingan kalah mati, haiwan itu akan memilih pemenang dengan memanjat pokok y

Mereka bagaimanapun mempunyai perjalanan yang jauh untuk menandingi Paul yang berjaya meramalkan keputusan perlawanan dengan memilih tiram daripada dua kotak yang bertanda bendera negara peserta.

Sotong berkenaan mati pada 2010. - AFP

Keningau: Bermula dengan pertengkaran mulut akibat salah faham, seorang lelaki menerima 11 jahitan di kepala manakala dua rakannya turut cedera dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki bersenjata tajam di Pasar Umum Keningau, di sini, pada 1 Jun lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Manayoh Raw Palamok, 39, cedera di kiri kepala akibat ditetak dengan parang manakala dua rakannya, Cyril Linus, 20, menerima lima jahitan akibat cedera di siku dan tangan kiri. 
Seorang lagi mangsa, Analem Tony Malip, 31, cedera di muka akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri daripada serangan itu. 


Manayoh yang menerima 11 jahitan masih dirawat di wad Hospital Keningau dan keadaannya dilaporkan stabil manakala dua lagi rakannya sudah dibenarkan pulang.

Sumber berkata, difahamkan kejadian berlaku apabila seorang daripada saudara mangsa berselisih faham dengan kumpulan samseng berkenaan.

Putrajaya: Awas kepada mereka yang mudah bersimpati dan menghulurkan derma kerana tanpa sedar wang diterima individu tertentu dijadikan dana kepada kumpulan pengganas untuk membeli kelengkapan senjata ketenteraan dan melakukan pemberontakan di negara asal mereka.
Kutipan derma itu ada yang mencecah jutaan ringgit walaupun mereka memintanya secara tertutup dengan berselindung sebagai pelarian dan memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) untuk meraih simpati orang ramai. 
Kegiatan kumpulan itu dibuktikan dengan penangkapan 12 individu warga Sri Lanka yang tinggal di Malaysia dan terbabit dalam penyaluran dana serta bantuan logistik bagi perjuangan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE). 

Antara mereka yang ditangkap termasuk KP Kumaran, pemimpin kedua LTTE pada 5 Ogos 2009 dan Sellathurai Shatalemar @ Su Rajan, Ketua Perolehan Logistik LTTE pada 31 Disember 2009.

Semua yang ditangkap diusir ke Sri Lanka.

Kuala Lumpur: Obsesi untuk berkulit cerah merupakan antara faktor utama yang menyebabkan banyak manusia mengalami kekurangan Vitamin D, termasuk dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia, kata seorang pakar.
Ketua Program Sains Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Poh Bee Koon berkata, selain lebih gemar berada di dalam bangunan, rakyat Malaysia terikat dengan pemikiran bahawa kulit yang cerah adalah antara kriteria untuk kelihatan cantik.
"Mereka tidak mahu mendedahkan diri kepada sinar matahari. Kalaupun mereka keluar, mereka akan memakai sesuatu yang boleh melindung cahaya matahari seperti skrin pelindung matahari kerana percaya kulit yang cerah itu adalah kecantikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Persidangan Saintifik ke-29 Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) di sini, hari ini.

Dr Poh, yang juga ketua penyelidik South-East Asia Nutrition Survey (SEANUTS) di Malaysia, mendapati hampir separuh daripada jumlah kanak-kanak di negara ini kurang Vitamin D berdasarkan data yang dikumpul pada 2010 dan 2011.

Katanya, paras Vitamin D dalam kalangan mereka yang berusia bawah 12 tahun di negara ini, hampir sama dengan paras mereka yang tinggal di negara beriklim sejuk.

"Masalah hendak sangat berkulit cerah ini bukan sahaja ada di Malaysia, tetapi juga di Thailand, Indonesia dan Vietnam, sesuatu yang menyedihkan sedangkan kita mempunyai banyak cahaya matahari sebagai sumber asli Vitamin D," katanya.

Dr Poh berkata, hanya sedikit makanan mengandungi Vitamin D semula jadi, antaranya kuning telur dan minyak ikan kod.

Sementara itu, setiausaha NSM Prof Dr Norimah A. Karim berkata, ibu bapa kadangkala tersalah faham bahawa mendedahkan diri kepada matahari tidak baik untuk mereka serta anak-anak dan oleh itu lebih suka tinggal di dalam rumah.

"Mendedahkan diri kepada matahari tidak mendatangkan masalah, terutama sekitar pukul 10 pagi, sebelum tengah hari. Keluarlah dan habiskan masa anda di luar rumah kerana ia sesuatu yang menyihatkan, semula jadi dan boleh mendapat Vitamin D secara percuma untuk anda dan anak-anak anda," katanya.

Kekurangan Vitamin D didapati boleh menyebabkan penyakit riket (keadaan yang menyebabkan tulang menjadi lembut dan lemah serta boleh membawa kepada kecacatan tulang), osteoporosis dan penyakit autoimun. - Bernama



SEKADAR hiburan di petang ini, gambar seekor babi yang bertindak terjun dari sebuah lori telah menjadi viral di laman sosial.
Ramai yang berseloroh dengan mengatakan haiwan tersebut mungkin sudah ‘pening’ dengan isu DNA babi dalam coklat Cadbury, baru-baru ini.
Aduhai, tak tahulah apa nasib babi itu selepas terjun dari lori tersebut.
Tapi, kalau dah setinggi itu terjunnya, rasanya tak mungkin ia terselamat. Kasihan…

Video ini baru sahaja dimuat hari ini tetapi sudah mencapai hampir 1 juta tontonan.
Bendanya bukan apa pun, seorang penari jalanan wanita terkencing di atas badan seorang lelaki yang menari bersamanya sambil berbaring di atas lantai.
Habis gelabah lelaki itu melarikan diri sambil marah.
Namun, adakah mungkin semua itu telah dirancang?